8/10 - 9/10/2011
tarikh ni aku mengikuti kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan di unisel.
aku pergi bukan untuk mendapatkan sijil tetapi untuk mendapatkan ilmu.
aku tahu kadang-kala aku ni jahil tentang agama
banyak ilmu yang aku dapat melalui kursus tersebut.
seronok gila la dapat pengalaman tu.
asyik ketawa jeeeeee~~~
penceramah 2 asyik buat lawak jeeeee~~~~
hahahaaha
untuk melangkah alam perkahwinan bukan satu perkara yang mudah untuk kita tempuhi jika ilmu kurang didada.
aku belajar cara untuk mengambil hati suami apabila dah kahwin.
- tips untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga
-dalam sehari semalam kita perlu bersolat jemaah walaupun 1 waktu solat.
-suami hendak sentiasa makan masakan isteri (walaupun tk sedap. hahahah)
-tidur hendak sekatil dan menghadap muka isteri/suami
- kepentingan berkomunikasi antara suami/isteri
-menyatakan perasaan
-mengenali pasangan
-bergurau & bersenda
-mendidik dan menasihati antara 1 sama lain
-berkasih sayang
-menyatakan hasrat jika mahu bersama
''jika kita kerja berpangkat di tempat kerja,apabila sampai dirumah kita hendaklah menanggalkan uniform dan menjadi isteri''
banyak benda yang aku pelajari pada 2 hari mengikuti kursus tersebut. insyaallah jika cukup duit dan masa yang allah telah tetapkan jodohku. aku akan jadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak aku. aku inginkan hubungan yang baik antara suami dan anak2 agar dapat menjadi isteri dan ibu yang sempurna.
No comments:
Post a Comment