Wednesday, June 29, 2011

LELAKI VS PEREMPUAN


Bila gambar keluarga terletak di atas meja lelaki,
Ah.. bagusnya laki nih, orang yang bertanggungjawab.
Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita,
Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjayanya.
Bila meja lelaki bersepah-sepah,
Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.
Bila meja wanita bersepah-sepah,
Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.
Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dengan syarikat ABC.
Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.
Bila lelaki tidak berada di mejanya,… 
Mesti dia tu tengah pergi meeting,
Bila wanita tidak berada di mejanya,
Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek,
Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya.
Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi keluar bershopping.
Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.
Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.
Bila BOSS mengkritik lelaki,
Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.
Bila BOSS mengkritik wanita,
Selepas ini mesti dia merajuk.
Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki,
Adakah dia marah?
Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,
Adakah dia menangis?
Bila lelaki akan berkahwin,
Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.
Bila wanita akan berkahwin,
Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.
Bila lelaki mempunyai anak,
Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.
Bila wanita mempunyai anak,
Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.
Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,
Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjayanya.
Bila wanita keluar untuk urusan perniagaan
Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?
Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru,
Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya.
Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,
Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian

adil ke orang menilai perempuan seperti itu?

Monday, June 27, 2011

TIFFANY & CO

berkenan gila dengan rantai ni. 
nampak exklusif je. 
hehehehehehe.

ntah bape puluh ribu lah harga rantai ni.
>.<

Saturday, June 25, 2011

aaaaaaarrrrrrrrgggggghhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sumpah hari ni 1 hari aku rasa nak meraung je.
tak pernah aku rasa macam ni.
semua benda macam menyesakkan dada aku 
tuk hari ni.

ya allah dugaan apa ni.
aku tak paham betul la. 
cube untuk memperbetulkan keadaan 
but it getting worse

betulkan keadaan yang memang teruk and cube tuk mengakui but lain pulak yang jadi.
kesabaran ni ibarat kulit bawang dah.
dada ni dah sakit sangat sebab tahan perkara ni.

aaaarrrgghh!!!
tolong lah paham!!!
saya juga manusia biasa seperti kamu
bukan robot yang kamu boleh tolak kiri kanan.
kalu cakap tapi tak memahami baik tak payah.

bia lah aku terus terang perkara sebenar walaupun aku tahu payah untuk aku
hadapi.

menyusahkan je!!!


Friday, June 24, 2011

KUCING


korang ada kucing macam aku ni.
hahahaha.
macam pikachu kan?
comel gile!!!!

Thursday, June 23, 2011

LAGENDA BUDAK SETAN

Adaptasi : NOVEL LAGENDA BUDAK SETAN
Penulis : AHADIAT AKASHAH

baru hari ini aku dapat tengok movie lagenda budak setan.
punyalah slow aku ni. cerita dah berkurun tapi baru saat ni aku dapat tengok. 
2 pun aku baru perasan kat dalam laptop aku ada cerita 2.
thanx la adikku sebab kau download dr tia.
kalu tak alamatnya sampai ke sudah aku tk dapat tengok cerita 2.
hahahaha.

unik jalan ceritanya. 
unik sebab kerana cinta ayu boleh terima kasyah yang memang digelar budak setan dikalangan rakan2 kampus. 
kerana cinta kasyah boleh menerima ayu yang telah terlanjur dengan kekasihnya.
kerana cinta kasyah sanggup meneruskan pengajian sehingga habis walaupun terpaksa berpisah dan duduk jauh dipedalaman.

sedih gile.
menangis gak la aku tengok cerita ni. tp kena tahan kesedihan 2 sebab tengok dengan ibu. kalu tengok sorang mau mengalir gak air mata ni. hahahahaha
seorang lelaki yang bergelar suami sanggup memukul isteri kerana cemburu buta.
dah tau ayu cintakan kasyah kenapa kau gatal nak ayu gak. 

mak ayu pun buta agaknya. dah nampak lelaki 2 kaki pukul n leh pukul anak kau depan mata pun kau leh terima segala rancangan dia. 2 mak yang gile 2. kalu aku la,dah lama aku larikan diri.

pape pun best la cite ni. thanx abg ngah sebab downloadkan tuk aku.
tia thanx sebab bagi cerita ni. hahahaha

Wednesday, June 22, 2011

JOGGING

hari ni tepat pukul 7 aku keluar pergi jogging kat skate park 18.
ingat nk g jogging kat tasik seksyen 7 tapi transport masalah kami.

sampai sne orang dah ramai.
nak tk nak kena lah nak kan jugak.
pergh leh tahan la. 

1st round - jalan
2nd round - lari
3rd round - jalan
4th round - lari
5th round - jalan.

tepat pukul 8 aku chow la.
2 pun sebab farah ajak aku jogging
kalau tk,alamatnya....
duduk rumah lah ternak lemak.

balik dari jongging
singgah beli air. haus siut.
hahahhaa

pastu balik
duduk rehat kat buai depan rumah kejap sambil cerita about someone.

kadang2 tak paham aku dengan sikap segelintir lelaki ni.
dah orang tak nak 2 angkat jela kaki cari gurl lain. ni tak.
sampai jumpa bakal mak mertua pun publish kat wall
last2 bukan tahan lama pun hubungan 2.
ntah la,harap jangan la jadi kat aku.

masuk rumah yayah n ibu nak keluar beli breakfast.
''ibu,tahu kan menu kita.''
'' ye2,ibu ingat. nasi lemak tambah,telur mata 1 n telur rebus 1,ikan bilis lebih,kacang tak mau, timun jangan pahit.''
''hehehe''
''lepas jogging makan pulak yang memang banyak kolestrol. baik tak yah g jog'' ayah sambung..

tak pe asal kan tak sakit sudah. hehehe. 
lagipun aku memang ada penyakit kurang darah n tekanan darah rendah.
bile la nk jd normal ni.
darah cpt la normal.



Wednesday, June 15, 2011

TUAN RUMAH,PEMBANTU RUMAH

'' saya tak ada alasan. saya tak boleh nak elak. dah saya rasa macam tu,nak buat macam mana. awak ingat,hati manusia ni boleh dikawal ke? ada remote control untuk on,off.......hmmmmmm?''


kata orang,jangan terlampau membenci,nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. jangan terlampau percaya,nanti merana jiwa.

sungguh emir jihan tidak mengerti,mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. kenapa sebelum itu,dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

intan asha areen,entah dari mana datangnya. identiti gadis itu langsung tidak diketahui. hanya yang pasti,dia maid baru dalam vila keluarga emir jihan. dia membawa gayanya tersendiri,mampu menarik hati semua penghuni vila.

ada rasa yang berbeza timbul dalam diri emir jihan dan intan asha areen. tapi apa? adakah rasa itu dipanggil cinta? kedua-duanya bingung untuk merungkainya. apa yang pasti,kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. namun,mampukan ia dimengertikan dengan munculnya taufeeq badree dan hanni? juga krisis identiti indrian dani yang mencurigakan

akan bersatukah rasa yang bermain di hati emir jihan dan intan asha areen? akan mengertikah mereka perasaan masing2? siapa pula taufeeq badri dan hanni? krisis identiti indrian dani akan dirungkaikah? adakah tuan rumah dan pembatu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta merungkai semua yang terjadi???

BARANG YANG DIIDAM2

*ipad2*
barang ni aku rasa macam nk keluarkan je. tadi bincang dengan ibu,ibu suh simpan duit ptptn yang dapat 2. memanglah kena simpan tapi barang ni jadi idaman hatiku.
hahahahaha.

tengoklah nanti dapat ptptn last sem aku pejam mata n beli benda ni. senang nak bawak kehulur kehilir. tak la asyik nak berkepit ngn macbook je. 

aku harap ibu izinkan lah aku nak beli kau ipad. hehehehe

Monday, June 13, 2011

BILA HATI KATA SAYANG

Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.

Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.

"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."

"Kalau dekat kenapa?"

"Saya cium awak!"

"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.

"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"

"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.

"Betul? Betul tak rindukan saya?"

Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA!
Bila Hati Kata Sayang

Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.

-----------------------------------
Sedutan Novel :

"Fail warna biru? Kat mana encik?" Aku tanya balik sambil pandang meja tulis dia.

"Atas meja tulis ada?" soal dia, macam tak puas hati saja.

"Tak ada!" jawabku.

"Tolong cari dalam laci ke," arah dia lagi.

Aku bergerak ke meja tulis. Tarik laci. Tapi tak ada apa benda. Kosong.

"Tak adalah encik." Aku beritahu dia.

"Okeylah, kalau macam tu. terima kasih ya," katanya.

"Sama-sama.."

"Err…" Aku dengar dia cakap begitu.

Nak suruh cari apa lagi? Fail warna kelabu taik anjing pulak? Ke saja nak telefon aku? Cari fail tu satu alasan saja. Kalau begitu tak dapatlah aku nak tolong.

"Ya encik?" soalku. Sambil-sambil tu tunggu juga dia nak cakap apa.

"Tak apalah!" Dia jawab .

Kan dah betul. Dia tu saja cari alasan nak cakap dengan aku saja. Ceh! Tak guna betul. Tapi suara dia memang sedaplah walaupun serius. Sebenarnya kalau dia cakap lama-lama pun aku tak kisah jugak. Aku suka. Suka sangat-sangat!

"Terima kasih ya. Assalamualaikum!"

"Waalaikumusalam," jawabku lambat.

Suara dia dah hilang. Dan seperti separuh jiwaku hilang sama!

* cite ni mesti best. nnti lah ada duit aku nk beli.
n aku akan update setiap novel yang aku baca. 

Sunday, June 12, 2011

last class

this is my last class 4 this sem.
harap tak de presentation.
kalu ada memang aku rasa berdebar2 sehingga jantung akan naik ke tekak.

n harap hari tak de bala.
amin :)

Saturday, June 11, 2011

MY CAT


ni kucing aku. dia memang suke cari tempat tidur yang pelik2. tempat ni kat bawah meja belajar aku. kadang2 dia tidur ngn bear aku. sampai ada 1 hari 2 aku igt aku peluk bear aku rupanya aku peluk dia. padan la aku rse mcm berbulu2 sedangkan bear aku tk de bulu. hahahahaha. 
aku sayang kau sampai kau mati la tobek. hahahahah.

Thursday, June 9, 2011

NORA ELENA


erm,setiap tepat pukul 7 mesti aku terpacak kat depan tv sebab nk tgk cite ni.
memang best la cite ni.
tapi orang cakap novel lagi best.
adaptasi dari novel kasih yang suci karya meen zulaikha.

nanti dapat duit aku nak beli novel 2.
kenapa aku suke n tk suke tengok cite ni??

sebab:
-aaron aziz. dia cukup hensem bagi aku. hahaha. romantiknya. memang impian aku nak seorang lelaki yang romantik n memahami aku. teringin gak nak jadi macam nora elena. satu bonet kete ada pelbagai jenis bunga yang dihadiah kan oleh seth.

pergh mmg gampak la. sapa lah yang mampu nak hadiahkan bunga segar2 kat aku. hikhikhik.

-siti saleha. suke watak dia sebab dia cute n matang. profesional dlam bekerja. suke wat laki dia terbakar dek sikap angin dia. esok2 aku pun nk wat mcm 2 kat laki aku. nak tengok tahan tk laki aku makan nasi goreng tiap2 hari. hahahahahaha.

part tak suke plak :
aku benci watak yvonne yg dibawa oleh wan sharmila. mcm hampeh je. dtg uma orang malam2 buta pastu peluk2 laki orang. kononnya putus cinta. hai,nasib la nora memahami. kalu aku la jd nora dah lama arwah je yvonne 2. tergedik2. seth pun leh layan sikap gedik dia. cukup lah layan dia sebagai setiausaha sahaja. esok kalu aku ada laki,then laki aku layan BFF GURL dia lebih dari aku. bukan takat BFF GURL dia je yg arwah dengan laki aku sekali aku jadikan arwah.

part lain aku leh kongsi. makan,minum,duit n pape je la. tp part kasih sayang,cinta n yg seangkatan dengannya jangan harap. laki aku milik aku sorang. bukan untuk dikongsi. hahahahaha

LIPAS

bodoh punya lipas.
gara2 kau,aku terlentang kat dapur.
dah la dapur licin.

kalu aku dapat kau lipas terbang memang aku bunuh kau walaupun aku penakut lipas.
tak patut kau buat aku macam 2. kau patut belajar cara nak serang orang dengan mak ayah kau. tk pun ngn lipas2 lain. ni tak bukak je almari trus kau serang.

gara2 kau aku terlentang kat dapur. sakit tau tk kepala ni. dah la cukup2 kena kat tong gas kosong. pergh menahan je.

keracunan makanan

tak tahu lah semalam makan apa.
rasanya just makan nasi goreng,donut big apple n balik 2 makan makanan kat uma je.
tapi tengah malam semalam tetiba rasa mual je.
hampir 6 kali gak ulang alik ke toilet n keluarkan sume sekali.

pergh memang terbaik lah. badan lembik gile. nak berjalan pun terketar2.
gagah kan juga sebab mata mengantuk.
pagi2 ayah kejut ajak g klinik sebab dah teruk.
pegi klinik je terus masuk sebab kes kecemasan. hahahaha
tak la kecemasan mana. tapi sebab ada orang dalam kan. senang skit.

bile di check2. ditolak ditambah didarab sume penyakit 2
doktor sahkan aku menghidap penyakit keracunan makanan.
pergh memang la muntah2. keracunan rupanya.

sapalah yang dengki letak racun dalam makanan sampai aku pun kena keracunan makanan.
hish2.
sabar jela.

tapi best gak la kena sakit ni. mak aku sanggup bangun pagi2 masak kan bubur n ikan bilis + cili + bawang.
wah,kalu macam ni every day nak sakit la.
n perkara paling tk suke siap sekali dia hidangkan susu tp sian la,susu 2 diminum oleh singki.
tak lalu aku nak minum susu.
nak lagi susu putih.
errrrrkkkkk,rsa mcam nak muntah.
pedih je bau.

mummy thanx jaga sy mse sakit.
ily so much mummy..
mmmmmuuuuuaaaahhhhh!!!!! :)

Wednesday, June 8, 2011

about love

love me without fear..
trust me without restriction..
want me without demand..
accept me how i am..

mencintai tak semestinya memiliki..
kadangkala pilihan hati tak semestinya tepat dan kadangkala juga bukan pilihan hati itu adalah pilihan yang tepat jika diperhatikan dengan mata kasar..

sempatkan baca novel kat MPH. hahahaha.
nk beli tapi ada dalam tangan rm50 je. kalu rm150 elok juga.!
ada 4 buah novel yang aku nak kaut tp 2 la. tggu la duit kluar.

seharian

satu hari aku kat luar hari ni.
penat tak terkata. tapi best. hehehehe

first g kampus nk hantar work Corporate Identity sampai kat kampus tetiba uja cakap mcm ni.
'ikin,kau bawak consultation?
'aaaaa,aku tertinggal. hahaha

duduk2 kejap tetiba b sampai. alhamdulilah la. aku mintak tolong kawan dia,syed.
aku mintak tolong dia hntar ke rumah nk amik consultation sheet aku.

thanx syed. hahahaha

lepas amik consultation g mkn kat sacc ngn b n syed kat noodle station. mkan2,discuss bout final n last skali nk blik singgah big apple bli donut. balik kitaorg lepak kat tasik. mkan2 n syed n b hntr balik.

thanx b n syed. :)

Tuesday, June 7, 2011

mistery cat

aku ada 3 ekor kucing yg sme warna lain jantina.
Kontot,tobek n garfield.
pelikkan nama diaorg.
kontot,sbb mse jumpa dia ekor dia kontot n bdan dia kecik je.
tobek,sbb mse jumpa dia ekor dia tobek.
garfield sbb badan dia macam garfield n badan dia gebu.

aku sayang gile ngn garfield walaupun kena basuh dpaur tiap2 hari. sbb dia suke buang kat dapur. penah marah dia tp sian pujuk balik. hahaha.
one day kitaorg g uma pak cik kat kapar sbb anak dia nikah n tinggalkan diaorg kat luar tetba bile balik dia hilang. :(
rse terkilan sgt. tp nk wat cm mne kena la redha.

tinggallah tobek n kontot.
kitaorg buang dia kat area bob corner kat seksyen 18. mse 2 nk g uma mak long sbb kenduri. blik kenduri malam sabtu 2 dia tk de. bile ahad pagi aku bgun tdo tetba dia ada dalam uma.

seluruh family aku pelik bagai nk rak. mne tak nya punya jauh kitaorg buang dia,dia leh pulang.
aku smpi peluk2 dia sbb rindu gile kat dia. skrg bile kitaorg ajak dia kluar main kat taman dia mesti stop kat depan gate. tkt agaknya. tkt kena buang. hahahaha. skrg dia pun tdo ngn aku. aku yg tk de asma ni pun leh kena blik. hahahaha.

ANDAILAH


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.


PETANDA APA??


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.