Sunday, September 25, 2011

apa khabar jodohku

Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?


Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?


Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?


Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.


Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..


Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.


Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..


Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas


Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..


Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…


Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..


Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Friday, September 23, 2011

kebaikkan dan keburukkan

FACEBOOK @ FB

facebook adalah sebuah laman chatting yg popular pd masa kini.
tk kira tua muda mesti ada fb.
ok la logiknya yg muda ni ada fb sebab nk berkomunikasi (kononnya la)
yg pelik yang tua ni pun ada fb.
pelik2.
nk buat apa? 
tkkan alasan nk berkomunikasi gak.

kebaikkan facebook.
1.bole contact kawan skolah,kolej,asrama,ex-bf,ex-cikgu kira sekutu dengannya la
2. bole imbas kenangan lalu.
3. bole kenal dengan orang baru
4.bole kongsi masalah dengan orang
5.bole isi masa lapang.

keburukkan facebook.
1.merosakkan hubungan orang
2.mengoda suami,kekasih,gf/bf org.
3.tk kenal batas pergaulan. mula2 dlm fb lama2 leh kluar sama-sama.
4.boleh amik pic musuh pastu jumpa bomoh n bomoh kan kawan 2.
5. kongsi masalah dengan orang pastu bile kena kutuk maki2
6. kenal ntah macam2 orang especially orang2 pelik
7. rumah tangga porak peranda macam keranda.
8. menuduh orang2 sekeliling nk rampas bf/gf dia (yang ang pi bodoh tunjuk dengan spa ang relation 2 apa kejadah)
9. maki ke,kutuk ke,perli ke sume smpai ke dalam fb
10. yg ni paling aku berbulu. ada ke lect,guru sekolah n bos pejabat suh submit keje dalam fb
gile ke apa? ke makan gaji buta + bisu + tuli?

tengok betapa banyak nya keburukkan fb ni. 

Thursday, September 22, 2011

3D animation

group ini terdiri daripada 5 orang iaitu :

1. norashikin - producer & script writter
2. qhaidar nazaleen(biey) - director & animator
3. uzzra umerra(uja) - art director & background artist
4. muhammad azlanshah(alan) - track breakdown & editor
5 . nurul alyani - sound n music & still photo.

tapi keadaan kami telah nampak seperti macam tak cerah je. 
sebab???
susah bila kita berkawan tp sikap kawan kita kawan makan kawan.
susahkan!!!
kisahnya panjang. orang jaga aib dia mcam nk mati. tp dia sndr tk leh jaga aib orang. 
orang jaga air muka dia tk nk bagi malu tp dia buat air muka org macam air garam.

act aku pun geram gak ngn dia. 
byk cerita aku tau pasal dia tp aku jenis malas nk amik kisah hal dia yg macam daging celah kuku 2.
dia bukan sedara aku apatah lagi kakak aku.
hikhikhikhik

kadang2 kita kena pentingkan diri sendiri dulu baru orang. 
bile kita pentingkan kawan dan berlembut sah-sah dia pijak kepala kita.
cakap walaupun kita rapat jangan bagi orang pijak kepala kita.

mungkin sikap aku yang terlalu lembut dengan orang. 
aku bukan berlembut tapi aku cepat kesian dengan orang.
aku tk leh tgk orang susah.
mesti nk tlg.
aku tkt kalu aku susah allah tk tlg aku.
kadang2 aku rasa diri ni bodoh sangat sebab orang buat aku macam anak patung. 
bile susah cari aku
bile ada masalah cari aku
bile tk ckup itu ini pun cari aku gak.
bile dah buat baik ngn orang,mesti orang balas jahat kat aku
nasib.....nasib......~~~~

Tuesday, September 20, 2011

renungkanlah yea.

Cikgu Tanya Kehadiran Anak Muridnya

Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG~

Monday, September 19, 2011

kerja part time :)


= alan punya keje bile aku kacau dia. hahahahaha.

LAWAK KFC


cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol

ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh
camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli
ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.
Hhuuu.. aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung. baguih gak.. depa kena sekali camtu.. lama lama kFC tu semakin berkurang la.. huu..

ada jugak orang spesis ni. hahahahaha

Saturday, September 17, 2011

ciri-ciri suami romantik


suami romantik?..apa ke pelik aku ni, kahwin pun tak lagi tapi ada hati nak bercakap pasal suami romantik..buang tebiat kot..err..mungkin lah..tak pe aku anggap ni sebagai satu proses pembelajaran untuk aku…
okey..tanpa melengahkan masa,jom check anda suami yang romantik ke tak:

1.kalau isteri anda jatuh tangga ambil cuti 2,3 hari..tak pun 40 hari waktu berpantang..

2.buat sesi interview terbuka dengan mak bidan/tukang urut yang nak urut kaki isteri anda.

3.paksa setiausaha anda belikan bunga untuk isteri dan hantar ke rumah..pastikan setiausaha anda tak buang bunga tu dalam tong sampah..sebab membazir..

4.bercakap dengan isteri seperti berbisik, dan penuh dengan sopan santun dan raut wajah yang boleh buat isteri anda cair..

5.masak untuk isteri yang sakit walaupun kita tak pandai masak..kalau ada orang gaji mintak tolong orang gaji ajarkan.

6.suapkan isteri yang sakit kaki walaupun si isteri masih mampu untuk makan dengan sendiri sebab kaki yang sakit bukan tangan.

7.buat kejutan untuk pergi berbulan madu..kalau boleh berpakat dengan bos isteri anda bagi isteri yang bekerja.

8.kalau isteri tanya,”kenapa awak buat semua ni?”..”kenapa awak tak marah saya?”..jawab dengan muka yang tulus dan suci.. “sebab saya sayang awak”

9.ajak isteri tengok pelangi walaupun tak ada pelangi..kemudian cakap “saya tak pernah tengok pelangi yang sangat cantik kemudian tunjuk kat muka isteri anda”..pastu pandai-pandai lah karang ayat sendiri.

10.walaupun isteri tengah marah..cakap isteri anda comel bila marah..mesti dia cool down..sambil buat mimik muka comel.

11.kalau isteri anda merajuk tak mahu makan bila berbulan madu, call pekerja hotel suruh hantarkan makanan kat bilik, kemudian tolong suapkan..sambil jiwang-jiwang sikit..

12.belikan bunga satu bonet kereta kemudian buat-buat lupa si isteri suruh belikan..dah kena marah kemudian baru tunjukan..

13.paling penting, lepas kenduri kahwin basuh periuk belanga..ada syarat, jangan bukak lagi baju pengantin..

Thursday, September 8, 2011

perngaruh filem pada anak2

Akibat pengaruh filem yg tidak sesuai untuk kanak2 dbawah umur 13 tahun :

Mak : aiman ! Diam la . Adik tengah tido nie !
Aiman : lu kasi gua mati dulu lah bru gua diam !
Ayah : aiman ! Nie mak kamu tau tak !
Aiman : sekarang gua x kira lu mak long ka ,mak ngah ka , ni rumah gua pegang !

Tak lama kemudian,adik bangun dari tido...

Aiman : mainan ni abang punya lah , bak sini mainan abang !
Adik : abang x abang ! sape kacau aku pecah !
(pastu mak menyampuk)
Mak :Hey!!!Kalau aku sembelih ko 18 bru ko tau tentang penyesalan tau x??!!!

Wednesday, September 7, 2011

tekak oh tekak

masuk hari ni dah 3 hari aku teringin nak makan something yang aku sendiri tak tahu.
hahahahaha

isnin : ayam penyet  + ayam kfc
keputusan : tak menyelerakan

selasa : 1901 
keputusan : tak menyelerakan

rabu : nasi putih + kacang masak lemak + ikan sumbat sambal belacan
ptg : air kopi + biskut jacob cream cracker
keputusan : tak menyelerakan

oh my GOD benda apa yang tekak nk makan ni
tolonglah jangan minta makan yang bukan2.
sampai esok pun aku cari nak makan apa tetap akan tak jumpa.

aaaarrrgghh tensionnya!!!!
sume yang aku nampak aku dah makan tapi nape tk kena pada tekak. :'(



Monday, September 5, 2011

kenapa lah

kenapalah keadaan aku sekarang macam ni,
cepat penat,lesu,lemau je mcam biskut.
kadang2 rse mcm malas nk g klas.

kerap sakit kepala
nk g doktor check macam takut.
hope cepat lah baik dari segala penyakit kalu ada

kerap sangat batuk teruk.
kalu batuk macam nk tanggal anak tekak.
aaaarrrggghhh,tolonglah..
tolong cepat baik.

dah tk tahan kalu macam ni je kena.
batuk teruk plak 2.
nak kata salah makan tk de kut.


Saturday, September 3, 2011

kenapa?

masa dekat muar.....
saya telah perhatikan kesemua sepupu2 sy...
sy lihat dagu mereka,
sy lihat mata mereka,
sy lihat pipi mereka,

tapikan sy tetap belum temui jawapan yg sy mahu.
kenapa muka sy tk macam ahli keluarga sy yg lain?
kenapa dagu sy belah,sepupu n mak cik2 yg lain tk de dagu belah?
kenapa mata sy sepet tp yang lain tk?
kenapa sy ada lesung pipit tp yg lain tk?
ibu ngn ayah pun tk de.

sy ni anak sapa????
orang cakap sy ikut ayah. dahi sy mcam ayah. luas macam padang bola. hahahha
muka saya iras cina sbb sy miliki mata sepet seperti cina. hehehehe.
kalu tengok sy ni campur ibu dan ayah cume pelik sikit sy miliki kelebihan lain dr orang2 lain. 

thanx to allah sebab cipta sy sesempurna sekarang.:)
aminn.