Tuesday, March 12, 2013

cara mengikat tie

untuk bakal2 isteri yang bakal berkahwin tidak lama lagi.
ha,korang mesti nak berdiri depan suami sambil ikatkan tie dia kan.
wahhhhh,korang memang isteri romantik.
ok la tu,dapat pahala apa tengok suami pagi2 ni.

saya dengan baik hati nya saya akan lampirkan cara2 untuk mengikat tie.
jangan silap step yea wahai para isteri.
takut nanti salah step laki korang pun ke step yang seterusnya.
hahahahahaha.
jangan marah.... :p



ha,ni dah upload dah.
ada macam2 rekaan kan. cantiklah untuk suami korang ke pejabat.
nampak kemas dan elegen.
nanti suh laki korang cakap kat kawan2 yang bini dia yang tolong ikat kan.
mana tahu nnti bini2 kawan korang datang rumah belajar ikat tie ni.
hahahahahah.
bole buat side income apa.
huhuhuhuhu
korang try lah ikat kan untuk suami korang
ingat yea kawan2 jangan salah step.
nanti suami korang ke step yang seterusnya.

bye2 frens..... :)

Sunday, March 10, 2013

BALASAN ALLAH.

dalam dunia ni apa je kita buat pasti ALLAH dah sediakan balasan. 
tak kira lah kita niat dalam hati atau dengan perbuatan.
tu lah menunjukkan betapa besarnya kekuasaan ALLAH.
sebagai manusia janganlah bongkak dengan apa yang dimiliki dan diperolehi kerana suatu hari nanti tak mustahil ALLAH akan menarik semula apa yang dimiliki.

kadang2 kita perasan tak kalau kita nak buat jahat sekali je ALLAH dah turunkan bala tapi orang lain buat jahat ALLAH tak turunkan bala pun.
bukan tak turunkan bala cuma ALLAH lewatkan sedikit dari kita.
nak tahu kenapa?
sebab ALLAH tak nak kita buat jahat.
ALLAH tu tak nk kita ni bergelumang dengan dosa.

sama lah macam kematian.
orang baik2 sumenya cepat je meninggalkan kita tapi orang yang jahat kadang2 liat sangat nak allah tarik nyawa nya.
sebab apa?
sebab allah nk kita bertaubat. nak tahu tak air mata kita sebagai hambanya ini terlalu mahal untuk jatuh demi perkara2 yang remeh temeh. dari kamu menangis kerana perkara yang tak mendatangkan faedah lebih baik kamu mengalirkan airmata demi allah dan demi dosa2 lalu.
airmata taubat lebih baik dari airmata yang tak mendatangkan faedah.

sebagai manusia kita sepatutnya bersyukur kerana allah bagi kita peluang untuk bertaubat. 
:)

*sorry lah entry malam ni pendek je. nak cerita something tapi macam terasa buka aib dia plak. tak pela,maybe untuk disimpan sendiri. selamat malam sahabat. :)

Sunday, March 3, 2013

JODOH

JODOH....
itu ketentuan ALLAH.
cepat atau lambat itu ALLAH yang tentukan. bukan kita sebagai manusia.

yea,umur aku nak masuk 22 tinggal beberapa hari je lagi.
mak aku?
mmmmm,dari tahun lepas sampailah tahun ni  dia membicarakan soal JODOH.
kadang2 aku ni naik muak nak dengar.
pantang tahu aku ada kawan ngan guy.
ha,macam2 lah soalan dia akan tanya.
mum,plisssssss stop it!!!

ok aku tahu mungkin kenapa mak aku tu risau sangat aku ni tak de calon lagi.
mak cik n pak cik aku ada 2 orang tak nikah lagi.
mungkin ibu aku takut perkara tu juga terjadi pada aku.
ntah la,aku malas nk pk sebenarnya soal jodoh ni.
dah puas lah aku mencari tapiiiii hati aku.
hati aku sukar nak jatuh cinta kat guy yang benar2 boleh buat hati aku terusik.

mum,plisss dont to worry bout me.
sesungguhnya saya rimas bila soal jodoh ibu bangkitkan.
saya tak ada calon tapi tu sume kerja allah.
insyallah sebelum ibu ngn ayah menutup mata kita akan dapat seorang suami yang mampu jaga kita macam ayah ngn ibu jaga kita.
kalau tak de ibu ngn ayah doakan lah semoga kita dapat lelaki baik.

nak cakap soal jodoh ni sebenarnya aku dah trauma apa yang aku lalui.
dah puas aku sakit kerana terluka.
sumenya sama je.
terasa seolah2 seperti tak layak untuk dicintai.
hidup aku sekarang aku terasa seperti seolah2 sudah dilengkapi walaupun sebenarnya tak lengkap lagi.

mum,dad,doakan yang terbaik tuk anakmu ini.
bukan nk tolak ketentuan allah tapi pd kita,kita bukan cari yang sempurna tapi biarlah dia menyempurnakan kita.
harap tahun ni,isu kahwin bukan lagi jadi isu besar dalam family ini.

Saturday, March 2, 2013

motivasi : melupakan seseorang yang istimewa (DR HM TUAH ISKANDAR)


Yang paling seksa adalah cuba melupakan seseorang sedangkan seseorang itu tidak boleh kita lupakan. Dia sentiasa ditemui,di tengah jalan,di dalam bas,di pasar raya,di pasar malam,di dewan kuliah, atau dimana2 sahaja,lebih terseksa kalau ada kenangan2 tertentu bersamanya. Setiap kali cuba melupakan,semakin rindu pula jadinya.

Begitulah hakikat kehidupan. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun berkenalan memerlukan keberanian,kesabaran,iltizam,dan kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semua itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya. Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. 

Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhannya untuk melupakan juga tidak kesampaian. Begitulah seksanya dan deritanya melalui detik-detik untuk berpisah. Sebab itu usah mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini memang menyeksakan. Jika anda tidak mampu melupakannya,tak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikkan seseorng atas nama allah adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama allah.
‘’tiada yang paling indah didalam hidup selain bersaudara denganmu,tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu,tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu,namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana kebaikkan dan pengorbananmu’’

hidup memang memerlukan toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa,ia menyesakkan nafas dan menjamin bahagia. Namus atas pelbagai sebab dan alas an,adakalanya kita seolah2 ‘wajib’ melupakan seseorang ,bukan disebabkan dia tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya,jiwa rasa digarit2 dengan garfu,maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkn semua memori dan membina lapangan baru.
Bagaimana??

Berikut adalah beberapa tip untuk melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayangan orang tersayang dalam hati dan memori.

  • -    buang semua kenangan termasuk gambar,lagu,cenderahati,dan lain. Bukan tidak menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi kenang-kenangannya.
  • -      Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikkannya. Bukan hendak menafikan kebaikkannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikkan.
  • -      Anggap dia bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
  • -      Percaya pada jodoh,takdir dan hikmah sebalik perpisahan itu.
  • -      Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diuruskan dengan baik.
  • -      Usah biarkan hati digayut rindu dan pilu
  • -      Elakkan kerap bersendirian tapi keluar untuk aktifkan diri.
  • -      Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
  • -      Faham dan percaya anda sengaja ditemukan dengan orang yang salah supaya anda bersyukur apabila ditemukan dengan insan yang betul
  • -      Mohon pada allah supaya lenyapkan dia dari fikiran anda.