Sunday, March 10, 2013

BALASAN ALLAH.

dalam dunia ni apa je kita buat pasti ALLAH dah sediakan balasan. 
tak kira lah kita niat dalam hati atau dengan perbuatan.
tu lah menunjukkan betapa besarnya kekuasaan ALLAH.
sebagai manusia janganlah bongkak dengan apa yang dimiliki dan diperolehi kerana suatu hari nanti tak mustahil ALLAH akan menarik semula apa yang dimiliki.

kadang2 kita perasan tak kalau kita nak buat jahat sekali je ALLAH dah turunkan bala tapi orang lain buat jahat ALLAH tak turunkan bala pun.
bukan tak turunkan bala cuma ALLAH lewatkan sedikit dari kita.
nak tahu kenapa?
sebab ALLAH tak nak kita buat jahat.
ALLAH tu tak nk kita ni bergelumang dengan dosa.

sama lah macam kematian.
orang baik2 sumenya cepat je meninggalkan kita tapi orang yang jahat kadang2 liat sangat nak allah tarik nyawa nya.
sebab apa?
sebab allah nk kita bertaubat. nak tahu tak air mata kita sebagai hambanya ini terlalu mahal untuk jatuh demi perkara2 yang remeh temeh. dari kamu menangis kerana perkara yang tak mendatangkan faedah lebih baik kamu mengalirkan airmata demi allah dan demi dosa2 lalu.
airmata taubat lebih baik dari airmata yang tak mendatangkan faedah.

sebagai manusia kita sepatutnya bersyukur kerana allah bagi kita peluang untuk bertaubat. 
:)

*sorry lah entry malam ni pendek je. nak cerita something tapi macam terasa buka aib dia plak. tak pela,maybe untuk disimpan sendiri. selamat malam sahabat. :)

No comments:

Post a Comment