Sunday, October 9, 2011

8/10 - 9/10/2011
tarikh ni aku mengikuti kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan di unisel.
aku pergi bukan untuk mendapatkan sijil tetapi untuk mendapatkan ilmu. 
aku tahu kadang-kala aku ni jahil tentang agama 
banyak ilmu yang aku dapat melalui kursus tersebut.
seronok gila la dapat pengalaman tu.
asyik ketawa jeeeeee~~~
penceramah 2 asyik buat lawak jeeeee~~~~
hahahaaha

untuk melangkah alam perkahwinan bukan satu perkara yang mudah untuk kita tempuhi jika ilmu kurang didada.
aku belajar cara untuk mengambil hati suami apabila dah kahwin.
  • tips untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga 
                      -dalam sehari semalam kita perlu bersolat jemaah walaupun 1 waktu solat.
-suami hendak sentiasa makan masakan isteri (walaupun tk sedap. hahahah)
-tidur hendak sekatil dan menghadap muka isteri/suami

  • kepentingan berkomunikasi antara suami/isteri
-menyatakan perasaan 
-mengenali pasangan
-bergurau & bersenda
-mendidik dan menasihati antara 1 sama lain
-berkasih sayang
-menyatakan hasrat jika mahu bersama
 
''jika kita kerja berpangkat di tempat kerja,apabila sampai dirumah kita hendaklah menanggalkan uniform dan menjadi isteri''
 
banyak benda yang aku pelajari pada 2 hari mengikuti kursus tersebut. insyaallah jika cukup duit dan masa yang allah telah tetapkan jodohku. aku akan jadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak aku. aku inginkan hubungan yang baik antara suami dan anak2 agar dapat menjadi isteri dan ibu yang sempurna.

Saturday, October 1, 2011

terima kasih ibu ayah

hari ni bangun awl. 8.30 dah celik mata tapi selalu pukul 12 pun belum celik2 lagi.
hahahahaha.
duduk ngn ibu n ayah kat bawah pokok nangka sambil main ngn kucing aku si tobek.

aku : sian kau tobek mak kau tinggalkan kau kat kami
ibu : nak buat mcm mana dah takdir binatang macam 2. esok2 kalau kamu dah keje kak long,ibu ngn ayah tk nk duit kamu cume sebulan sekali kamu jenguk la ibu ngn ayah. itu pun dh buat ibu ngn ayah senang.
aku : diam terkedu...........

ibu,kita takkan tinggalkan ibu walaupun kita dah berjaya dalam hidup.
ya allah,jangan kau lupakan ingatan ku pada ke dua ibu bapa ku.
mereka menjaga aku dengan penuh kasih sayang dan menatang aku bagai minyak penuh.
menjaga aku ibarat aku sekuntum bunga ros kaca. tk bagi sesiapa menyentuhku walaupun nyamuk

berilah aku peluang tuk balas jasa mereka sepanjang mereka hidup.
beri aku peluang tuk jaga mereka seperti mana mereka menjaga aku.
beri peluang tuk aku kucup pipi mereka seperti selalu aku buat.
beri aku peluang tuk minta maaf bila aku melakukan kesalahan.
beri aku peluang tuk aku bermanja lagi seperti sekarang.
beri aku peluang tuk peluk mereka.
beri aku peluang tuk tido dengan mereka.

aku tak tahu bagaimana hidupku tanpa mereka.
mungkin sekarang hidupku tak sesempurna ini.
walaupun ada yang mengatakan aku bukan jenis perempuan baik tetapi ibu dan ayah aku mendidik aku ckup dengan ilmu agama dan ilmu dunia. malahan aku belum jadi seperti itu. dan walaupun aku ramai kawan tetapi aku belum rosak dan aku masih punya harga diri dan belum pernah aku menyerahkan tubuh aku untuk lelaki. 

terima kasih ibu,terima kasih ayah
kerana mendidik saya sehingga 20 tahun ini.
terima kasih atas nasihat yang diberikan selama 20 tahun ini.
terima kasih kerana menghantar dan mengambilku dari sekolah hinggalah ke zaman kolej.
terima kasih ibu kerana menyusukan aku tanpa susu campuran
terima kasih atas duit yang dilaburkan tuk saya.
terima kasih sangat2.

<3 i love you mummy and daddy <3


ubat ketika sakit

tak yah tulis banyak2.
kat cartoon ni dh terserlah sumenya.!
ingatlah allah yang menurun sakit,maka allah juga yg memberi penawar.
perasan tk kat setiap ubat mesti tulis penawar itu dari allah.

SIM CARD

nk sim card mcm ni.
senang nk layan fb kat phone.

TAKZIAH BUAT RAKAN KU

tanggal 29.9.2011 adalah tarikh yang paling sedih berlaku dalam hidup rakan ku
qhaidar nazaleen.
mama beliau telah dijemput illahi pada pagi tersebut.

b,tabahkan hatimu,izinkan pemergiannya menghadap illahi.
mungkin allah lebih menyayanginya kerana itu dia dijemput dahulu.
mungkin senang bagi ikin mengatakan semua itu tetapi berat untuk b lakukan nya.
sebagai anak,b sepatutnya mendoakan yang terbaik tuk arwah.
doa b akan sampai kepada arwah.
b masih ada kawan2 yang b leh luahkan perasaan b
kawan2 lain masih ada tuk b. 

kehidupan perlu diteruskan b.
tabahlah syg. 
b masih ada rakan2 dan masih ada papa untuk b rasa kasih sayang dari mereka.
ikin doakan yang terbaik tuk b.

keratan akhbar kemalangan tersebut.