Monday, November 17, 2014

INTERVIEW

Assalamualaikum....

17 Nov 2014 - Isnin...

Alhamdulilah hari ni saya dipanggil untuk menghadiri temuduga di sebuah company
sebagai Project Administrator.

Thanx juga pada shah yang sudi jadi driver...hehehehe.
walaupun sesat dia sgt2 penyabar.
aku rasa kalau orang lain mau2 aku dicampak keluar kete.

masa nakk pergi tu banyak gila dugaan.
sesat tak payah crita la ntah brapa kali dah.
sampai aku sendiri yang give up.
tapi shah sendiri yang bersemangat nak aku pergi interview.
last2 sampai jugak kita orang kat tempat tu.

alhamdulilah orang2 yang menemuduga tu semuanya frendly.

sekarang tinggal aku tunggu jawapan dari company tu dan jawapan aku sendiri samada aku nak pergi atau tidak.
kalau pandang dari sudut positive aku akan sahut cabaran walaupun aku dari bawah.
betul kata orang nak berjaya bukan kita bermula dari atas.
kalau aku diterima di company tu aku harap semua pekerja akan berikan aku sebaik2 komitmen.
aku kena banyak belajar. untuk sahut cabaran apa yang aku kerja kan.

moga2 rezeki menyebelahi aku.
amin......

Saturday, November 8, 2014

Mimpi....

Assalamualaikum....

Mimpi....
Ada orang cakap mimpi ni permainan tidur.
Yela,kadan2 sebelum tidur tu kita mesti akan terfikir sesuatu yang kita nak dalam hidup kita sehingga terbawa2 di alam mimpi.

Pada orang lain mungkin mereka kata mimpi tu permainan syaitan.
ok logik akal la jugak sebab tu kita bermimpi.

Pada aku???
Setiap apa yang aku mimpikan aku akan cari petandanya.
Kadangkala ada petanda2 mimpi yang membawa kebaikkan dan ada juga yang membawa keburukkan.
Tapi sebagai manusia kita berdoa ajelah pada ALLAH supaya tidak berlaku perkara2 yang buruk

Tempoh hari aku bermimpi aku ditunangkan dengan seseorang yang aku tidak kenali.
sampailah satu masa untuk aku di ijab kabulkan dengan tiba2 aku ingin membatalkan perkahwinan itu atas dasar siapa dia dan akhirnya perkahwinan itu terbatal dan sekali gus lelaki itu bernikah dengan seorang perempuan yang tidak aku kenali....memang sebelum tidur tu aku ada borak dengan ibu pasal kahwin.
aku tak sangka pula benda tu sampai ke alam mimpi.
pada aku jika ianya membawa kepada kebaikkan aku bersyukur dan sekiranya ianya membawa kepada sesuatu yang buruk aku minta allah permudahkan urusan2 aku.

Pada aku apapun yang berlaku mesti akan disertai dengan hikmah yang allah telah sediakan.
aku yakin apa pun berlaku aku tiada kuasa untuk menolak kehendak dan takdir allah.
kerana aku tahu allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya.
TAWAKKAL DAN REDHA itu adalah jalannya,
BERDOALAH agar dipermudahkan setiap urusan.......

Tuesday, November 4, 2014

Takdir.....

Assalamualaikum....

Lama rasanya tak update blog ni.
malam ni baru ada sedikit ruang untuk saya coretkan.

TAKDIR.......

Kadangkala takdir yang tertulis bukan sebahagian dari apa yang kita inginkan.
Kadangkala takdir yang tertulis bukan atas sebab siapa kita.
Kadangkala takdir yang tertulis bukan untuk beri kita beban.
Kadangkala takdir yang tertulis memberi kita sedikit kebahagian walaupun kadangkala kita tak tahu berapa kebahagian itu tertulis untuk kita.
Kadangkala takdir yang tertulis itu memberi kita ruang muhasabah diri kita.

Bila bercakap soal takdir ni kita sebagai manusia tidak mampu menolak apa yang telah direncanakan oleh ALLAH sebagai jalan takdir kita.

Mengeluh??
Sebagai hambaNYA kita jangan mengeluh bila di timpa takdir yang bukan kehendak kita.
Berdoalah agar dipermudahkan apa jua kesulitan.
Ingatlah.......
ALLAH TAKKAN MENGUJI HAMBANYA MELEBIHI KEMAMPUAN HAMBANYA.

- 01.49am - 5 Nov 2014 -

Sunday, February 2, 2014

NEW YEAR 2014

assalamualaikum,

ok terlupa nk update sikit.

HAPPY NEW YEAR 2014 to all followers and sesiapa yang baca my blog.

2014 ni tak ada apa yang menarik dalam hidup ni.

azam tahun ni pun tak de sebab penat buat azam.

alhamdulilah azam 2013 sy dapat penuhi.

ok bye.

lots of love,
seri cindai

Saturday, February 1, 2014

LAMAN BERHABUK

assalamualaikum kawan2..

thanx kepada sesiapa yang sudi membaca blog saya ni.
tk kisahlah kalau anda tidak follow sekalipun sebab sy memang tak public kan blog sy seperti orang lain.
thanx so much n i appreciate...

okeyyyy, sejak keje ni dah lama sangat tak update blog ni,
yela, balik kadang2 dah penat sangat. tak de masa nak update story kat sini.

so far keje sekarang ni semua under control lagi.
masih enjoy n happy.
mungkin separuh orang memandang kerja yang sy lakukan tak dapat faedah banyak manakan.
tapi sy bersyukur atas nikmat allah kepada sy yang mengurniakan saya rezeki yang halal dan berkat.
saya masih bersyukur kerana sy punyai bos yang sygkan sy.

ramai tanya kenapa sy tak terima tawaran kerja sebagai kerani yang gajinya rm2k sebulan. ok tak nafikan memang ada yg beri tawaran tu tapi sy tk mau. hati sy bukan ke arah macam tu.

tak de la tolak rezeki cume masih dalam proses belajar lgi..

ok la actually tk banyak pun nak story cume dpt peluang ni nk coret sikit apa yang terlintas.


lots of love,
seri cindai

Monday, November 4, 2013

kerja baru dan cabaran baru

assalamualaikum.......

baru dapat masa terluang untuk menaip.

syukur ke hadrat illahi kerana masih dikurniakan hari2 yang indah untukku lalui.

alhamdulilah, habis je belajar aku dapat kerja. walaupun tk sehebat yang aku nak tapi puas hati sebab masih boleh tampung diri sendiri.
betul kata orang masa belajar dan masa kerja adalah sangat berbeza untuk aku lalui.
ditugaskan memegang amanah sebagai seorang pereka graphic memang mencabar nak2 lagi aku melibatkan supplier dan client.

kadang2 client yang datang tu cerewet nak mati payah betul aku nk buat design untuk diaorang. tapi aku rasa bangga bila sesuatu yang buat tu dapat penghargaan. penghargaan yang aku maksudkan bila client amik barang mesti diaorang tersenyum itu buat aku sangat bangga.

design pertama yang aku buat adalah untuk might meteor. ya allah, nk buat design dia aje buat aku rasa nak menangis. punya lah payah gila dengan kapal selam,kapal terbang berbagai nya.
tapi bila client amik dan dia puas hati aku rasa seolah2 aku berjaya mengatasi masalah yang hadir. now,dia prder utnuk 15 pcs lagi crystal. alhamdulilah.

tu bercerita tentang client tapi supplier ada yang macam setan sebenarnya. aaarrggghhhh tension aku. tapi alhamdulilah kalau aku yang call sume ok je. cume ada lah sorg dua supplier yang memang setan tapi aku layan kan je.

so far dah dua bulan aku keje aku dh boleh manage time supaya sume keje boleh habis dengan cepat. sekarang ni keje2 untuk bulan 11 sume dah settle. alhamdulilah.

tempat keje aku sekarang ni pun agak ok sbb bos sayang aku. hahahahahaha. kami tak kisah untuk berkomunikasi atau buat apa sahaja.

after 3 tahun aku nak berhenti n cari keje baru. minta2 dipermudahkan. aminn. :)

Tuesday, July 30, 2013

minggu-minggu terakhir.....

assalamualaikum.....

hurmmmmm,tulis entry ni dengan linangan airmata.. sebak gila sebab minggu ni minggu terakhir aku jalani praktikal. praktikal kat sini mengajar aku tentang seseparuh erti hidup. macam mana menjalani ragam manusia. macam mana memahami hati seseorang walaupun kita rapat belum tentu kita kenal 100% dengan mereka.

kak anis,kak yus,kak ira layan aku macam keluarga. kak anis,kakak yang paling memahami aku. dia selalu beri nasihat pada aku. kak yus pun sama. kak ira banyak memberi nasihat dan semangat untuk terus bertahan kalau ada masalah. 

kakak2 sekalian, terima kasih kerana  masuk dalam hidup ikin. :)
ikin takkan pernah lupakan jasa akak sume. 
kak anis,terima kasih kerana mengajar ikin banyak tentang art
kak yus,terima kasih atas tunjuk ajar tentang marketing,
kak ira,terima kasih kerana banyak beri tunjuk ajar.