Friday, December 30, 2011

SELAMAT DATANG TAHUN 2012.

2011 - adalah kenangan dan memori indah untuk diingati.
2012 - adalah melakar kenangan dan memori baru untuk diingati.

azam 2012??
mmmmmmm,belum ada. (jujur ni)
hahahaha.

untuk diri dan keluarga
1. nak jadi seorang yang luar biasa. mcm mne 2? adalah!!
2. nak jadi anak kebanggaan keluarga.
3. nak capai graduate diploma in digital graphic art and design universiti selangor.


ya allah,hambamu ini kerdil di muka bumi mu yang sempurna ini. di hadapan mu aku berdoa agar aku mampu menjadi insan yang benar2 mampu menghadapi dugaan di muka bumi mu.
ya allah terima kasih memberikan aku ibu dan bapa yang sanggup melayan kerenah2 aku. kau panjangkanlah umur mereka ya allah agar aku dapat mejaga mereka seperti mana mereka menjaga aku sedari sekecil tapak tangan sehingga aku mampu berdiri sendiri.
ya allah,aku berdoa agar umur ku dipanjangkan sehingga aku mampu mempunyai keluarga,anak2 dan ingin sekali aku melihat anak2 ku berjaya seperti aku.

Sunday, December 25, 2011

my girifriend is a gumiho


ni first time aku tengok cerita korea dari mula sampai tamat cerita.
selalu anggapan aku cerita korea ni mengarut.
memang pun mengarut.
tp cerita ni mula2 aku tengok nampak unik.
sanggup aku minta adik aku download sebab nak tengok dari mula.
sanggup bangun pagi2 bukak laptop tengok cerita ni dulu.

aku minat gila dengan dae woong(lee seung gi)
sumpah hensem!!!!!
aku tengok masa cerita brilliant legacy tapi aku benci watak dia sebab ego
dalam cerita my girlfriend is a gumiho dia hensem gila. tak ego pun. hahahahha.




happy ending~~~~






Saturday, December 17, 2011

teladan buat diriku kelak :)

Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.
Si suami : Untuk apa semua itu
Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya
Si suami : Emmm…Baiklah
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.
Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing

Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..
Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun
dalam diam ada hati yang terluka..

Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.
Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.

Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri : Sekarang giliran abang pula..
Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,

Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.
Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.
Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….

Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan...



cerita ni aku baca kat fb melalui ex gf abg aku. sedikit sebanyak aku dapat pengajarannya.
-lelaki susah nak cari kesalahan orang yang diaorang sayang. tapi kalu kita asik buat sesuatu yang dia tk senangi. nanti lama2 dia pun bosan.
-lelaki kalau dia cakap dia akan setia dengan kita memang dia akan setia.
-lelaki kalau dia buat salah dia akan rendahkan ego dia untuk minta maaf kalu benar2 dia syg seseorang itu.

Tuesday, December 13, 2011

hampir-hampir

syukur alhamdulilah hari ni allah selamatkan aku.
tadi aku keluar dengan fizz pergi noodle station.
lepas makan kami pergi big apple.
lepas 2 fizz pergi bsn nak akaunkan duit.
aku terus lah tunggu bas nak balik.
masa aku tengah tunggu 2.
ada mamat indon datang dekat dengan aku.
aku ingat dia nak tunggu bas.
padahal dia naik moto.
aku biarkan je la.
pastu dia minta aku tel kan seseorang.
aku cakap dia silap orang
lepas 2 dia tahan aku.
dia nk cakap2 lagi tapi bahasa nya aku tak paham.
terus aku lari pergi seberang and naik teksi sampai ruma.
dah la td cucuk duit 10 rggt je.
sampai ruma aku mintak ibu bayar kan.

nak cerita kat ibu taoi aku takut nnti ibu bimbang n makin ketat plak kawalan keselamatan pada aku.

ya allah,terima kasih kerana menyelamatkan aku tadi.

Sunday, December 11, 2011

GERHANA BULAN

ya ALLAH,sungguh indah ciptaan mu. 
aku sanggup tunggu masa gerhana ni.
macam jakun sikit sebab first time tengok.
tapi alhamdulilah aku dapat tengok juga.
tapi kalu aku ajak ibu balik muar mesti dapat tengok dari mula2 gerhana ni jadi.
thanx ALLAH.


FIRST SNAP


SECOND SNAP


Thursday, December 8, 2011

ombak rindu


aku tengok cerita ni masa 7/12/2011.
aku belanja adik aku masa bufday dia. 

tapi rasa macam menyesal je tengok cerita ni.
tak best mcam novel.
masa baca novel feel habis.
meleleh gak air mata,tapi movie dia tk mengalir air mata langsung,
ada la part sedih tapi bila baru nak nangis tengok2 dh gelak.
tapi yang best nya aku leh bahan adik aku.
dia yang menangis tengok cerita ni.
feel habis la 2.
hahahahaha
dah la laki.
macam bodoh pun ada cerita ni,
lagi 1 paling berbulu skali tengok lakonan azizah mahzan pegang watak dato sufiah,
pakaian tk reti jaga langsung,
dah la nipis pastu terdedah sana sini.

cerita ni tk leh tanding cerita nur kasih.
pape pun aku enjoy la tengok cerita ni.

Saturday, December 3, 2011

DARJAT ( A TO Z)

Lagu ni best sgt.
Aku jumpa masa buka carta lagu kat youtube.
LAGU INI TIADA KAITAN APA DALAM HIDUP AKU!
CUME SEKADAR LAGU.

LIRIK
Beza antara kita
Rupa darjat dan harta
Sudikah terima

Bukan niat di hati


Tuk ku menghancuri
Hati dan naluri

Seharusnya kau tahu
Betapa ku  merindu
Kekasihku...

Punah hasrat di minda
Untuk hidup bersama
Pabila kau tiada...

Masa berlalu jua
Aku tiada berdaya
Biarlah kurasa...

Seharusnya kau tahu
Betapa ku merindu
Kekasihku...

Maafkanlah diriku ini
Tiada rela jua jadi begini
Tika cinta kian bersemi
Oh relakanlah kupergi...

Friday, November 25, 2011

kenangan lalu

dulu masa zaman aku sekolah aku ada kawan namanya nadz. dia ni tk masuk group kami.
kami ada geng kami sendiri. geng kami terdiri dari 9 orang rakan.

-norashikin
-nur anissa
-nurul hanis syazana
-nur hazwani
-hamisnah
-noor farhana
-khairunissa
-sharifah jihan
-muhammad khairuddin

kami berkawan dari tingkatan 1 smpi tngkatan 5 n smpi sekarang.

dulu saya n rakan2 suka gila usha abg2 senior yg kelas nya bertentangan dengan kelas kami.
abg 2 4 orang tp sume mmg gile hensem.
sekali tengok memang cair lah.

-esa ezatinor
-aminul haq
-abdul hakim
-shah amir ezham

kalu igt semula kenangan tu mesti gelak gila.
yang penting persahabatan 2 adalah segala2nya.

Monday, November 21, 2011

untuk renungan

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just


 right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you


Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of 


the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always 


wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and 


politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely 


nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to


 her (trust me this works!)



Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!



Saturday, November 19, 2011

kekasih awal dan akhir

kisah ni aku baru je tengok. 
aku pun tk tau bile ditayangkan kat tv9.
best gak la cite ni.
sedih n penuh makna.

awal,seorang lelaki yang setia dengan cintanya. walaupun isterinya lumpuh dia tetap disisi isterinya.
akhiriah,sorang isteri yang setia dan sanggup berkorban memberi izin pada suaminya untuk berkahwin dengan julia. teman sekampus. 
julia,seorang wanita yang amat setia juga dengan cinta. sanggup undur diri apabila awal memilih akhiriah. tetapi apabila akhiriah memberi izin mereka berkahwin julia tamak. sanggup hina akhiriah dan cedera kan  madunya. 

zaman sekarang mana kita nak jumpa lelaki yang mcam ni. yang lelaki tahu bila isteri silap sedikit mau2 talak dilepaskan. isteri mengandung lambat je ckp isteri mandul pastu cari alasan nak kahwin lain.
lepas 2 kalu kahwin nk ikut sunnah nabi konon kahwin smpi 4. nabi kahwin 4 dia mampu berlaku adil dgn isteri2 nya. lelaki 2 mampu ke kalu kahwin smpi 4? nak tanggung isteri ngn anak je dh mengeluh tk mampu. tapi yang aku pelik mereka ni nak ikut sunnah nabi,bab kahwin je. sunnah nabi yang lain nape tk nk ikut? 

kalau realitinya aku inginkan suami seperti awal. sanggup setia disisi isteri walaupun isteri 2 cacat. aku cume harap kesetiaan dan kejujuran dalam perhubungan. aku akan kagum dengan lelaki yang sanggup susah senang dengan isterinya. 

benar kata orang. kesetiaan wanita akan diuji semasa lelaki tidak mempunyai apa2 pun. tetapi kesetiaan lelaki akan diuji saat mereka mempunyai segala2nya. esok aku jadi isteri aku nak jadi isteri yang susah senang disisi suami. dan suami aku pun begitu. susah senang sama2 dengan aku.

Wednesday, November 16, 2011

keputusan exam

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,
macam mana nk gtaw ibu yang aku dapat **** ni?
sumpah aku takut sekarang.
confirm kena leter teruk lepas ni.

ada 2 paper lagi sangkut keputusan belum keluar.
kalu aku bgthu ibu yang aku dpt ****
confirm bising pasal internet n merayap.
ffuuhhh berapi la telinga lepas ni.

rasa mcam nk repeat paper 2.
tapi macam mana nk gtaw ibu yang aku nak repeat paper itu.

kepada para pembaca : SAYA MASIH LULUS CUME TERASA NK REPEAT AJE.
BUKAN KENA REPEAT.!!!

Monday, November 14, 2011

bodohnya saya!!

graphic cip.
apa 2?
sumpah saya tak tahu apa itu graphic cip.
orang selalu sebut graphic cip tk support la.
graphic cip rosak la.
tp sy tk tahu apa itu graphic cip.

kawan2 tolong beritahu saya apa itu graphic cip plizzzz.!!!
:'(

Thursday, November 10, 2011

C.I.N.T.A

CINTA~~~~
ada apa dengan cinta jika setiap hari menangis mengenangkan pasangan yg tk memahami kita?
ada apa dengan cinta jika setiap hari mengetahui pasangan kita curang?
ada apa dengan cinta jika setiap hari bertengkar?
ada apa dengan cinta jika setiap hari.......???

itulah namanya cinta.
kadang kala cinta itu indah jika disulami dengan kesetiaan dan kejujuran.
kadang kala cinta itu indah jika mempunyai sifat kompromi.
kadang kala cinta itu indah jika pasangan memahami kita.
cinta mengajar aku erti bangkit dari kesedihan.
cinta mengajar aku erti lelaki manis mulut.
cinta mengajar aku erti kesetiaan.
cinta mengajar aku erti sakit.
cinta mengajar aku erti untuk berhenti dan tak berani melangkah kehadapan dan mencari pasangan.
cinta mengajar aku erti untuk berhenti menangis.

2 tahun aku tk menangis sebab seorang insan bernama lelaki.
dalam masa 2 tahun bukan aku tidak mencari seseorang yang mampu buat aku ketawa. jujur aku katakan aku ramai kawan lelaki yang bagus untuk aku. tetapi ruang hati ini langsung tak terbuka untuk terima mereka masuk.
ada benarnya kata pepatah,saat kita terdiam disesebuah pintu,ada pintu lain yg terbuka untuk kita dan kita abaikan.
macam 2 mungkin keadaan aku.

hanya satu hari

Langkah kakinya perlahan, tubuhnya lesu, darah pekat mengalir di bibirnya, terasa amat perit, tetapi tidak seperit hatinya. Membiarkan air mata jernih membasahi pipi, meredhakan dirinya meninggalkan suami tercinta, merelakan tubuhnya yang berbadan dua bermandi hujan. Baru sebentar tadi Irish Faisha dituduh oleh suami sendiri yang dirinya curang. Curang? Dengan siapakah suaminya maksudkan? Bukti apakah yang suaminya ada? Siapakah yang ingin meretakkan masjid yang telah dibina hampir dua tahun lebih? Kenapa suaminya sanggup menghalau dirinya sedangkan dia tidak bersalah? Dan mengapa ibu mertuanya tidak mempercayainya. Kini ke mana lagi dia harus pergi?.Bajunya basah kuyup, beg pakaiannya disandangkan dibahu, hanya menuruti sahaja ke mana langgkah kakinya pergi.
“Mama.. kenapa mama pergi dulu? Kenapa ma? Rish dah takda siapa-siapa ma ..Ma tau Rish derita, Rish sakit ma..” . Tanah di pusara arwah mamanya digengam, tubuhnya terbaring disebelah pusara arwah mamanya, hujan semakin lebat, pandangannya semakin lama semakin gelap.
*****************************************************************
“Abang.. demiALLAH bang, Rish tak buat semua tu, percayalah bang”. Kaki suaminya dipeluk erat, tangisan seorang isteri yang tidak bersalah memenuhi ruang kesepian rumah banglo milik keluarga Datuk Faizuddin.
Farish tersenyum sinis. Tidak ada sedikit belas kasihan langsung ke atas isterinya. Naluri lelakinya ego untuk mendengar penjelasan isterinya. Kepercayaannya terhadap isterinya juga sudah kosong seperti meminum air tanpa gula. Dahulu memang Irish seorang yang bertahta di hatinya, tetapi setelah mendapat berita tentang kecurangan isterinya semasa dia mendapat tugasan luar daerah hampir tiga minggu untuk menyelesaikan urusan syarikat papanya di Bali, Irish bukan lagi di hatinya.
Tubuh isterinya ditolak, sehinggakan kepala isterinya terkena palang tangga yang berukir corak melayu asli diliputi warna emas dikelilingnya. Terasa perit, dengan perlahan cecair berwarna merah mengalir.Tanggannya diletakkan di dahi,bagi tujuan menahan cecair itu dari mengalir.
“Jangan kau bermain dengan nama Tuhan kalau kau sendiri tidak mengikut tuntutanya!!”.Bentak Farish yang hanya melihat darah yang mengalir deras di dahi isterinya kesan dari tolakkanya. Puas hatinya, suami manakah yang bertahan dengan kelakuan isterinya yang menjatuhkan air muka suaminya dan secara tidak langsung hanya menjatuhkan maruah keluarganya yang disegani. Irish hanya menahan kesakitan. Baginya biarlah dia menahan keperitan ini asalkan dia menegakkan kebenaran bahawa dia tidak pernah bersalah. Namun di dalam hatinya, dia terus berdoa agar suaminya sedar atas kelakuannya yang melampaui batas. Datin Faridah hanya melihat peristiwa itu tanpa ada sedikit perasaan simpati.Kepercayaannya terhadap menantu bukan pilihannya itu juga kosong. Memang sejak dulu lagi Datin Faridah memang tidak merestui hubungan Farish dan Irish, kerana baginya taraf hidup adalah penting.Antara keluarganya dengan keluarga Irish Faisha memang berbeza bagai langit dan bumi. Walaupun Datin Faridah tidak pernah pun mengetahui dan baginya tidak terdetik sedikit pun hatinya untuk mengetahui latar belakang menantunya itu. Mengikut dari pandangan kasar pun, dia boleh mengerti Irish Faisha berketurunan sederhana, yang hanya bertudung litup, berbaju kurung sentiasa. Tetapi Datin Faridah memang tidak dapat menafikan, raut wajah menantunya memang suci. Tetapi entah mengapa naluri wanitanya tidak boleh menerima Irish Faisha sebagai menantu dalam keluargannya berbeza dengan suaminya Datuk Faizuddin yang senang dan mengalu-alukan kedatangan Irish Faisha. Layanan mesra yang diberikan oleh suaminya menghangatkan lagi api kemarahannya. Pernah sekali dia dan suaminya dingin hanya kerana seorang wanita yang digelar menantu.


“Mak Jah! Mak Jah..!! Farish memanggil Mak Jah, yang merupakan pembantu rumah di rumah banglo yang diduki mereka yang berpangkat tinggi. Mak Jah datang dengan gopohnya ke ruang utama.
“Mak Jah.. saya nak Mak Jah kemas baju-baju perempuan ni.. dan bawak dia keluar dari rumah ni. Saya dah tak izinkan dia jejak lagi ke rumah ni”. Farish seperti dirasuk. Mak Jah memandang wajah Farish, dia tidak menyangka Farish yang dia kenal seorang yang baik hati, periang, sanggup menghalau isteri yang tidak ada dosa. Mak Jah hanya menurut, siapa dia untuk menghalang? Hanya bergelar orang gaji di rumah ini.
“Abang..” hanya ungkapan itu yang mampu keluar dari mulutnya. Mak Jah membantu Irish yang terduduk setelah suaminya menolak kasar. Irish bangun dan melanggkah ke arah suaminya, tanggan dihulurkan. Dengan ego yang tinggi Farish memberi satu tamparan. Terlalu lemah tubuh Irish, namun dikuat kan juga.
“Tak payah tunjuk baik, sekarang juga kau keluar dari rumah ini!” Farish membentak. Beg pakaian yang dikemas oleh Mak Jah diambil. Dia akan keluar dari rumah ni, buat apa dia di sini jika dia hanya dihina.Mak Jah menghantar Irish ke pintu pagar.
“Mak Jah.. Rish tak salah.. kenapa Rish diseksa? Kenapa abang buang Rish?” Irish Faisha memeluk Mak Jah selama dia berada di rumah ini hanya Mak Jah dan Pak Mail yang baik dengannya. Dia sudah menganggap mereka seperti mama dan papa nya. Air matanya semakin lebat selebat hujan yang turun membasahi bumi.
“ Rish.. Rish nak ke mana lepas ni? Hujan semakin lebat ni Rish?” Mak Jah buntu, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Langgit pula tidak henti-henti mencurahkan air hujan. Irish menggeleng kepala, dia sendiri tidak tau ke mana arahnya selepas ini?
“Mak Jah.. nanti kirim salam papa dengan Pak Mail” Irish meleraikan pelukannya. Kakinya melangkah pantas meninggalkan rumah banglo yang melakar sejarah pahit buatnya.
****************************************************


Suasana sunyi menyelebungi bilik rawatan di hospital Pakar Sri Putri. Hafiza dan Hafiz menunggu di ruang tamu bilik rawatan kelas pertama itu.Kelihatan muram diwajah Haliza. Hafiz yang dari tadi hanya mencuba menghubungi Farish, kelihatan hampa setelah panggilannya langsung tidak dijawab.
Irish Faisha terlantar di katil dengan wajah yang pucat lesu masih lagi tidak menyedarkan diri. Nyawa dan kandungannya sedang berperang dengan maut. Haliza bangun dari tempat duduknya dan melangkah ke katil sahabat baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Matanya merenung wajah suci sahabatnya yang di anugerahkan oleh illahi. Dia langsung tidak menyangka Irish yang menunjukkan wajah yang riang dan terpancar kebahagiaan dalam pertemuan dia dan Hafiz bersama Irish dua hari lepas mempunyai seribu makna yang tersirat.
“ Rish.. kenapa kau tak bagi tau aku yang kau sakit? Kenapa Rish? Kau tak sayang aku ke? Kau tak sayang anak kau ke?” air mata haliza deras mengalir. Sungguh sayu hati perempuannya melihat sahabat yang sentiasa ada ketika susah dan senang terlantar di hospital menahan kesakitan, bukan sahaja kesakitan dari luaran malah kesakitan di hati mesti lagi terhiris.Hafiz yang menyandar di sofa bilik rawatan itu hanya memandang isterinya mengesat air mata, dia juga terlalu lemah untuk memandang wajah sahabatnya yang berkriteria ceria, mesra, manja, nakal, kini wajah itu lesu seperti ajal bakal menjemput.
“ Astafirullahhalazim.. apa aku cakap ni? Tidak Irish mesti kuat, dia mesti kembali seperti dulu.” Hatinya berkata-kata. Hafiz sungguh terkilan dengan Farish, semalam dia ada menelefon Farish untuk memberitahu bahawa dia menemui Irish di tanah perkuburan mamanya, tapi apa yang dia dapat hanya maki hamun yang dilemparkan oleh Farish tanpa usul periksa.
“Ha.. kau nak apa lagi? Kau da dapat isteri aku? Puas? Kau ni laki jenis apa? Merampas isteri orang, tak cukup ke Haliza tu? Kau ni memang makan kawan? Kau bawa bini aku keluar malam-malam!.” Farish menjawab panggilan dari Hafiz tanpa menjawab salam Hafiz. Hatinya begitu sakit, sudah tentunya Farish akan mendengar ucapan terima kasih daripada Hafiz kerana Irish sekarang miliknya.
“Farish apa yang kau cakap ni? Bawa bertenang aku Cuma.. hello?! Hello?! Farish?!”. Belum habis bercakap lagi Farish sudah menamatkan panggilan.
“ Bila masa pulak aku bawa bini dia keluar malam?” hatinya berbisik.
“Abang..! Irish da sedar bang! Abang.. sini la..” Haliza memanggil suaminya dengan riak wajah yang gembira. Hafiz tersedar dari lamunannya. “ Alhamdulillah syukur ya ALLAH..” Hafiz mengucap.
Matanya dibuka perlahan, memandang keadaan sekeliling dengan pelbagai persoalan. Wajah-wajah yang dikenali dipandang. Tapi di manakah wajah yang amat dicintai dan disayanginya? Mana abang? Hatinya bertanya tidak seorang pun yang dapat mendengar.
“ Fiz, Liza mana Farish? Irish mengemukakan soalan dengan nada yang lemah. Dan bagi soalan itu juga terlalu sukar untuk dijawab oleh sepasang suami isteri itu.
“Err.. aku rasa dia on the way kot?” spontan jawapan itu keluar dari mulut Haliza. Dia memandang suaminya di hadapan, yang berdiri di sebelah kiri katil Irish. Hafiz hanya memandang balik isterinya dengan pandangan kosong. Dia juga tiada jawapan untuk soalan Irish.
“Rish.. syukur la kau da sedar. Kenapa kau tak bagi tau kami yang kau sakit”? Haliza pantas menukar topik. Wajahnya kelihatan sunggul.
“Rish.. kami ni kawan kau, sebarang masalah kita hadapi bersama”. Giliran Hafiz pula bersuara.
“ Kau kena banyak-banyak berehat, kami semua risau kan kau”. Haliza pula mencelah, tanggannya mengusap-ngusap rambut Irish.
“Fiz, Liza maaf kan aku.. aku bukan nak berahsia, tapi aku tak nak susah kan kamu semua.Fiz.. Liza boleh tak sebelum aku pergi, aku nak minta daripada korang satu je? Tolong tengok-tengokkan anak aku? Dan pesan dekat Farish jaga anak aku baik-baik, sebab dia juga darah daging Farish.” Irish menggengam tangan Haliza penuh harapan.
Hafiz dan Haliza berpandangan. Mereka tidak sanggup kehilangan seorang sahabat yang baik seperti Irish.
“ Rish.. apa kau cakap ni? Kau mesti kuat.. kau mesti besarkan anak kau, kita sama-sama besarkan dia ya? Dulu kan kau nak anak-anak kita panggil kau mama dan aku ibu? Kau lupa?” Haliza tidak dapat lagi menahan air matanya.
“Rish.. dengar sini aku cakap, kau mesti pulih, kau kena kuat, kami di sini ada untuk bantu kau. Kami sayang kau.” Hafiz pula memberi semangat kepada Irish. Dia tidak sanggup melihat sahabatnya derita.
“Kau jangan sedih-sedih lagi ya?” Haliza mengesat air mata Irish.
“Aku nak makan coklat la.” Satu permintaan daripada Irish, wajahnya mengukirkan senyuman. Pasangan suami isteri itu turut tertawa mendengar permintaaan sahabatnya.
“Rish,Rish.. kau dari dulu sampai sekarang coklat je, nanti aku bina satu kilang coklat untuk kau ya? Hafiz berjenaka. Mereka tertawa, memecah kesunyian bilik rawatan yang tadinya suram kini bertukar ceria hanya dengan permintaan Irish.
“ Rish.. walaupun kau sedang berperang dengan nyawa kau tetap ceria.” Hati haliza berbisik.
“ Kau tunggu aku belikan ya.. besar punya untuk kau and your baby. Aku nak panggil doktor untuk periksa keadaan kau.” Hafiz melangkah keluar dari bilik rawatan. Tiba-tiba Irish memegang perutnya mengerang kesakitan. “Liza.. aduh.. Liza aku tak tahan..” Irish mengengam kuat tanggan Haliza. “kenapa? Kau dah nak bersalin ke? Sabar ye Rish aku panggil doktor.”
*******************************************************
Angin pagi meniup sayu, matahari segan silu menembusi di celah-celah awan untuk menyinari bumi ciptaan illahi. Sesekali dedaun-dedaun kering berguguran. Tetapi tidak sedikit pun cintannya kepada Irish gugur seperti daun-daun itu. Farish berjalan di atas rumput Carpet yang menghiasi garden di kawasan rumah banglo itu. Rindunya pada Irish semakin menebal. Apakah pantas dia merindui isteri yang curang kepadanya?
“ Sayang.. kenapa buat abang macam ni? Abang.. terlalu sayangkan sayang.” Hatinya menangis, rindunya pada Irish Hanya Tuhan yang mengetahui. Ah! Semakin aku ingat dia semakin sakit hati aku. Tiba-tiba dia teringat akan telefon bimbitnya yang di tutup sejak semalam, oleh kerana tidak mahu digangu oleh Hafiz yang menelefonya beberapa kali. Saku seluarnya diseluk, pantas telefon bimbitnya di on kan, terdapat 31 miscall 29 mesej daripada Hafiz dan 2 panggilan daripada Fatin sepupunya mungkin ingin mengajaknya keluar dinner, tetapi sengaja Farish menolak kerana tidak ada mood. Tapi hatinya cukup tertanya-tanya mengapa Hafiz menelefonnya berkali-kali? Ah mungkin hanya untuk menyakiti aku, mungkin dia hendak memberitahu bahawa dia membawa Irish ke luar Negara untuk makan angin? Ah..! dasar perempuan murahan!
Kerata mercedis benz siri ke enam meluncur masuk ke perkarangan rumah banglo itu. Seorang lelaki berumur 50an, berkemeja ringkas keluar dari perut kereta mewah itu. Farish pantas mendapatkannya,salam dihulurkan.
“Pa.. awal sampai? Pukul berapa papa tolak dari UK?” Farish memulakan bicara sambil memandang barang-barang yang di angkut oleh Pak Mail.
“Bukannya papa naik basikal.” Jawab Datuk Faizuddin sambil ketawa. Sengaja dia tidak memberitahu keluarganya bahawa dia akan pulang awal. Farish tersenyum.
“Papa, papa.. emm.. barang apa banyak-banyak tu pa? papa shopping sakan nampak kat UK?.” Farish kelihatan hairan, tidak pernah papanya membawa pulang barang-barang sebegitu banyak bila balik dari outstation.
“Barang-barang tu untuk orang baru dalam keluarga kita, cucu papa kan akan lahir tidak lama lagi.” Datuk Faizuddin tersenyum, dan mencari-cari kelibat isterinya. Farish berasa serba salah.Papa memang tidak tahu keadaan sebenar, bagaimana dia harus menceritakan semuanya.? Papanya mesti sebulat suara tidak menyetujui tindakkannya. Datin Faridah menuruni anak tangga dengan wajah yang ceria menyambut kepulanggan suaminya. “Abang.. baru sampai?.” Huluran salam di hulurkan kepada suaminya.
“Hai awak ni pakai cantik-cantik ni nak sambut saya pulang ke atau nak keluar?” Hairan Datuk Faizuddin melihat isterinya berpakaian cantik sebegitu? Tidak pernah-pernah isterinya menyambut kepulangganya dengan berpakaian sebegini selama dia berkahwin. Datin Faridah mengenakan blaus biru yang dihiasi sulaman manik-manik, dikenakan pula dengan seluar putih jenama wans yang dibeli di luar Negara. Tidak ketinggalan di lehernya terdapat rantai labuh yang berkilaun bewarna merah jambu lembut. Memang bergaya, pantas dengan kedudukannya.
“Hari ini saya nak keluar dengan Fatin nak beli barang-barang perkahwinan Farish dan Fatin.” Datin Faridah menerangkan sambil menuangkan air ke dalam cawan suaminya di meja makan. Datuk Faizuddin tercengang, Farish pula terkesima.
“Awak ni dah kenapa?” Datuk Faizuddin bingung dengan keterangan isterinya. Suara lembut memberi salam membuatkan mereka memandang ke arah ruang utama. Fatin yang begitu bergaya dan gaya jalan yang begitu menggoda menuju ke arah mereka.
“ Eh uncle Faiz.. bila sampai?” Fatin mendapat kan bapa saudarannya dan menghulurkan huluran salam.
“Farish.. mana Irish?” Datuk Faizuddin mengutarakan soalan kencang buat Farish,soalan Fatin tidak dihiraukannya. Hatinya kuat mengatakan ada yang tidak kena sewaktu ketiadaanya.
“Uncle Faiz tak tau ke? Irish.. jahat tau, kesian abang Farish. Masa abang Farish tak de Fatin ada nampak Irish keluar dengan lelaki. Abang Farish dah tak nak Irish tinggal dalam rumah ni. Yela.. malukan keluarga kita je.” Fatin pantas menjawab untuk Farish dengan senyuman yang penuh bermakna. Datuk Faizuddin tercengang, tidak mungkin Irish begitu? Tidak.. hatinya kuat mengatakan tidak.
Deringan telefon bimbit Farish lagi sekali berbunyi. Farish bangun dan melangkah ke kolam renang. Meninggalkan mereka di meja makan. Butang menjawab ditekan.
“Kau nak apa? Kau nak bagitau aku yang kau dengan Irish berada di luar Negara? Sedang berbahagia? Farish memulakan bicara terlebih dahulu.
“Boleh tak kau jangan salah anggap? Aku Cuma nak bagitau kau yang anak kau sudah selamat dilahirkan.” Hafiz begitu geram dengan tomaham yang diberikan oleh Farish.
“Apa anak aku? Haha.. hello kawan bayi itu belum tentu anak aku tau, tah anak jantan mana yang dia lahirkan? Kenapa kau nak suruh aku tanggung.?” Farish tersenyum.. telefon bimbitnya pantas dimatikan.
Farish tercengang, terasa perit pipinya. Tamparan dari papanya sungguh berbisa.
“Papa tak pernah didik kau jadi manusia berperwatakan seperti binatang!” Datuk Faizuddin sudah mendengar segala perbualan Farish. Dia langsung tidak menyangka Farish bertindak seperti tidak berpelajaran.
“Abang! Kenapa ni? Abang tampar anak saya? Sebab perempuan miskin tu abang sanggup pukul darah daging abang?” Datin Faridah berlari keluar mendapatkan anaknya, geram dengan tindakan suaminya. Fatin juga terkejut melihat bapa saudaranya yang tiba-tiba naik angin.
“Awak diam! Sebenarnya awak yang miskin! Awak tau tak pakaian yang awak pakai, tempat tinggal yang semewah ini semuanya daripada menantu awak yang awak hina tu! Awak tau syarikat yang saya uruskan ini sebenarnya pemberian arwah papa Irish. Mereka berketurunan raja, tetapi tidak sedikit pun mereka tidak angkuh dengan kekayaan mereka. Arwah papanya yang mempunyai lima buah anak syarikat yang salah satunya diwariskan kepada saya, dan satu lagi diwariskan kepada abang saya iaitu papa Fatin. Arwah la yang banyak membantu kami adik beradik. Dan untuk pengetahuan kamu semua Irish telah menukar wasiat papanya iaitu syarikat yang selebihnya telah diwariskan kepada Farish dan anak yang dilahirkan, sebabnya dia tidak akan hidup lama kerana menghidapi penyakit barah otak.” Panjang lebar Datuk Faizuddin menerangkan tentang Irish.
Datin Faridah terduduk di lantai terasa lemah jantungnya, Farish pula berdiri kaku. Fatin yang berada di situ serba salah dan ketakutan, pantas kaki Farish dicium. “Abang Farish.. Fatin minta ampun bang..Fatin minta ampun sangat-sangat, Fatin yang reka cerita bang, sebenarnya Irish tak salah.. Irish Cuma keluar makan dengan Hafiz dan Haliza. Maafkan Fatin bang.” Fatin menggigil. Memang dia berdosa, menghancurkan rumah tangga Irish demi cintannya kepada Farish. Datuk Faizuddin dan Datin Faridah berpandangan. Farish menolak tubuh Fatin daripada menyentuhnya.
“Kau jahat! Kau jahat! Kau pisahkan aku dengan isteri aku, isteri yang aku cinta! Manusia jenis apa kau ha?!” Farish menjerit sekuat hati. Dia menyesal, dia merasakan dirinya terlalu kejam, suami yang tak dapat melindungi isteri sendiri.
************************************************************
“Liza.. comel kan hero aku? Tapi Za.. aku macam tak de suami, sepatutnya Farish yang azan kan my baby tapi Fiz yang lakukan.Aku sorang-sorang lahirkan anak aku tanpa suami Za.” Senyuman Irish dari tadi kini bertukar muram. Memang sampai sekarang Farish tidak lagi menjenguk isterinya. Manakah tanggungjawab seorang suami? Haliza tau bukan ini yang dimahukan oleh sahabatnya itu. Tapi suratan takdir sudah menentukan segala-galanya.
“Tak pe.. aku kan ayah dia juga.” Hafiz mencelah sebaik melihat isterinya hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu Irish bersedih dalam keadaan sekarang. Irish mengukir senyuman, senang dia mendengar pengakuan Hafiz. Memang dari dulu mereka merancang Hafiz dan Haliza akan bergelar ayah dan ibu, manakala dia dan Farish akan bergelar papa dan mama kepada anak-anak mereka. Deringan telefon bimbit Hafiz menghentikan perbualan mereka.
“Farish?” hatinya berbisik. Hafiz meminta diri untuk keluar bilik.
“Kau datang la Hospital Sri Putri, wad A11. Aku tunggu dekat luar.” Hanya itu jawapan Hafiz kepada Farish setelah mendengar penjelasan Farish sebentar tadi. Suara Farish kini berbeza, suaranya serak-serak basah apakah dia sudah sedar? Alhamdulillah.. Hafiz mengucap. Tapi baru sebentar tadi doktor datang memberitahu bahawa peluang Irish untuk hidup pada bila-bila masa sahaja mungkin dalam masa 24jam. Memang tidak ada harapan lagi untuknya. Hafiz menyandarkan badannya di kerusi menunggu di luar.
“Ya ALLAH.. selamatkanlah sahabatku.” Hafiz berdoa.
“Fiz.. mana isteri aku Fiz, anak aku mana?” Farish menggongcang bahu Hafiz yang menyandar dari tadi. Hafiz hanya mendiamkan diri.
“Kau ada isteri ke? Kau ada anak ke?” Hafiz tersenyum sinis. Sengaja dia bertanya begitu untuk menyedarkan lagi sahabatnya. Baru sebentar tadi Datuk Faizuddin menelefonnya dan menceritakan segala-galanya.
“Fiz.. aku minta maaf.. aku tau aku salah, maafkan aku Fiz.Aku suami yang tak bertanggungjawab, aku tak dapat lindungi isteri aku sendiri.” Farish memeluk Hafiz. Dia benar-benar bersalah dan malu atas perbuatannya selama ini.
“Fiz.. tolong aku Fiz aku tak nak Irish pergi.” Sekali lagi Farish memohon. Hafiz mententeramkan sahabatnya.
“Rish.. kau perlu memohon pada ALLAH dia yang tentukan segalanya.” Bahu sahabatnya dipegang tanda memberi semangat. “Tapi Rish doktor cakap Irish ada masa lebih kurang 24 jam lagi, bukan 24 tahun.. 24 jam satu hari lagi Rish. Kau buatlah apa yang patut, kita sama-sama laluinya.” Terasa berat mulut Hafiz untuk memberitahu, tetapi dia terpaksa. Farish terduduk, terasa lemah seluruh tubuhnya. Ya ALLAH… dugaan apakah yang kau berikan pada hambamu ini. Air mata lelakinya akhirnya berguguran.
**********************************************************
“Sayang.. abang minta maaf, bangun sayang.. abang minta maaf sangat-sangat dengan sayang.” Tanggan isterinya dikucup tanda kasih sayang. Sebentar tadi Haliza memberitahunya bahawa selepas Irish makan ubat dia sangat letih dan ia meminta untuk rehatkan diri, tapi sampai sekarang dia tidak lagi menyedarkan diri. Kata doktor itu hanyalah kesan dari ubat yang diambil.
“Sayang.. papa minta maaf, papa dah buat mama sakit, papa berdosa sayang.” Farish pula melangkah ke arah katil bayi yang terletak di tepi katil isterinya. Itu adalah permintaan Irish, dan telah dibenarkan oleh doktor. Haliza hanya melihat dengan linangan air mata. Hari semakin larut malam, Irish langsung tidak memberi apa-apa respons. Farish merenung wajah isterinya, kesan lebam di dahi isterinya jelas. Bibir isterinya bengkak, itu semua angkaranya tanpa usul periksa.
“ Ya ALLAH jika kau beri peluang satu hari untuk isteri ku, beri la peluang kepadaku untuk bersamanya satu hari itu, aku mohon padamu ya ALLAH.” Farish tidak henti-henti berdoa. Dahi isterinya dikucup. Anaknya disebelah nyenyak tidur, wajahnya sama seperti aku, matanya tidak lari seperti mata mamanya. Hatinya berkata-kata. Hafiz dan Haliza baru sahaja pulang, petang tadi papa dan mamanya datang. Mamanya tadi juga berdegil ingin menjaga isteri dan anaknya, tapi dihalang keras oleh papanya kerana untuk memberi peluang kepadanya untuk bersama Irish.
******************************************
“Abang.. abang.. Rish rindu abang, rindu sangat bang.” Terasa lemah tubuhnya, matanya juga terlalu berat untuk dicelik, tangan suaminya disentuh lalu menyadarkan Farish dari tidur.
“Sayang.. sayang abang minta maaf sayang, abang dosa dengan sayang, maafkan abang sayang, maafkan abang.” Sekali lagi air matanya mengalir, hilang segala ego lelakinya.
“Sayang dah lama maafkan abang, sayang rindu abang.” Sempat lagi dia bermanja dengan suaminya. Rindu yang teramat, hilang segala keperitan yang dilalui selama ini.
“Abang pun rindu sayang.. sayang kena kuat ye.. nanti kita besarkan anak kita.” Farish member semangat kepada isterinya.
“Abang.. Rish nak minta maaf, halalkan segala makan minum Rish.” Tangan suaminya digengam. “Tak sayang, sayang tak salah apa-apa dengan abang. Abang yang banyak buat salah dengan sayang.” Farish memeluk isterinya. Kedua-duanya dalam tangisan.
“Abang.. jaga anak kita ya? Abang boleh tak sayang nak bagi nama Muhammad Arish Irzam bin Muhammad Farish? A adalah anugerah dan rish adalah nama kita.” Irish memandang suaminya yang tercengang.
“Mana sayang dapat idea ni? Tak bagi tau abang pun?” Farish mencuit hidung isterinya.
Ketukan pintu menyedarkan mereka. Datuk Faizuddin dan Datin Faridah melangkah masuk, juga diikuti Mak Jah dan Pak Mail, tidak ketinggalan juga Fatin dibelakang. Datin Faridah pantas menuju ke arah menantunya.
“Irish.. mama minta maaf nak.. mama salah sayang. Maafkan mama ye sayang?” Datin Faridah mencium dahi menantunya, terasa kesal dan malu menyelubungi dirinya.
“Mama.. mama Irish dah lama maafkan mama, Irish sayang mama dengan papa, Irish dah tak de mama, Irish tak de papa. Papa dan mama la ibu bapa Irish.” Irish hanya tersenyum. Memang dari dulu dia sudah memaafkan Datin Faridah, tiada sedikit dendam pun yang tersimpan. Kini Fatin pula menuju ke arahnya, tetap disambut dengan senyuman.
“Irish aku minta ampun, aku yang menghancurkan hubungan kau dengan abang Farish.” Tanganya memegang tangan Irish, tetapi pantas tangan Farish menepis.
“Don’t touch my wife!” Farish begitu geram dengan Fatin sehingga tidak membenarkan sepupunya itu menyentuh sedikit isterinya.
“Abang..” Irish mengeleng kepala tanda melarang suaminya bertindak sedemikian, manusia mana yang tak ada kesilapan?
“Aku dah maafkan kau.” Ringkas jawapan yang diberikan oleh Irish, tetapi di hatinya memang tiada dendam. Cuma terasa amat letih. Datuk Faizzudin yang berdiri tidak jauh dari katil Irish hanya memandang wayar-wayar yang disambung ke tubuh menantunya. Timbul rasa simpati, menantunya terpaksa menahan kesakitan. Semalam ada dia mencadangkan kepada doktor pakar agar pembedahan dilakukan, tapi cadangannya cuma percuma kerana keadaan menantunya sudah tahap kritikal, apabila pembedahan dibuat mungkin akan mendatangkan risiko yang tinggi.
“Abang.. mana Fiz dengan Liza.. sayang dah penat la.” Farish membelai-belai rambut isterinya,sesekali ciumanya hinggap di dahi isterinya.
“Sayang rehat la dulu, nanti diorang sampai abang kejut sayang.” Farish bingung. Memandang papanya dan memberi syarat agar menghubungi kedua-dua sahabatnya itu.
“Sayang tak nak tidur, sayang nak jumpa diorang dulu, sayang tak minta maaf lagi. Abang.. abang jangan pergi ye? Kalau sayang tak bangun nanti abang angkat sayang tau, abang mandikan sayang, abang sembahyangkan sayang ye?” tenang pesanan itu disampaikan kepada suaminya. Farish semakin gelisah, apa maksud isterinya? Adakah sudah tiba masanya? Tidak..
Langkah semakin laju, pintu bilik rawatan A11 di tolak. Hafiz dan Haliza pantas ke katil Irish, semakin pucat wajah sahabat mereka itu.
“Fiz.. Liza..datang pun, Za.. tengokan anak aku, Fiz,Liza maafkan aku ye.. halalkan segala makan minum aku.” Tanggan Liza digengam dan dicium. Haliza mengangguk.
“Kau jangan cakap macam tu, kami sentiasa ada untuk kau, kau mesti kuat.” Air mata Haliza bercucuran.
“Aku dah penat la Za.. aku nak tidur.” Irish melepaskan tangannya dalam gengaman Haliza.Tanggan Farish ditarik dan diletakan di dadanya. Semua yang berada di situ melihat reaksi Irish penuh debaran. Ada yang tidak henti-henti mengalirkan air mata.
“Abang.. Rish tidur dulu ya.Rish sayang sangat abang.. sebelum Rish tidur, bisik lah kat telinga Rish dua kalimah syahadah.” Irish memberi pesanan terakhir kepada suaminya. Farish hanya menturuti, bisikan dua kalimah syahadah dibisikan ditelingga isterinya. Tanpa dia sedari Irish sudah pun meninggalkan dia untuk selama-lamanya. Air matanya deras mengalir, Hafiz di sebelah dipeluk erat. Hafiz menenangkan sahabatnya, semua yang berada di situ begitu sedih dengan pemergiaan Irish.
“Sayang.. kenapa tinggalkan abang.” Farish seperti hilang kawalan. Hafiz dan datuk Faizuddin mententeramkannya. Pak Mail pula menguruskan arwah.
“Ya ALLAH kau benar-benar memberi ku satu hari untuk bersama isteriku, namun aku bersyukur dengan pemberianmu ya ALLAH.” Farish mencium batu nisan di pusara Isterinya. Dia akan menjaga anaknya seperti mana diamanahkan oleh isterinya.
“Abang sayang sayang.” Farish meninggalkan pusara isterinya dengan redha.
“Ya ALLAH tempatkan la isteriku dikalangan orang-orang yang beriman.” Farish redha dengan pemergiaan isterinya.

LOTS OF LOVE,
Norashikin

Sunday, October 9, 2011

8/10 - 9/10/2011
tarikh ni aku mengikuti kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan di unisel.
aku pergi bukan untuk mendapatkan sijil tetapi untuk mendapatkan ilmu. 
aku tahu kadang-kala aku ni jahil tentang agama 
banyak ilmu yang aku dapat melalui kursus tersebut.
seronok gila la dapat pengalaman tu.
asyik ketawa jeeeeee~~~
penceramah 2 asyik buat lawak jeeeee~~~~
hahahaaha

untuk melangkah alam perkahwinan bukan satu perkara yang mudah untuk kita tempuhi jika ilmu kurang didada.
aku belajar cara untuk mengambil hati suami apabila dah kahwin.
  • tips untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga 
                      -dalam sehari semalam kita perlu bersolat jemaah walaupun 1 waktu solat.
-suami hendak sentiasa makan masakan isteri (walaupun tk sedap. hahahah)
-tidur hendak sekatil dan menghadap muka isteri/suami

  • kepentingan berkomunikasi antara suami/isteri
-menyatakan perasaan 
-mengenali pasangan
-bergurau & bersenda
-mendidik dan menasihati antara 1 sama lain
-berkasih sayang
-menyatakan hasrat jika mahu bersama
 
''jika kita kerja berpangkat di tempat kerja,apabila sampai dirumah kita hendaklah menanggalkan uniform dan menjadi isteri''
 
banyak benda yang aku pelajari pada 2 hari mengikuti kursus tersebut. insyaallah jika cukup duit dan masa yang allah telah tetapkan jodohku. aku akan jadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak aku. aku inginkan hubungan yang baik antara suami dan anak2 agar dapat menjadi isteri dan ibu yang sempurna.

Saturday, October 1, 2011

terima kasih ibu ayah

hari ni bangun awl. 8.30 dah celik mata tapi selalu pukul 12 pun belum celik2 lagi.
hahahahaha.
duduk ngn ibu n ayah kat bawah pokok nangka sambil main ngn kucing aku si tobek.

aku : sian kau tobek mak kau tinggalkan kau kat kami
ibu : nak buat mcm mana dah takdir binatang macam 2. esok2 kalau kamu dah keje kak long,ibu ngn ayah tk nk duit kamu cume sebulan sekali kamu jenguk la ibu ngn ayah. itu pun dh buat ibu ngn ayah senang.
aku : diam terkedu...........

ibu,kita takkan tinggalkan ibu walaupun kita dah berjaya dalam hidup.
ya allah,jangan kau lupakan ingatan ku pada ke dua ibu bapa ku.
mereka menjaga aku dengan penuh kasih sayang dan menatang aku bagai minyak penuh.
menjaga aku ibarat aku sekuntum bunga ros kaca. tk bagi sesiapa menyentuhku walaupun nyamuk

berilah aku peluang tuk balas jasa mereka sepanjang mereka hidup.
beri aku peluang tuk jaga mereka seperti mana mereka menjaga aku.
beri peluang tuk aku kucup pipi mereka seperti selalu aku buat.
beri aku peluang tuk minta maaf bila aku melakukan kesalahan.
beri aku peluang tuk aku bermanja lagi seperti sekarang.
beri aku peluang tuk peluk mereka.
beri aku peluang tuk tido dengan mereka.

aku tak tahu bagaimana hidupku tanpa mereka.
mungkin sekarang hidupku tak sesempurna ini.
walaupun ada yang mengatakan aku bukan jenis perempuan baik tetapi ibu dan ayah aku mendidik aku ckup dengan ilmu agama dan ilmu dunia. malahan aku belum jadi seperti itu. dan walaupun aku ramai kawan tetapi aku belum rosak dan aku masih punya harga diri dan belum pernah aku menyerahkan tubuh aku untuk lelaki. 

terima kasih ibu,terima kasih ayah
kerana mendidik saya sehingga 20 tahun ini.
terima kasih atas nasihat yang diberikan selama 20 tahun ini.
terima kasih kerana menghantar dan mengambilku dari sekolah hinggalah ke zaman kolej.
terima kasih ibu kerana menyusukan aku tanpa susu campuran
terima kasih atas duit yang dilaburkan tuk saya.
terima kasih sangat2.

<3 i love you mummy and daddy <3


ubat ketika sakit

tak yah tulis banyak2.
kat cartoon ni dh terserlah sumenya.!
ingatlah allah yang menurun sakit,maka allah juga yg memberi penawar.
perasan tk kat setiap ubat mesti tulis penawar itu dari allah.

SIM CARD

nk sim card mcm ni.
senang nk layan fb kat phone.

TAKZIAH BUAT RAKAN KU

tanggal 29.9.2011 adalah tarikh yang paling sedih berlaku dalam hidup rakan ku
qhaidar nazaleen.
mama beliau telah dijemput illahi pada pagi tersebut.

b,tabahkan hatimu,izinkan pemergiannya menghadap illahi.
mungkin allah lebih menyayanginya kerana itu dia dijemput dahulu.
mungkin senang bagi ikin mengatakan semua itu tetapi berat untuk b lakukan nya.
sebagai anak,b sepatutnya mendoakan yang terbaik tuk arwah.
doa b akan sampai kepada arwah.
b masih ada kawan2 yang b leh luahkan perasaan b
kawan2 lain masih ada tuk b. 

kehidupan perlu diteruskan b.
tabahlah syg. 
b masih ada rakan2 dan masih ada papa untuk b rasa kasih sayang dari mereka.
ikin doakan yang terbaik tuk b.

keratan akhbar kemalangan tersebut.

Sunday, September 25, 2011

apa khabar jodohku

Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?


Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?


Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?


Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.


Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..


Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.


Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..


Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas


Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..


Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…


Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..


Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Friday, September 23, 2011

kebaikkan dan keburukkan

FACEBOOK @ FB

facebook adalah sebuah laman chatting yg popular pd masa kini.
tk kira tua muda mesti ada fb.
ok la logiknya yg muda ni ada fb sebab nk berkomunikasi (kononnya la)
yg pelik yang tua ni pun ada fb.
pelik2.
nk buat apa? 
tkkan alasan nk berkomunikasi gak.

kebaikkan facebook.
1.bole contact kawan skolah,kolej,asrama,ex-bf,ex-cikgu kira sekutu dengannya la
2. bole imbas kenangan lalu.
3. bole kenal dengan orang baru
4.bole kongsi masalah dengan orang
5.bole isi masa lapang.

keburukkan facebook.
1.merosakkan hubungan orang
2.mengoda suami,kekasih,gf/bf org.
3.tk kenal batas pergaulan. mula2 dlm fb lama2 leh kluar sama-sama.
4.boleh amik pic musuh pastu jumpa bomoh n bomoh kan kawan 2.
5. kongsi masalah dengan orang pastu bile kena kutuk maki2
6. kenal ntah macam2 orang especially orang2 pelik
7. rumah tangga porak peranda macam keranda.
8. menuduh orang2 sekeliling nk rampas bf/gf dia (yang ang pi bodoh tunjuk dengan spa ang relation 2 apa kejadah)
9. maki ke,kutuk ke,perli ke sume smpai ke dalam fb
10. yg ni paling aku berbulu. ada ke lect,guru sekolah n bos pejabat suh submit keje dalam fb
gile ke apa? ke makan gaji buta + bisu + tuli?

tengok betapa banyak nya keburukkan fb ni. 

Thursday, September 22, 2011

3D animation

group ini terdiri daripada 5 orang iaitu :

1. norashikin - producer & script writter
2. qhaidar nazaleen(biey) - director & animator
3. uzzra umerra(uja) - art director & background artist
4. muhammad azlanshah(alan) - track breakdown & editor
5 . nurul alyani - sound n music & still photo.

tapi keadaan kami telah nampak seperti macam tak cerah je. 
sebab???
susah bila kita berkawan tp sikap kawan kita kawan makan kawan.
susahkan!!!
kisahnya panjang. orang jaga aib dia mcam nk mati. tp dia sndr tk leh jaga aib orang. 
orang jaga air muka dia tk nk bagi malu tp dia buat air muka org macam air garam.

act aku pun geram gak ngn dia. 
byk cerita aku tau pasal dia tp aku jenis malas nk amik kisah hal dia yg macam daging celah kuku 2.
dia bukan sedara aku apatah lagi kakak aku.
hikhikhikhik

kadang2 kita kena pentingkan diri sendiri dulu baru orang. 
bile kita pentingkan kawan dan berlembut sah-sah dia pijak kepala kita.
cakap walaupun kita rapat jangan bagi orang pijak kepala kita.

mungkin sikap aku yang terlalu lembut dengan orang. 
aku bukan berlembut tapi aku cepat kesian dengan orang.
aku tk leh tgk orang susah.
mesti nk tlg.
aku tkt kalu aku susah allah tk tlg aku.
kadang2 aku rasa diri ni bodoh sangat sebab orang buat aku macam anak patung. 
bile susah cari aku
bile ada masalah cari aku
bile tk ckup itu ini pun cari aku gak.
bile dah buat baik ngn orang,mesti orang balas jahat kat aku
nasib.....nasib......~~~~

Tuesday, September 20, 2011

renungkanlah yea.

Cikgu Tanya Kehadiran Anak Muridnya

Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG~

Monday, September 19, 2011

kerja part time :)


= alan punya keje bile aku kacau dia. hahahahaha.

LAWAK KFC


cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol

ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh
camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli
ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.
Hhuuu.. aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung. baguih gak.. depa kena sekali camtu.. lama lama kFC tu semakin berkurang la.. huu..

ada jugak orang spesis ni. hahahahaha

Saturday, September 17, 2011

ciri-ciri suami romantik


suami romantik?..apa ke pelik aku ni, kahwin pun tak lagi tapi ada hati nak bercakap pasal suami romantik..buang tebiat kot..err..mungkin lah..tak pe aku anggap ni sebagai satu proses pembelajaran untuk aku…
okey..tanpa melengahkan masa,jom check anda suami yang romantik ke tak:

1.kalau isteri anda jatuh tangga ambil cuti 2,3 hari..tak pun 40 hari waktu berpantang..

2.buat sesi interview terbuka dengan mak bidan/tukang urut yang nak urut kaki isteri anda.

3.paksa setiausaha anda belikan bunga untuk isteri dan hantar ke rumah..pastikan setiausaha anda tak buang bunga tu dalam tong sampah..sebab membazir..

4.bercakap dengan isteri seperti berbisik, dan penuh dengan sopan santun dan raut wajah yang boleh buat isteri anda cair..

5.masak untuk isteri yang sakit walaupun kita tak pandai masak..kalau ada orang gaji mintak tolong orang gaji ajarkan.

6.suapkan isteri yang sakit kaki walaupun si isteri masih mampu untuk makan dengan sendiri sebab kaki yang sakit bukan tangan.

7.buat kejutan untuk pergi berbulan madu..kalau boleh berpakat dengan bos isteri anda bagi isteri yang bekerja.

8.kalau isteri tanya,”kenapa awak buat semua ni?”..”kenapa awak tak marah saya?”..jawab dengan muka yang tulus dan suci.. “sebab saya sayang awak”

9.ajak isteri tengok pelangi walaupun tak ada pelangi..kemudian cakap “saya tak pernah tengok pelangi yang sangat cantik kemudian tunjuk kat muka isteri anda”..pastu pandai-pandai lah karang ayat sendiri.

10.walaupun isteri tengah marah..cakap isteri anda comel bila marah..mesti dia cool down..sambil buat mimik muka comel.

11.kalau isteri anda merajuk tak mahu makan bila berbulan madu, call pekerja hotel suruh hantarkan makanan kat bilik, kemudian tolong suapkan..sambil jiwang-jiwang sikit..

12.belikan bunga satu bonet kereta kemudian buat-buat lupa si isteri suruh belikan..dah kena marah kemudian baru tunjukan..

13.paling penting, lepas kenduri kahwin basuh periuk belanga..ada syarat, jangan bukak lagi baju pengantin..