Sunday, June 30, 2013

kenangan demi kenangan

assalamualaikum.....

alhamdulilah masih dikurniakan ruang untuk mencoret sepatah dua kata apa yang dilalui sepanjang hidup ini (perghhh dh macam ayat novel).

pejam celik,pejam celik dah hampir 2 bulan aku berada di sini. alhamdulilah aku dapat supervisor dan kakak praktikal yang sgt2 sporting,yang sekepala dengan aku. dari tarikh pratikal aku habis 31-july aku anjakkan ke 2-august sebab tak mau habis cepat2 kat situ.

kak anis : mula2 jumpa dia mcm lain gila ngn aku. sebab mungkin belum kenal. kami amik masa sehari untuk mengenali tingkah laku masing2 agar lepas ni boleh berkomunikasi dengan baik. alhamdulilah tak sampai sehari aku dah mula serasi dengan dia. dia banyak ajar aku tentang cara untuk perbaiki sesebuah design. dia kakak yang sgt2 baik sampai aku rasa kalau dia tak hadir aku sunyi. kak anis,lepas ni mesti ikin rindu kak anis bila dah habis praktikal. akak,kalau panjang umur ikin akan jadi rakan sekerja akak. doa2 ikin yea. :)

kak yus : dia ni hari pertama aku jumpa dia sebab dia adalah dibahagian HR. orang nya lembut. sangat frenly. dia kakak yang aku rasa happy bila dengan dia. kalau dia kena sakat dengan aku pun dia relax boleh gelak sakan. aku selalu kacau akak ni. kak anis plak suka sakat aku.

kak ira : dia ni kakak yang sama2 ngn aku praktikal kat sini. baik,suke teman aku.

senang cerita aku bahagia berada ditempat ini. aku belajar banyak benda. bukan sekadar aku designer kadang2 jadi coffee lady,receptionist. seriusly kalau lah aku tahu praktikal ditempat ini best dh lama aku praktikal sini dan nk jadi rakan sekerja disini.

bila tengok tarikh tak lama aku dah nak habis praktikal aku rasa macam nk lambatkan masa berlalu. nak simpan banyak kenangan antara kami. percayalah lepas ni aku pasti merindui tempat tu.

aku bersyukur kerana dihadirkan orang yang baik2 untuk menemani aku. orang yang boleh menegur kesilapan aku. kak anis,kak yus terima kasih banyak ajar ikin tentang kehidupan ini. :)