Sunday, May 12, 2013

cerita minggu ini

assalamualaikum....

alhamdulilah,minggu ni minggu pertama aku jalani kehidupan sebagai student praktikal di Hiraq Marketing.
alhamdulilah aku ditempatkan di sebelah supervisor aku iaitu kak anis.
dia sporting n santai.
aku selalu jugak lah intai2 design yg dia buat.
hehehehehe
kak yus jauh sikit dari aku. tapi still boleh la borak2.

diaorang layan aku baik sangat2.
boleh lebih kurang dan sangat2 best.
syukur dapat teman sekerja yang best macam tu.
ingat senang ke?
hahahahah.

sampai aku tangkap nyamuk pun leh jadi bahan lawak.
sian kak anis sampai menangis2 ketawakan aku.
memori gila benda tu.

minggu ni takde apa sangat yang aku nak story sebab baru je start praktikal.

doakan saya yang terbaik yea. :)

Thursday, May 2, 2013

susah...............

assalamualaikum.

hurmmm,
lepas PRU ni aku start keje baru (praktikal)
tak sabar rasanya nak hadap bos baru. 
dengar cerita bos aku perempuan.
alhamdulilah. 
yg lg buat aku teruja sebab sume staff office tu perempuan.
alangkah bahagianya dunia aku. 
maksudnya tak de lah aku kena jaga sangat batas2 pergaulan.
heeeeee.
cume berharap sume staff ok ngn aku.

ramai kawan2 yang doakan aku dapat jodoh bila masuk tempat baru.
hahahahahaha.
siyesly doa korang memang agak kelakar.
but aku berterima kasih sebab mendoakan yang baik2 tuk aku.
mak aku pun join sekali. bila aku cakap yang sume staff perempuan mak aku senyap.
huhuhuhu.

kadang2 aku sedih jugak tengok mak aku risaukan pasal aku. yela,anak mana yang tak sedih tgk mak dia sedih sebab dia kan. tapi aku nak lawan takdir macam mana. bukan aku tak cuba untuk cari pasangan hidup cuma aku belum jumpa yang nak kan aku. 
ibu selalu cakap yang aku ni memilih. ibu,saya bukan memilih cuma saya tak nak yg saya dapat nanti menyakiti hati saya lagi. lebih baik saya stay single mcm sekarang. kadang2 aku terfikir susah sangat ke lelaki nak penuhi permintaan aku? tak banyak aku mintak.
JUJUR DAN SETIA.
susah ke?

setia maksud aku,aku tak nak dia khianati aku. dia nk berkawan aku tak de hal sebab aku pun berkawan cume yang aku tak nak kalau dah sampai tahap panggil sayang ha,tu yg rse nya tangan pun nk melayang di pipi mu.

jujur maksud aku bukan lah nk g toilet pun report,nk g pasar pun report,nk mandi pun report cuma sendiri mau faham la apa maksud nya jujur.

nak kata aku pandang kemewahan? oh tidak sama sekali. sebab aku takut aku lupa diri kalau kaya sangat. cukup lah sekadar boleh memenuhi keperluan hidup. 

ntah la,susah rasanya aku nak cari pasangan hidup yang boleh jadi :
sahabat saat aku bersedih
doktor saat aku sakit
suami saat aku memerlukan
ayah saat anak aku memerlukan

aku dah malas nk mencari sebab aku takut ianya jadi kesilapan dalam hidup aku
dah penat rasanya aku ni menangis sebab aku terkilan apa yg dah jadi.

sejujur2nyalah
-aku bukan seorang yang manja. (dengan lelaki lah. dengan mak ayah lain)
-aku bukan seorang yang pandai bergaya macam orang lain
-aku bukan seorang yang lemah gemalai ibarat lalang ditiup angin
kerana ini ke lelaki selalu curang dengan aku?
maaflah aku bukan jenis perempuan yang tergedik2.
siyesly memang aku kasar. tapi tk la smpai sekasar lelaki. cume aku rasa belum tiba aku nk jadi manja mengada2. 

ibu jangan lah sedih kita tak de calon lagi. bukan tak ada ibu cuma takut untuk buka pintu hati ini sebab dah terlalu sangat sakit nya kita hadapi. insyallah kalau ada jodoh kita,kita akan bawa lelaki untuk jadi menantu ibu. tapi masa nya kita tak tahu bila. sejujurnya kita jadi sedih bila ibu sedih. susah ibu nk cari lelaki yang boleh terima kekurangan anak mu ini. 
:(

lagi 1 apa yang aku inginkan dalam hidup belum tercapai.
-yayasan anak2 yatim,masih dalam perancangan dan belum ada modal untuk didirikan.
-butik sebagai perniagaan sendiri belum nampak bayangnya lagi.
-nak pergi umrah n haji ngn ibu ayah belum tercapai.
-nak belikan rumah tuk ibu ayah belum mampu.
-kete baru nak amik lesen nk beli tu ntah bila lah
sekarang ni keje pun belum tetap lagi.
dah kukuh baru aku fikir pasal kahwin. itupun kalau lah ada jodoh. kalau tak,maafkan kita ibu ayah bukan nak beratkan dengan dosa kita sebab tak kahwin cuma kita rasa apa yang kita lalui dah cukup beri pengajaran yang terbaik dalam hidup kita. dah bagi seribu satu duka. kalau perlu juga kita akan bawa diri berhijrah ke luar negara,tinggalkan malaysia dan tinggalkan kedukaan kat sini. 

about me

* seorang yang sangat2 menepati masa.

-nak tahu kenapa? sebab dari zaman sekolah benda tu yang aku praktikkan. al maklum jela dah nama nya pemimpin pelajar. kalau kita sebagai pemimpin tunjuk contoh datang lambat pelajar jugak akan ikut serta. so thats why la im always punctual. n benci gila orang yang lambat tanpa sebab. kalau buat temu janji ngn aku make sure tepati masa. kalau ada hal ke apa ke atleast inform aku. tk de la aku duduk macam cacing kena panggang.

* seorang yang sangat2 bencikan alat make up.

- nak tahu kenapa? sebab leceh. walaupun aku dilahirkan dengan jantina perempuan tapi sifat aku tak full kepada perempuan. ada jugak lah kasar macam lelaki. sebab tu jugak aku tak suka make up. make up ni amik masa dalam setengah jam atau 1 jam untuk calit sana calit sini. aaarrrghhh masa itu penting. tak de masa aku nk tepek kat muka je. lagipun kalau kau make up sekilo sekalipun kalau dah hati tu busuk penuh dengan hasad dengki sama je buruknya tetap akan tampil dimuka. hahahahaha. n one more things sbb susah nk solat. time nk solat time tu la nk kena bersihkan make up la bagai.

* seorang yang pantang dipaksa2.

- nak tahu kenapa? sebab aku tak suka. korang pun kalau kena paksa mesti nk merunggut kan. time aku belajar sekolah agama dulu aku memang tak mahir dalam bahasa arab. paper bahasa arab aku jawab masa psra je. kalau ujian biasa selalu nya aku dah warning ustaz agar aku tak jawab paper tu. ustaz pun memahami dan tidak memaksa. orang jawab exam aku melihat keindahan alam diluar tingkap.

*seorang yang pandai berdiri atas kaki sendiri.

- nak tahu kenapa? sebab mak ayah aku ajar jangan sesekali pandang kemewahan orang lain. kita nak mewah kita usaha sendiri. itu lah yang aku praktik kn dalam kehidupan aku. aku nak beli handbag harga sampai cecah 400 sebuah pun aku usaha kerja cari duit sendiri. tambahan pula aku penah kena hina walaupun aku tak pernah kikis harta orang. sejak dari tu aku tekad aku takkan harapkan duit lelaki walaupun sesen walaupun dia dah  jadi suami aku. takkan. kalau aku nak beli apa2 aku akan usaha untuk penuhi impian aku. rasa bangga sebab dapat penuhi impian sendiri tanpa harapkan kaki orang lain menolong dan berdiri atas kaki sendiri.

* seorang yang bersifat pemendam.

- baca elok2 yea. bukan penDENDAM tapi peMENDAM. nak tahu kenapa? sebab aku tak nk orang simpati kat aku. kalau aku nk nangis pun aku nangis masa malam aku nk tido je. lepas tu aku lelap n bangun dengan tanpa ada apa2 yang berlaku. aku tak nk mak ayah aku pandang aku seorang yang lemah. aku tk nk kwn2 aku pandang aku sebagai seorang yg kuat menangis. apa sje yang jd dalam hidup aku memang aku pendam sampai lah 1 tahap aku akan menangis jika benar2 tak mampu aku tanggung. mungkin tengok luaran aku,aku jenis happy2 je, tp sebenarnya aku memang banyak menangis bila time aku nk tido. time tu la sume benda aku luahkan. kat sini jugak aku selitkan tentang something bout aku. jangan buat aku terlampau marah. kalau terlalu marah memang aku akan sakit dada n mengigil badan n finally aku menangis. menangis sebab apa aku tk thu tapi kalau dah marah sgt tu la yg akan jdi dan kadang2 bertindak luar kawalan. please jangan bagi aku bertukar singa.

* seorang yang 'pemurah'

-ha,ni akan jadi bila bf aku start curang. lelaki kalau ditanya memang jawapannya ''mana ada i curang syg'' puiiiiii... jenis kena ngn aku memang aku cari bukti sampai lubang cacing. aku akan dapatkan number perempuan tu dan aku direct tanya je. kalau betul,memang time tu jugak say good bye je kat jantan tu. kau merayu la sampai ke kaki aku sekalipun sorry la aku nk terima. sekali aku terima,sebaik mungkin akan aku jaga tapi sekali kau khianati aku,sampai mati aku takkan terima kau. dalam perhubungan selalunya aku pegang prinsip ''aku dah ludah,aku belum kebulur nk jilat balik ludah aku'' sekali orang dah khianat kat aku,aku takkan terima dia dalam hidup aku lagi. maaf yea para pembaca,bukan aku ego. tapi kalau aku maafkan dan terima semula dia,dia akan buat juga perkara yang sama. lebih baik aku buang terus dari aku asik menangis kenangkan perangai nya. hahahahahaha.

*sesapa yang kenal rapat dengan aku tahu perangai aku macam mana dan tahu sikap aku macam mana. walaupun kdg2 mulut aku ni lepas je cakap tapi aku tak penah maksudkan. kalau mulut aku lepas cakap sebab aku memang dah lama menahan apa yg kau sibuk duk buruk2 kan aku. so,dah alang2 dapat peluang memang aku akan tibai habis. hahahaha. pada yang terasa tu kau faham kenapa aku buat macam tu. jadi jangan salahkan aku kalau aku biadap.

ok ni jela buat masa ni yang aku boleh story pasal aku sikit2. :)