Saturday, November 8, 2014

Mimpi....

Assalamualaikum....

Mimpi....
Ada orang cakap mimpi ni permainan tidur.
Yela,kadan2 sebelum tidur tu kita mesti akan terfikir sesuatu yang kita nak dalam hidup kita sehingga terbawa2 di alam mimpi.

Pada orang lain mungkin mereka kata mimpi tu permainan syaitan.
ok logik akal la jugak sebab tu kita bermimpi.

Pada aku???
Setiap apa yang aku mimpikan aku akan cari petandanya.
Kadangkala ada petanda2 mimpi yang membawa kebaikkan dan ada juga yang membawa keburukkan.
Tapi sebagai manusia kita berdoa ajelah pada ALLAH supaya tidak berlaku perkara2 yang buruk

Tempoh hari aku bermimpi aku ditunangkan dengan seseorang yang aku tidak kenali.
sampailah satu masa untuk aku di ijab kabulkan dengan tiba2 aku ingin membatalkan perkahwinan itu atas dasar siapa dia dan akhirnya perkahwinan itu terbatal dan sekali gus lelaki itu bernikah dengan seorang perempuan yang tidak aku kenali....memang sebelum tidur tu aku ada borak dengan ibu pasal kahwin.
aku tak sangka pula benda tu sampai ke alam mimpi.
pada aku jika ianya membawa kepada kebaikkan aku bersyukur dan sekiranya ianya membawa kepada sesuatu yang buruk aku minta allah permudahkan urusan2 aku.

Pada aku apapun yang berlaku mesti akan disertai dengan hikmah yang allah telah sediakan.
aku yakin apa pun berlaku aku tiada kuasa untuk menolak kehendak dan takdir allah.
kerana aku tahu allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya.
TAWAKKAL DAN REDHA itu adalah jalannya,
BERDOALAH agar dipermudahkan setiap urusan.......

No comments:

Post a Comment