assalamualaikum.
hurmmm,
lepas PRU ni aku start keje baru (praktikal)
tak sabar rasanya nak hadap bos baru.
dengar cerita bos aku perempuan.
alhamdulilah.
yg lg buat aku teruja sebab sume staff office tu perempuan.
alangkah bahagianya dunia aku.
maksudnya tak de lah aku kena jaga sangat batas2 pergaulan.
heeeeee.
cume berharap sume staff ok ngn aku.
ramai kawan2 yang doakan aku dapat jodoh bila masuk tempat baru.
hahahahahaha.
siyesly doa korang memang agak kelakar.
but aku berterima kasih sebab mendoakan yang baik2 tuk aku.
mak aku pun join sekali. bila aku cakap yang sume staff perempuan mak aku senyap.
huhuhuhu.
kadang2 aku sedih jugak tengok mak aku risaukan pasal aku. yela,anak mana yang tak sedih tgk mak dia sedih sebab dia kan. tapi aku nak lawan takdir macam mana. bukan aku tak cuba untuk cari pasangan hidup cuma aku belum jumpa yang nak kan aku.
ibu selalu cakap yang aku ni memilih. ibu,saya bukan memilih cuma saya tak nak yg saya dapat nanti menyakiti hati saya lagi. lebih baik saya stay single mcm sekarang. kadang2 aku terfikir susah sangat ke lelaki nak penuhi permintaan aku? tak banyak aku mintak.
JUJUR DAN SETIA.
susah ke?
setia maksud aku,aku tak nak dia khianati aku. dia nk berkawan aku tak de hal sebab aku pun berkawan cume yang aku tak nak kalau dah sampai tahap panggil sayang ha,tu yg rse nya tangan pun nk melayang di pipi mu.
jujur maksud aku bukan lah nk g toilet pun report,nk g pasar pun report,nk mandi pun report cuma sendiri mau faham la apa maksud nya jujur.
nak kata aku pandang kemewahan? oh tidak sama sekali. sebab aku takut aku lupa diri kalau kaya sangat. cukup lah sekadar boleh memenuhi keperluan hidup.
ntah la,susah rasanya aku nak cari pasangan hidup yang boleh jadi :
sahabat saat aku bersedih
doktor saat aku sakit
suami saat aku memerlukan
ayah saat anak aku memerlukan
aku dah malas nk mencari sebab aku takut ianya jadi kesilapan dalam hidup aku
dah penat rasanya aku ni menangis sebab aku terkilan apa yg dah jadi.
sejujur2nyalah
-aku bukan seorang yang manja. (dengan lelaki lah. dengan mak ayah lain)
-aku bukan seorang yang pandai bergaya macam orang lain
-aku bukan seorang yang lemah gemalai ibarat lalang ditiup angin
kerana ini ke lelaki selalu curang dengan aku?
maaflah aku bukan jenis perempuan yang tergedik2.
siyesly memang aku kasar. tapi tk la smpai sekasar lelaki. cume aku rasa belum tiba aku nk jadi manja mengada2.
ibu jangan lah sedih kita tak de calon lagi. bukan tak ada ibu cuma takut untuk buka pintu hati ini sebab dah terlalu sangat sakit nya kita hadapi. insyallah kalau ada jodoh kita,kita akan bawa lelaki untuk jadi menantu ibu. tapi masa nya kita tak tahu bila. sejujurnya kita jadi sedih bila ibu sedih. susah ibu nk cari lelaki yang boleh terima kekurangan anak mu ini.
:(
lagi 1 apa yang aku inginkan dalam hidup belum tercapai.
-yayasan anak2 yatim,masih dalam perancangan dan belum ada modal untuk didirikan.
-butik sebagai perniagaan sendiri belum nampak bayangnya lagi.
-nak pergi umrah n haji ngn ibu ayah belum tercapai.
-nak belikan rumah tuk ibu ayah belum mampu.
-kete baru nak amik lesen nk beli tu ntah bila lah
sekarang ni keje pun belum tetap lagi.
dah kukuh baru aku fikir pasal kahwin. itupun kalau lah ada jodoh. kalau tak,maafkan kita ibu ayah bukan nak beratkan dengan dosa kita sebab tak kahwin cuma kita rasa apa yang kita lalui dah cukup beri pengajaran yang terbaik dalam hidup kita. dah bagi seribu satu duka. kalau perlu juga kita akan bawa diri berhijrah ke luar negara,tinggalkan malaysia dan tinggalkan kedukaan kat sini.

No comments:
Post a Comment