Monday, January 24, 2011

RODA KEHIDUPAN

minggu yang membawa bala. 1st time aku dimarahi oleh lecturer ku. memang pedih rasanya. tabahkan hati tetapi akhirnya air mata ku tumpah juga. kerana script kami sekumpulan dimarahi didepan semua lecturer. dia buat kami bagaikan tiada maruah. mula2 aku tabahkan diri tapi akhirnya memang tak dapat aku tahan bile dia kata kerja kami ibarat tiada hasil. dia tak tau betapa lama kami bersabar untuk sampai ke tahap itu.


balik dari meeting 2 ade pulak seorang perempuan yang tetiba serang aku. mula aku malas nak layan sikap bodohnya. tetapi bile dah keluar perkataan yang tak sepatutnya. memang automatic aku meradang. tetapi aku still menjaga adab supaya aku tak sama macam dia. pergh,ayat boleh tahan membakar aku gak la. bole dia ckp aku perempuan bodoh. ok fine kata la apa kau nk  kata. aku still bole diam. pastu leh ckp mcm2 benda sehingga aku rasa perempuan ni ada mak ayah atau tk untuk mengajar dia adab sopan. tak leh ke ckp baik2. aku rsa mmg student **** memang kurang ajar.


pergh,hidup ni ibarat roda wahai perempuan. hari ini hari aku. maybe esok lusa hari kau. mana lah tahu. karma allah tiada sapa yg tahu. 


sampai ke pagi gak la aku menangis. memang bengkak mata. tapi selindung selagi bole. aku tak nak nampak lemah. kenapa lah semua gf ex2 aku mesti serang aku. dah dapat pun ex aku. apa lagi yang dia nak. aku takkan amik lah bf kau dr tangan kau. kecuali dengan ketentuan illahi. ntah la hidup ni ibarat roda. kadangkala diatas kadangkala dibawah. 


aku berpegang 1 je. SABAR. 

dan yang paling aku rasa aku tak sangka ada antara mereka yang menjadi pengkhianat pada aku. kawan sendiri yang susah senang aku tolong tapi akhirnya jadi racun pada diri aku. kenapa lah kau org tergamak buat aku macam ni.tak pela,one day akan ade orang yang khianat pada korang. time tanya diri sendiri kenapa kau orang dikhianati.



chow dulu. salam sejahtera.:)

Tuesday, January 4, 2011

jodoh kita kat tangan allah

aku punya dunia
duniaku begini
ku punya mata
ku punya telinga

jangan anggap ku batu
yang tanpa perasaan
melihatmu dengannya
aku panas

ku punya dunia
duniaku begini
ku punya hati
punya perasaan

cuba raba batinku
cuba tatap mataku
melihatmu dengannya
ku cemburu

cinta mengapa harus rumit
biar begini lelaki ku nanti satu
siapa dia biar hatiku yang tahu
ku pasti setia tapi nanti

cinta bisakah jadi mudah
kau berkelana masa aku harus diam
biar saja kita jalan masing-masing
jodoh di tangan tuhan
biar saja

ku punya dunia
duniaku begini
ku punya hati
punya perasaan

cuba raba batinku
cuba tatap mataku
melihatmu dengannya
ku cemburu

AZAM TAHUN 2011

azam tahun baru????
hurm,azam aku tahun baru ni adalah...............................................
aku tak tahu samada aku mampu @ tak untuk azam kali ini.
azam tahun lepas dah lepas. sebab azam tahun lepas dah tercapai.
nak single setahun. memang menjadi aku single selama setahun. 
memang enjoy gak la jadi single. sebab aku bebas untuk berkawan. >.<
hurm,harap sangat azam tahun ni akan jadi kenyataan sehingga akhir hayat aku.
amat bermakna jika ianya menjadi kenyataan.