Sunday, November 18, 2012

NOVEL










ok ni senarai novel2 yang saya beli tempoh hari.
kan saya ni gila novel.
jumlah sume skali lebih rm160.
puas sangat dapat buy all this books. 
tk kisah habis duit lebih sikit demi dapatkan apa yang saya nak.
terasa sangat2 puas.
huhuhuu

aku untukmu 2 dah habis baca pun. 
huhuhuhu.
best gila jalan ceritanya.

mmmm,esok nak g pejabat pos untuk buat money order beli novel secara order.
huhuh.
thank my mum sebab faham apa yang sy mahukan. 
:)

Friday, November 16, 2012

Today Activity

assalamualaikum,

haiiiii.

hari ni kita berjumpa semula.
hehehehe.

hari ni aku dan diyanah keluar bersama. ingat nak pergi sunway tapi diyanah cakap kita lepak kat dekat2 je.
so,kitaorg decide pergi Aeon Bukit Raja,Klang.
aku memang nak ajak dia tengok cerita Istanbul Aku Datang.
finally,dapat jugak aku tengok cerita tu.
heheheheh.

ok now time for komen about the story:
TAJUK : ISTANBUL AKU DATANG
jalan cerita yang amat2 menarik. aku rasa teruja bila tengok lakonan mantap dari lisa surihani dan tomok.
aku rasa cerita ni jugak buat aku realize something bout relationship.
LELAKI MEMANG TAK PATUT DIBERI PELUANG KEDUA!!!
yeah,itu lah dia.
aku tengok bila watak azad(tomok),curang apabila sampai ke istanbul. apabila dia kantoi dia salahkan dian(lisa). kenapa semua lelaki sebegini rupa?
kenapa susah sangat nak akui kelemahan diri sendiri?
kenapa ada kecurangan apabila bjauhan dari pasangan?
aku salute tentang lisa dia sanggup ke istanbul semata2 untuk sentiasa bersama dengan azad. tetapi kenapa tiada penghargaan terhadap dirinya?
bila azad tahu dian stay dengan housemate lelaki kenapa perlu dia dimaki seolah2 seperti tiada harga diri.
aku rasa sume lelaki sama je macam 2.
tak yah bagi contoh jauh2,ex bf aku je.
pernah dia hargai apa aku buat pada dia.
tak pela, betul kata watak beto,aku terlalu baik untuk dia. 
jadi oleh itu mungkin ada lelaki yang lebih baik untuk aku.
siyesly,jalan ceritanya terlalu sempurna bagiku.
dari situ aku pelajari banyak benda dalam erti percintaan.
bak kata seseorang pada aku
''shikin,kalau awak nak pilih seorang lelaki dalam hidup awak,jangan cari lelaki sebagai suami tetapi cari ayah untuk anak2 awk,cari imam yang bole imamkan solat awak dan carilah lelaki yang mencintai kamu bukan lelaki yang kamu cintai''
thanx to you jugak sebab realize kan benda ni pda sy.

ok balik dari tengok movie kami pergi carrefour.
kononnya nak makan maggi goreng ayam je tapi last2 masuk gak dalam pasaraya.
benda yang aku rasa lucu sangat la.
masuk2 diyanah kononnya tak nak bertembung dengan shafeeq tapi bila lepas rak pertama aku jadi terkaku seluruh badan.
kenapa?
sebab shafeeq betul2 depan aku dan diyanah tarik tangan aku supaya ikut lorong.
hahahahahah.
rasa lucu sangat plak
so,sempat lah borak2 dengan shafeeq kejap.
dia pun aku tengok sama macam dulu. tak de perubahan.
terubat jugak rindu kat dia n kawan2 kat cf. tapi tak ramai yg kami jumpa.
shafeeq ada ajak aku dan diyanah join inventory pada 28/11 ni.
tak tahu lah nak pergi atau tak.
nantilah aku confirm semula pada shafeeq.
diyanah tak dapat join sebab dia g dungun amik jubah.
jalan2 jumpa lah scanner team baru.
mak aihhh gemuk nya!!
hahahahahah
oppssss,tak baik la.
mentang2 lah kurus skrg.
hahahahahhaha.
jumpa kak ikin,kak ina diaorg cakap scanner team ni tk best yang best kami jugak.
hahahahahaha.
thanx akak :)


ok 2 je untuk hari ini.
so far hari ni betul2 penat.

so,next week outing lagi. nak g sunway plak.
:)

bye kawan2 :)

Thursday, November 15, 2012

TERPENGARUH

dah pukul 4 pagi.
masih belum lelap lagi.

mmmmm,nice story.
aku sanggup bersengkang mata semata2 tengok cerita ni.
fuuuhhh memang mantap la.
ombak rindu n bicara hati memang out my list la.
cerita ntah pape.
bosan nak mati.
tak sehebat novel.
hehehehehe.

hari ni so far aku berjaya tengok sampai episod latest.
episod 47.
mmmmm,3 hari aku tidur lewat gara2 cerita ni.
nasib baik lah ibu tak bising aku bangkit lewat.
hehehehehe.
thanx mummy...

aku teringin nak jumpa jodoh aku di tanah suci.
orang cakap lebih berkat dan itulah jodoh kita yang sebetul2nya.
tak tahulah samada benar atau tak.
aku nak punyai seperti adam.
memang ada pun tapi dia laki orang.
hahahaha.
takpe la bukan rezeki aku nak miliki dia.
hehehehehe.

k la aku nak tido,esok nak outing dengan my partner kat sunway.
diyanah,tak sabar nak tgk istanbul aku datang!!!!!!

bye!
salam.

salam sayang,
seri cindai

Wednesday, November 14, 2012

STOP FINDING THE RIGHT MAN!!

assalamualaikum....

alhamdulilah saya masih diberi umur yang panjang di awal muharram ni.
syukur pada mu ya allah kerana beri aku bernafas sehingga kini.

awal muharram ni aku terasa sayu.
tak macam tahun2 lepas.
yela maybe tahun lepas aku terlalu leka dengan duniawi.
rasa nak menitis air mata bila solat tadi.

alhamdulilah aku diberi kesempatan untuk berdoa lagi.
selain aku doakan untuk keluarga aku,aku tk lupa tuk doakan diri aku.

ya allah,aku seboleh2 nya tak mahu tidak di ngaku umat nabi,tetapi apakan daya aku sebagai hambamu.
aku terlalu sedih sehingga aku lebih baik keadaan nya aku seperti sekarang.
hidup aku aku cume perlukan ibu,ayah dan adik2.
aku dah tk nk cari lelaki yang akhir nya aku sendiri terluka.
 ya allah,jika benar KAU telah menetap kan jodoh aku sejak di luth mahfuz,kau temukanlah jodoh ku apabila sampai ketikanya.

ya allah,kurniakanlah aku seorang lelaki yang mampu membimbing aku dan anak2 kami ke jalan keredhaan MU,kurniakan aku lelaki yang bersifat penyayang,agar dia bole menyayangi aku dan anak2 sebaik dia menyayangi keluarganya,kurniakan aku lelaki yang bertanggungjawab diatas aku dan anak2 seperti dia bertanggung jawab keatas keluarganya,kurniakan aku lelaki yang setia kepada ku seperti dia setia kepadaMU ya allah.
ya allah,jika kau ingin menguji aku dengan kehadiran lelaki2 yang bukan jodohku,engkau tutuplah pintu hati aku serapatnya2 kerana aku tak ingin disakiti dan aku tak ingin menambah dosa yang bakal kami lakukan.
ya allah,sesungguhnya aku hambamu yang lemah dari segala aspek,engkau yang maha melihat lagi maha mengetahui apa yang telah terjadi padaku. ya allah,padamu aku meminta ya allah..........

lepas ni memang aku nak tutup pintu hati aku. aku tak nak dilukai macam sume lelaki lakukan.
aku yang menanggung kesakitan nya beberapa lama. 
:'(

Monday, November 12, 2012

kulit muka.....

alhamdulilah sebab saya dilahirkan dengan memiliki kecantikkan yang unik.
hahahaha.
tk de la tk de yang unik pun,
cume saya memang dilahirkan memiliki kulit yang susah nak naik jerawat,
orang cakap makan kacang naik jerawat,berkilo saya makan tak de sebutir pun naik,
orang cakap makan makanan berminyak jerawat naik berlumba2, tp tak de pun naik macam ikan lumba2.
hahahahahahah.

sebenarnya,kulit muka kita ni sensitif.
saya memang dari kecik sampai ke besar la ni saya memang tak suka pakai make up
percaya atau tidak seseparuh orang sebulan sekali mesti beli lipgloss,eye shadow,dan sebagainya.
saya??
tak langsung.
saya memang TAK SUKA PAKAI MAKE UP.
janganlah sy dipaksa bermake up memang rasa nak tonyoh je make up 2 kat tuan punya mulut.
hahahahahaa.

jujur lah ibu pun bising gak kadang2 sebab muka saya kadang2 agak terlalu pucat bila sistem pemakanan saya,saya tak jaga.
kadang2 sy keluar sy cume sapu bedak compact n secalit lipgloss yang agak pink sahaja.
rimas pakai make up ni.
esp bila nak solat.
1 kerja nk cuci bagai.
baik tk yh pakai.

dari segi pencuci muka saya hanya pakai produk seba med.
produk 2 lebih baik tuk kulit.
sebenarnya produk 2 dihasilkan utk org yg bkulit sensitif tapi rasa nya saya sesuai pakai sbb produk 2 tk de bahan pewangi so sesuai tuk sume jenis kulit.

dari segi pemakanan pula saya amalkan makan biodelima.
supplement ni dihasilkan dari buah delima,kurma,kismis,biji anggur n madu.
tak yah mahal2 nak beli vitamin bagai sebab nak cantik.
kita makan sahaja makanan sunnah nabi.
lagi baik tuk badan dan kulit.
 bersyukur sangat sebab allah kurniakan kecantikkan saya walaupun tidak bermake up.
:)

delete.....

assalamualaikum

alhamdulilah....

nk tahu kenapa ucap macam 2??
hahahahahha.
ok ok
alhamdulilah,sy dah delete dah sume kisah saya n ex saya di blog ni.

sekarangkan dah single so,nk buat apa baca kisah lama.
aku pun kalau teringat dia rasa macam nak bunuh je dia.
haish,
depan mata aku ni aku nampak dia kecik besar kecik besar.

pesanan to my ex hubby:
SAYA BOLEH HIDUP TANPA AWAK!!
SAYA DAH BAHAGIA TANPA AWAK!!
SAYA DAH LUPAKAN AWAK!!


bye2.

Wednesday, October 24, 2012

serupa tapi tak sama.

assalamualaikum.....

haiiiii
hello buddyzzzzz....

mulanya kisah ini.
hahahaha.
ok ok.

ada jiran kami yang baru pindah kat kawasan rumah aku ni.
untuk information HE WAS MARRIED!!
huh!!
melepas~~~
ok la,masa malam 2 borak dengan mak aku tetiba mak aku cakap jiran 2 rupa ex boyfie aku.
ahmad nizar bin abdul wahab.
mula 2 aku fikir mak aku ni merepek betul.
tapi malam ni aku face to face dengan dia.
damnnnn
memang betul la.
cume ada perbezaan la antara mereka berdua ni.
nizar ni agak gelap tapi senyuman dia mampu buat orang cair woooo
kalau tak macam mana mampu tackle aku masa zaman sekolah dulu.
hahahahahaha.
dia cikgu praktikal aku.
heeeeee.
okok malas nk buka cita lama.

jiran aku ni putih tapi bila senyum bole buat aku khayal kejap.
nasib baik lah mulut dia ni ringan nk menegur.
alahai,sekampung dengan aku rupanya.
orang johor.
abg,napa abg kahwin dgn akak.
patutnya abg kawin dengan kita.
baru sepadan.
sama2 kecik dan comel.
baru lah dapat anak yang comel dan hensem.
*berangan je la.
(ok finish pasal nizar)


ni hamba allah yang kedua pulak.
nama dia elwan.
ringkas kan nama dia.
dia penah datang rumah aku dengan mak su dia.
kira aku panggil mak su dia pun mak su gak.
masa bukak pintu mak su terus tegur aku.
ni **** kan.
haah
mulut layan mak su tapi mata pandang elwan.
hensem nya dia ni tapi dalam hati jela aku cakap.
hahahaha.
masa dia datang dengan gf dia.
ok la,lepas 2 dia balik.
then dah bape lama lepas 2 mak aku dapat jemputan kawin tuk adik dia elmi.
ok la aku n family pergi ke jemputan dia kat puchong.
masa masuk 2 dia jadi penyambut tetamu.
dalam kepala hotak aku ni duk mengecam muka dia ni.
sampai makan pun aku curi2 pandang dia.
lama2 aku give up nk ingat sapa dia.
sampai la nak balik dia teman mak su jumpa ibu aku.
masa 2 aku tatap muka dia puas2.
hahahahaha
jahat kan aku ni.
ok last2 baru aku ingat.
dia ni rupa ex-bf aku
yang namanya nik.
2 pun adik n angah aku yang tegur dia rupa nik.
kalau tak aku pun tak ingat n tak bape nk cam.
sume sama macam nik,
kurus,putih,tinggi,senyuman dia.
perghhhh,
memang pun.
hahahahahahaha.

tengok aku bole jumpa 2 orang yang serupa dengan ex-bf aku.
:)

terima kasih allah bagi aku jumpa dengan orang yang serupa dengan orang2 yang pernah membahagiakan aku.
:)


semakin kecil.......

assalamualaikum..

haiiiiii,
hello buddyzzzz.....

ok la,dah lama tk update sebab hujan n line macam siput babi.
huh!!

ok bermula la kisah ada sorang budak umur 12 tahun add aku.
ok la aku approve dia.
lepas approve tu dia borak macam aku ni budak sebaya dia.
ok la aku layan dia.
dia tanya aku,umur awk bpe?
aku suh dia teka.
haaaaa!!
ni umur aku yang dia teka.
14 or 15.
oh my god.....
muda gila budak ni tembak umur aku.
awk umur saya 21 tahun la.
ok habis kisah dia ni.

ni pulak kisah budak tempat tusyen aku.
ada budak india ni tanya aku bape umur aku.
dia tembak umur aku 17-18 tahun.
ok lg la.
hahahahaha.
kenapa orang sume jangka umur saya muda sangat ni.
tak suka2...
huh!!
nampak macam sy ni kecil sgt je.
ok sy tahu sy dah kurus dan memang nampak macam budak2.
tapi sy bukan budak la.

ok tamat.
bye...~~~~

F.R.I.E.N.D.S


diri kiri : somo,shafeeq(belakang baju hitam),faizal,firdaus,big bos(haji shane),aily shah(belakang baju hitam),fuad,norizam,roslina,akak fresh(tak tahu nama),anis.

ini kawan2 masa keje kat carrefour 6 bulan yang lalu.
kalau tengok muka big bos saya ni memang tak de excuse la kalau tak nak join inventory.
huh!!
ada yang ok,ada yang tk.

paling sporting aily.
kitaorg lepak pun dia tk bape nk kisah sangat la.

ha,kalau yang pompuan memang tk la.
pantang nampak kami duduk,confirm dia akan jadi kaki report.

bos kami pulak shafeeq.
dia ni??
hurrrrmmmmmmmmmm,
bole tahan la.
bukan muka tapi mulut.
pantang nampak kami bersama confirm dia akan pisahkan.
hahahahahaha.
jahatkan dia.
dia ni plak kira ok la.
kalau dia marah kami pun dia akan pujuk semula.
tak kira la macam mana dia nak pujuk.
tapi......
lagi 4 hari kami nk resign dia marah kami :'(
sebab?
kami duduk di rumah frikies,baru letak buntut tengok2 dia tengking.
kami ingat selalu dia marah teruk2 pun dia akan pujuk kami.
tapi tak rupanya.
kami tunggu punya tunggu dia tk pujuk pun.
kami tahu dia nk bcakap dengan kami tapi tk dapat sebab kami buat derk.
hahahahahaha..

last day kitaorg,kitaorg mintak maaf.
mula dari pintu masuk sampai lah ke belakang.
tapi dengan dia je kami tak dapat face to face mintak maaf dengan dia.
tapi kami hantar message kat dia,wish hari raya.
dia pun maafkan kami.
alhamdulilah...

sekarang aku dah kerje tempat baru.
okla.
not bad.

n siyesly i miss my frens n my boss.
:'(
hahahahahahahaha.


Saturday, October 20, 2012

kurus.....

assalamualaikum...

haiii,
gudmorning,

alhamdulilah,selama SEBULAN aku cuba untuk kuruskan badan kepada berat yang aku impikan.
dan akhirnya aku berjaya kuruskan separuh dari berat badan yang aku ada.

dulu 68,sekarang 59.
bersyukur sangat2.

sekarang dah boleh lah bergaya nak pakai baju apa pun.
hihihih
perut pun dah tak boncit mcm dulu.
hahahahaha.

perghhh rasa macam bangga pulak dah berjaya turunkan berat badan sampai ke tahap 2.
hahahahaha.

lepas ni boleh lah try cari pengganti.
hikhikhik.
kalau ada yang berkenan dihati.

semakin kecil badan saya,semakin orang tak percaya umur saya,
hahahahahah,macam istilah sains plak.

lepas ni dah tk nk dh gemuk2.
tak cantik.
lepas ni nak mantain mcm ni je.

ok la,sampai disini sahaja.....
bye2.
as-salam....

novel

assalamualaikum,

hai,
hari ni baru ada peluang nk update blog walaupun sekarang sibuk sedikit dengan kerja n lain2.

kerja aku sekarang ni agak bosan jugak lah nk bandingkan dengan kerja dulu.
tapi kerja ni enjoy sikit.
hahahaha.
enjoy dengan budak2 sekolah.
macam2 ragam aku tengok cume sejak budak2 form 3 dah tak de ni sunyi la pulak.
sunyi sangat2 la.
nk harapkan budak2 form 5 mmmmmmm,mmg bosan la.

tapi nasib baik lah bos aku 2 jenis tk kisah sikit.
bukan sikit tapi banyak.
hehehehehe.

so,dengan nk menghilangkan rasa bosan aku beli novel.
sejak dari 2.
everyday aku akan beli novel. 
asal habis je aku beli.
sampai kotak novel dan penuh n mampat.
tapi aku rasa puas hati 
dari duit aku habis kat makan baik aku habiskan duit kat novel.

sedar tk sedar aku kumpul hampir 100 novel.
tak kira nipis or tebal.
yang tebal amik masa lama sikit la.
kalau nipis 2 takat 3 jam dan habis.
lajukan aku baca.
hahahahahaha.

nasib baik lah mum tak kisah.
dia faham minat anak dia.
hikhikhik.
n hari tu aku balik dari kl aku ajak my mum pergi MPH.
aku beli 3 buah novel.
- hatiku milikmu : rm36.90
- protect the boss : rm19.90
- persis puteri : rm18.90

ha,best gila novel2 ni.
tunggu gaji nanti aku nk borong lagi novel2 2.
lagipun dah single ni aku tak payah kisah kan sesiapa lagi.
tak yh kisah kan dia yang tk suka minat aku.
tk yh kisah kan apa dia nk cakap.
yang penting aku bole beli n baca novel 2.

kepuasan yang berlipat kali ganda dapat baca novel mcm 2.
dan kepuasan dapat kumpul novel.
dari situ jugak aku belajar cara menguatkan diri saat dikecewakan oleh insan yang tak berhati perut.
jahatkan dia.
sobsobsob.

hahahahahaha.....

sekian terima kasih :)

bye2......:)

Sunday, May 20, 2012

kisah 3 temujanji

hari ni aku tengok 1 cerita yang mampu buat aku realize about love.
kadang2 kita perempuan ni memang perlu untuk seorang perempuan tapi kadang kala kita perlu korban kan cinta untuk seseorang yang kita sayang.

kadang-kadang cinta 2 manis untuk kita nikmati
kadang-kadang cinta 2 pahit untuk kita jalani

''3temujanji-menikmati cinta tanpa rasa sakit''

kadang2 elok juga pegang prinsip macam 2.
tak rasa sakit dalam menikmati cinta.

aku pun pelik kenapa lelaki ni mudah cari perempuan lain padahal dah ada gf?
jujur aku cakap aku kapel pun sebab aku rasa aku perlukan teman hidup.
kepercayaan?
ntah hilang kemana aku letak benda 2.
yang aku ada cuma sabar dan cinta.
selagi kesabaran dan cinta itu ada mungkin aku mampu menjalani cinta dan hidup dengan sempurna.
jangan tanya aku mana kepercayaan aku terhadap lelaki.
sume lelaki yang aku kenal mengajar aku tentang erti CINTA YANG DIKHIANATI
belum lagi aku jumpa cinta seperti lelaki yang benar2 cinta kan perempuan.
ntah la,maybe aku percaya bila lelaki 2 benar2 bukti kan cintanya pd aku dengan melafazkan akad nikah.

Wednesday, May 2, 2012

hello blogger

assalamualaikum....

alhamdulilah dapat jugak aku luangkan masa untuk hadap blog ni kejap.
weeehhhheeeeee....
hari ni gaji pertama aku keje masuk.
mmmmmm,tapi tk byk la.
sbb aku baru keje so,gaji dikira dari 9-15 hari bulan
tp cukup lah untuk aku hadapi sampai hujung bulan ni.

sejak keje ni banyak benda aku pelajari.
dari negara2 asing la contohnya.
dulu aku agak menyampah nak layan tapi ada yg segelintirnya memang baik dengan aku n dhiyanah.

masa inventori tengah bulan hari 2,
aku kena keje bawah anis nano.
perghhh menyirap jugak lah ngn dia ni.
keje memerintah org je.
dari malam 2 ok je dia pggil aku ikin
bila nk siang nama aku bertukar jd helena.
aku pun tak tau la helena mana yg dia berkenan.
hahahahaha
but nice la not bad nama 2.
hahahahahaha

lepas 2 aku kenal ngn hasif a.k.a sohel.
dia ni nampak pendiam mula2. tapi bila dah tau nama aku ngn dhiyanah terus ditukarnya.

dari ashikin jadi ashikana.
dari dhiyanah jadi divani
dari hanis jadi honey
dari lili jadi rose.

ashikana n divani means macam panggilan sayang
hahahahahaha
memang pelik la diaorg ni.
lepas 2 sume org pggil aku dengan nama hodoh 2.
aarrgghhhhh
sumpah aku benci,
kalau bg nama yg sedap sikit tak pe la jugak
ni nama macam negara diaorg jugak.

thanx la korg sebab baik ngn kitaorg berdua.
:)


Tuesday, April 24, 2012

coretan tengah malam :)

dalam hidup ni tk semuanya indah seperti yang kita rancang dan impikan.
kadang kala kita kena ketepikan kepetingan hidup untuk orang lain.
kadang kala kita perlu ketepikan hidup untuk orang sekeliling kita.

tetapi............
adakah orang sekeliling kita mampu merasai apa yang kita rasai?
adakah orang sekeliling kita mampu menempuh apa yang kita tempuh?
adakah orang sekeliling kita mampu menjadikan impian kita jadi realiti.
tak......
tapi ada yang mampu jika kita betul2 membuat pilihan yang terbaik.


Saturday, April 14, 2012

last month n week.

assalamualaikum........

malam ni baru dapat update blog.
haish dah jadi macam tempat kumpul habuk je.

alhamdulilah aku dapat kerje sementara kt *********.
jauh 2 tk jauh mana pun.
tpi ok la nk g.
keje sampai bulan 6 sebab lepas 2 nk g praktikal.

boss??
ok la dia peramah.
bos yang baik.

staff??
pun ok la~~~~
ada la yg segelintir yang berlagak bos.



hari ni dari kat tmpt krja tk sedap hati rupanya mmg betul la ada bala nk jadi.
punya la mengidam nk makan mangga.
tengah hiris mangga.
terhiris sekali jari aku.
peerrggghhh mmg sedap la mangga 2.
nasib baik tk de yg jd raja bersiong.
hahahaha'

~tamat~

Monday, March 5, 2012

movie late nite



dalam sibuk buat keje aku masih mampu untuk tengok cite ni.
nicely......

''tugas seorang isteri adalah berdiri dibelakang suaminya dan menyokong serta menolak suami ke hadapan disaat dugaan datang dan bukannya di sisi suami.''


Wednesday, February 22, 2012

mimpi pelik

hari ni terbangun awal sebab dapat mimpi yang sgt pelik.

dari awal aku cerita.
aku ngn family aku nk g ruma pak cik aku yang berada di klang.
tiba2 ayah aku masuk 1 simpang dan msa nk msuk 2 kebetulan ada lori rempuh kami.
yang peliknya kami sekeluarga tak cedera. 
kalu ikut dalam mimpi aku n ibu akan mengalami kecederaan paling teruk.
tapi kami cume cedera ringan je.
tapi masa kemalangan tu ayah ada langgar orang dan orang tu mati di tempat kejadian.

lepas 2 kami sekeluarga dan pakcik sume uruskan jenazah lelaki tersebut.
lepas tu ada beberapa perempuan yang kami tidak kenal pun mati.
tapi mati dalam tidur dan aku bole bercakap dengan mereka.

lepas 2 aku mimpikan uja,n kawan2 yang lain.
kami ke pantai yang cantik.
tapi kat situ tk de apa2 yang berlaku.
last skali aku n uja solat bersama2.

mimpi aku benar2 tunggang langgang.
tapi pelik.......
ya allah jangan lah kau beri musibah padaku.
berikanlah petunjuk mimpi itu

Wednesday, January 18, 2012

story for today

pagi2 tadi pergi galeri shah alam tengok degree show dari pelajar2 upsi. 
damn skali tengok mmg menakutkanlah art work diaorg.
diaorg amik fine art. 
sungguh cantik2 sumenya work mereka.
bangga la tengok mereka punya art work.

dari galeri pergi mph sacc mall tengok buku2.
mmmmmmmm novel tk de yg baru lagi la.
actually ada tp 2 la story mcm tk best je.
hahahahaha

dari sacc mall aku,uja,ira gerak g bintang sidewalk tuk print magazine perhutanan,
siap 2 aku balik.
balik hari ni kena sendirian sebab ayah ada meeting.

actually dah bape hari ni aku memang rasa stress gila.
aku tengok dia dh mula nk main kasar dengan aku.
dia layan sorang perempuan namanya ain.
ntah la cakap kawan tp tk macam kawan pun.
bila ain cakap dia ada gf dia menafikan.
tension la macam ni.
aku masih boleh sabar lagi.

sabar lah ikin selagi kau mampu!!! 

Tuesday, January 17, 2012

saya dan gadget........

hobi aku banyak.
dari kumpul kasut ke kumpul hp.
every semester mmg tak sah kalu tak tukar phone.
tukar phone tak kira la apa jenama pun.

semester ni tak leh nk tukar gadget baru.
sebab ptptn tk masuk.
tapi ibu ada bagi duit.
masyukkkkkkkk.

tengah tengok blackberry bold 2.
macam best je.
lagipun beli bb ni pun sbb
1. uja tk mau msg ngn aku guna kredit.
2. senang nk kenal pasti dia kat ne. aku ping banyak kali. hahahhaa.
3. nak try pkai ok ke tk bb ni. kalu tk ok aku jual ler.

Thursday, January 5, 2012

adore him (lee seung gi)~~~~






pertama kali tengok cerita korea n aku dah mula minat ngn dia ni. 
muka dia sweet sgt2.
comel gila!!!!
lesung pipit dia. 
omg!!!!

Wednesday, January 4, 2012

masalah kaki berbau

untuk korang nak tahu kaki korang berbau ke tak. try la amik sekor kucing n ikut langkah kat atas 2. 
kalu kucing korang mati on the spot korang g la kedai n beli spray tuk atasi kaki korang.

kaki i tak berbau macam 2. hahahaha.

Tuesday, January 3, 2012

ASSIGNMENT AND IDEA

thanx en.izham give me some idea for toys r us concept.
finally my concept dh approve oleh mama.
alhamdulilah~~~~
conceptnya : bringing out child in you.!!
berhari2 memikirkan assignment n internship ni lama2 aku jadi gila rasanya.

nak kena pk nk  cari tempat internship
nk kena pk pasal assignment lg.

ya allah,kau permudahkanah urusan2 ku sehingga aku mampu habiskan diploma ini dengan taraf yg tinggi.

Monday, January 2, 2012

KEINGINAN

dulu aku teringin sangat2 nak belajar sampai capai master.
tak kira lah kos apa pun.
dulu masa terima tawaran belajar sume kos yang ditawarkan adalah biotechnology tapi aku tolak sume 2.
kalau lah aku bole putar semula waktu lepas spm aku akan terima tawaran belajar dari twintech kos biotechnology.
tapi sume tu dah terlambat.

sekarang aku belajar dalam jurusan art n design.
aku tk tau la samada aku benar2 dalam kos ni atau tk.
sekarang dah nak habis belajar dah.
tahun 2012 ni dah tahun akhir.
redha jela.
aku harap aku dapat genggam segulung diploma,segulung ijazah,segulung master jika diizinkan.
walau sukar macam mana pun aku inginkan itu.