Saturday, September 17, 2011

ciri-ciri suami romantik


suami romantik?..apa ke pelik aku ni, kahwin pun tak lagi tapi ada hati nak bercakap pasal suami romantik..buang tebiat kot..err..mungkin lah..tak pe aku anggap ni sebagai satu proses pembelajaran untuk aku…
okey..tanpa melengahkan masa,jom check anda suami yang romantik ke tak:

1.kalau isteri anda jatuh tangga ambil cuti 2,3 hari..tak pun 40 hari waktu berpantang..

2.buat sesi interview terbuka dengan mak bidan/tukang urut yang nak urut kaki isteri anda.

3.paksa setiausaha anda belikan bunga untuk isteri dan hantar ke rumah..pastikan setiausaha anda tak buang bunga tu dalam tong sampah..sebab membazir..

4.bercakap dengan isteri seperti berbisik, dan penuh dengan sopan santun dan raut wajah yang boleh buat isteri anda cair..

5.masak untuk isteri yang sakit walaupun kita tak pandai masak..kalau ada orang gaji mintak tolong orang gaji ajarkan.

6.suapkan isteri yang sakit kaki walaupun si isteri masih mampu untuk makan dengan sendiri sebab kaki yang sakit bukan tangan.

7.buat kejutan untuk pergi berbulan madu..kalau boleh berpakat dengan bos isteri anda bagi isteri yang bekerja.

8.kalau isteri tanya,”kenapa awak buat semua ni?”..”kenapa awak tak marah saya?”..jawab dengan muka yang tulus dan suci.. “sebab saya sayang awak”

9.ajak isteri tengok pelangi walaupun tak ada pelangi..kemudian cakap “saya tak pernah tengok pelangi yang sangat cantik kemudian tunjuk kat muka isteri anda”..pastu pandai-pandai lah karang ayat sendiri.

10.walaupun isteri tengah marah..cakap isteri anda comel bila marah..mesti dia cool down..sambil buat mimik muka comel.

11.kalau isteri anda merajuk tak mahu makan bila berbulan madu, call pekerja hotel suruh hantarkan makanan kat bilik, kemudian tolong suapkan..sambil jiwang-jiwang sikit..

12.belikan bunga satu bonet kereta kemudian buat-buat lupa si isteri suruh belikan..dah kena marah kemudian baru tunjukan..

13.paling penting, lepas kenduri kahwin basuh periuk belanga..ada syarat, jangan bukak lagi baju pengantin..

No comments:

Post a Comment