Langkah kakinya perlahan, tubuhnya lesu, darah pekat mengalir di bibirnya, terasa amat perit, tetapi tidak seperit hatinya. Membiarkan air mata jernih membasahi pipi, meredhakan dirinya meninggalkan suami tercinta, merelakan tubuhnya yang berbadan dua bermandi hujan. Baru sebentar tadi Irish Faisha dituduh oleh suami sendiri yang dirinya curang. Curang? Dengan siapakah suaminya maksudkan? Bukti apakah yang suaminya ada? Siapakah yang ingin meretakkan masjid yang telah dibina hampir dua tahun lebih? Kenapa suaminya sanggup menghalau dirinya sedangkan dia tidak bersalah? Dan mengapa ibu mertuanya tidak mempercayainya. Kini ke mana lagi dia harus pergi?.Bajunya basah kuyup, beg pakaiannya disandangkan dibahu, hanya menuruti sahaja ke mana langgkah kakinya pergi.
“Mama.. kenapa mama pergi dulu? Kenapa ma? Rish dah takda siapa-siapa ma ..Ma tau Rish derita, Rish sakit ma..” . Tanah di pusara arwah mamanya digengam, tubuhnya terbaring disebelah pusara arwah mamanya, hujan semakin lebat, pandangannya semakin lama semakin gelap.
*****************************************************************
“Abang.. demiALLAH bang, Rish tak buat semua tu, percayalah bang”. Kaki suaminya dipeluk erat, tangisan seorang isteri yang tidak bersalah memenuhi ruang kesepian rumah banglo milik keluarga Datuk Faizuddin.
Farish tersenyum sinis. Tidak ada sedikit belas kasihan langsung ke atas isterinya. Naluri lelakinya ego untuk mendengar penjelasan isterinya. Kepercayaannya terhadap isterinya juga sudah kosong seperti meminum air tanpa gula. Dahulu memang Irish seorang yang bertahta di hatinya, tetapi setelah mendapat berita tentang kecurangan isterinya semasa dia mendapat tugasan luar daerah hampir tiga minggu untuk menyelesaikan urusan syarikat papanya di Bali, Irish bukan lagi di hatinya.
Tubuh isterinya ditolak, sehinggakan kepala isterinya terkena palang tangga yang berukir corak melayu asli diliputi warna emas dikelilingnya. Terasa perit, dengan perlahan cecair berwarna merah mengalir.Tanggannya diletakkan di dahi,bagi tujuan menahan cecair itu dari mengalir.
“Jangan kau bermain dengan nama Tuhan kalau kau sendiri tidak mengikut tuntutanya!!”.Bentak Farish yang hanya melihat darah yang mengalir deras di dahi isterinya kesan dari tolakkanya. Puas hatinya, suami manakah yang bertahan dengan kelakuan isterinya yang menjatuhkan air muka suaminya dan secara tidak langsung hanya menjatuhkan maruah keluarganya yang disegani. Irish hanya menahan kesakitan. Baginya biarlah dia menahan keperitan ini asalkan dia menegakkan kebenaran bahawa dia tidak pernah bersalah. Namun di dalam hatinya, dia terus berdoa agar suaminya sedar atas kelakuannya yang melampaui batas. Datin Faridah hanya melihat peristiwa itu tanpa ada sedikit perasaan simpati.Kepercayaannya terhadap menantu bukan pilihannya itu juga kosong. Memang sejak dulu lagi Datin Faridah memang tidak merestui hubungan Farish dan Irish, kerana baginya taraf hidup adalah penting.Antara keluarganya dengan keluarga Irish Faisha memang berbeza bagai langit dan bumi. Walaupun Datin Faridah tidak pernah pun mengetahui dan baginya tidak terdetik sedikit pun hatinya untuk mengetahui latar belakang menantunya itu. Mengikut dari pandangan kasar pun, dia boleh mengerti Irish Faisha berketurunan sederhana, yang hanya bertudung litup, berbaju kurung sentiasa. Tetapi Datin Faridah memang tidak dapat menafikan, raut wajah menantunya memang suci. Tetapi entah mengapa naluri wanitanya tidak boleh menerima Irish Faisha sebagai menantu dalam keluargannya berbeza dengan suaminya Datuk Faizuddin yang senang dan mengalu-alukan kedatangan Irish Faisha. Layanan mesra yang diberikan oleh suaminya menghangatkan lagi api kemarahannya. Pernah sekali dia dan suaminya dingin hanya kerana seorang wanita yang digelar menantu.
“Mak Jah! Mak Jah..!! Farish memanggil Mak Jah, yang merupakan pembantu rumah di rumah banglo yang diduki mereka yang berpangkat tinggi. Mak Jah datang dengan gopohnya ke ruang utama.
“Mak Jah.. saya nak Mak Jah kemas baju-baju perempuan ni.. dan bawak dia keluar dari rumah ni. Saya dah tak izinkan dia jejak lagi ke rumah ni”. Farish seperti dirasuk. Mak Jah memandang wajah Farish, dia tidak menyangka Farish yang dia kenal seorang yang baik hati, periang, sanggup menghalau isteri yang tidak ada dosa. Mak Jah hanya menurut, siapa dia untuk menghalang? Hanya bergelar orang gaji di rumah ini.
“Abang..” hanya ungkapan itu yang mampu keluar dari mulutnya. Mak Jah membantu Irish yang terduduk setelah suaminya menolak kasar. Irish bangun dan melanggkah ke arah suaminya, tanggan dihulurkan. Dengan ego yang tinggi Farish memberi satu tamparan. Terlalu lemah tubuh Irish, namun dikuat kan juga.
“Tak payah tunjuk baik, sekarang juga kau keluar dari rumah ini!” Farish membentak. Beg pakaian yang dikemas oleh Mak Jah diambil. Dia akan keluar dari rumah ni, buat apa dia di sini jika dia hanya dihina.Mak Jah menghantar Irish ke pintu pagar.
“Mak Jah.. Rish tak salah.. kenapa Rish diseksa? Kenapa abang buang Rish?” Irish Faisha memeluk Mak Jah selama dia berada di rumah ini hanya Mak Jah dan Pak Mail yang baik dengannya. Dia sudah menganggap mereka seperti mama dan papa nya. Air matanya semakin lebat selebat hujan yang turun membasahi bumi.
“ Rish.. Rish nak ke mana lepas ni? Hujan semakin lebat ni Rish?” Mak Jah buntu, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Langgit pula tidak henti-henti mencurahkan air hujan. Irish menggeleng kepala, dia sendiri tidak tau ke mana arahnya selepas ini?
“Mak Jah.. nanti kirim salam papa dengan Pak Mail” Irish meleraikan pelukannya. Kakinya melangkah pantas meninggalkan rumah banglo yang melakar sejarah pahit buatnya.
****************************************************
Suasana sunyi menyelebungi bilik rawatan di hospital Pakar Sri Putri. Hafiza dan Hafiz menunggu di ruang tamu bilik rawatan kelas pertama itu.Kelihatan muram diwajah Haliza. Hafiz yang dari tadi hanya mencuba menghubungi Farish, kelihatan hampa setelah panggilannya langsung tidak dijawab.
Irish Faisha terlantar di katil dengan wajah yang pucat lesu masih lagi tidak menyedarkan diri. Nyawa dan kandungannya sedang berperang dengan maut. Haliza bangun dari tempat duduknya dan melangkah ke katil sahabat baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Matanya merenung wajah suci sahabatnya yang di anugerahkan oleh illahi. Dia langsung tidak menyangka Irish yang menunjukkan wajah yang riang dan terpancar kebahagiaan dalam pertemuan dia dan Hafiz bersama Irish dua hari lepas mempunyai seribu makna yang tersirat.
“ Rish.. kenapa kau tak bagi tau aku yang kau sakit? Kenapa Rish? Kau tak sayang aku ke? Kau tak sayang anak kau ke?” air mata haliza deras mengalir. Sungguh sayu hati perempuannya melihat sahabat yang sentiasa ada ketika susah dan senang terlantar di hospital menahan kesakitan, bukan sahaja kesakitan dari luaran malah kesakitan di hati mesti lagi terhiris.Hafiz yang menyandar di sofa bilik rawatan itu hanya memandang isterinya mengesat air mata, dia juga terlalu lemah untuk memandang wajah sahabatnya yang berkriteria ceria, mesra, manja, nakal, kini wajah itu lesu seperti ajal bakal menjemput.
“ Astafirullahhalazim.. apa aku cakap ni? Tidak Irish mesti kuat, dia mesti kembali seperti dulu.” Hatinya berkata-kata. Hafiz sungguh terkilan dengan Farish, semalam dia ada menelefon Farish untuk memberitahu bahawa dia menemui Irish di tanah perkuburan mamanya, tapi apa yang dia dapat hanya maki hamun yang dilemparkan oleh Farish tanpa usul periksa.
“Ha.. kau nak apa lagi? Kau da dapat isteri aku? Puas? Kau ni laki jenis apa? Merampas isteri orang, tak cukup ke Haliza tu? Kau ni memang makan kawan? Kau bawa bini aku keluar malam-malam!.” Farish menjawab panggilan dari Hafiz tanpa menjawab salam Hafiz. Hatinya begitu sakit, sudah tentunya Farish akan mendengar ucapan terima kasih daripada Hafiz kerana Irish sekarang miliknya.
“Farish apa yang kau cakap ni? Bawa bertenang aku Cuma.. hello?! Hello?! Farish?!”. Belum habis bercakap lagi Farish sudah menamatkan panggilan.
“ Bila masa pulak aku bawa bini dia keluar malam?” hatinya berbisik.
“Abang..! Irish da sedar bang! Abang.. sini la..” Haliza memanggil suaminya dengan riak wajah yang gembira. Hafiz tersedar dari lamunannya. “ Alhamdulillah syukur ya ALLAH..” Hafiz mengucap.
Matanya dibuka perlahan, memandang keadaan sekeliling dengan pelbagai persoalan. Wajah-wajah yang dikenali dipandang. Tapi di manakah wajah yang amat dicintai dan disayanginya? Mana abang? Hatinya bertanya tidak seorang pun yang dapat mendengar.
“ Fiz, Liza mana Farish? Irish mengemukakan soalan dengan nada yang lemah. Dan bagi soalan itu juga terlalu sukar untuk dijawab oleh sepasang suami isteri itu.
“Err.. aku rasa dia on the way kot?” spontan jawapan itu keluar dari mulut Haliza. Dia memandang suaminya di hadapan, yang berdiri di sebelah kiri katil Irish. Hafiz hanya memandang balik isterinya dengan pandangan kosong. Dia juga tiada jawapan untuk soalan Irish.
“Rish.. syukur la kau da sedar. Kenapa kau tak bagi tau kami yang kau sakit”? Haliza pantas menukar topik. Wajahnya kelihatan sunggul.
“Rish.. kami ni kawan kau, sebarang masalah kita hadapi bersama”. Giliran Hafiz pula bersuara.
“ Kau kena banyak-banyak berehat, kami semua risau kan kau”. Haliza pula mencelah, tanggannya mengusap-ngusap rambut Irish.
“Fiz, Liza maaf kan aku.. aku bukan nak berahsia, tapi aku tak nak susah kan kamu semua.Fiz.. Liza boleh tak sebelum aku pergi, aku nak minta daripada korang satu je? Tolong tengok-tengokkan anak aku? Dan pesan dekat Farish jaga anak aku baik-baik, sebab dia juga darah daging Farish.” Irish menggengam tangan Haliza penuh harapan.
Hafiz dan Haliza berpandangan. Mereka tidak sanggup kehilangan seorang sahabat yang baik seperti Irish.
“ Rish.. apa kau cakap ni? Kau mesti kuat.. kau mesti besarkan anak kau, kita sama-sama besarkan dia ya? Dulu kan kau nak anak-anak kita panggil kau mama dan aku ibu? Kau lupa?” Haliza tidak dapat lagi menahan air matanya.
“Rish.. dengar sini aku cakap, kau mesti pulih, kau kena kuat, kami di sini ada untuk bantu kau. Kami sayang kau.” Hafiz pula memberi semangat kepada Irish. Dia tidak sanggup melihat sahabatnya derita.
“Kau jangan sedih-sedih lagi ya?” Haliza mengesat air mata Irish.
“Aku nak makan coklat la.” Satu permintaan daripada Irish, wajahnya mengukirkan senyuman. Pasangan suami isteri itu turut tertawa mendengar permintaaan sahabatnya.
“Rish,Rish.. kau dari dulu sampai sekarang coklat je, nanti aku bina satu kilang coklat untuk kau ya? Hafiz berjenaka. Mereka tertawa, memecah kesunyian bilik rawatan yang tadinya suram kini bertukar ceria hanya dengan permintaan Irish.
“ Rish.. walaupun kau sedang berperang dengan nyawa kau tetap ceria.” Hati haliza berbisik.
“ Kau tunggu aku belikan ya.. besar punya untuk kau and your baby. Aku nak panggil doktor untuk periksa keadaan kau.” Hafiz melangkah keluar dari bilik rawatan. Tiba-tiba Irish memegang perutnya mengerang kesakitan. “Liza.. aduh.. Liza aku tak tahan..” Irish mengengam kuat tanggan Haliza. “kenapa? Kau dah nak bersalin ke? Sabar ye Rish aku panggil doktor.”
*******************************************************
Angin pagi meniup sayu, matahari segan silu menembusi di celah-celah awan untuk menyinari bumi ciptaan illahi. Sesekali dedaun-dedaun kering berguguran. Tetapi tidak sedikit pun cintannya kepada Irish gugur seperti daun-daun itu. Farish berjalan di atas rumput Carpet yang menghiasi garden di kawasan rumah banglo itu. Rindunya pada Irish semakin menebal. Apakah pantas dia merindui isteri yang curang kepadanya?
“ Sayang.. kenapa buat abang macam ni? Abang.. terlalu sayangkan sayang.” Hatinya menangis, rindunya pada Irish Hanya Tuhan yang mengetahui. Ah! Semakin aku ingat dia semakin sakit hati aku. Tiba-tiba dia teringat akan telefon bimbitnya yang di tutup sejak semalam, oleh kerana tidak mahu digangu oleh Hafiz yang menelefonya beberapa kali. Saku seluarnya diseluk, pantas telefon bimbitnya di on kan, terdapat 31 miscall 29 mesej daripada Hafiz dan 2 panggilan daripada Fatin sepupunya mungkin ingin mengajaknya keluar dinner, tetapi sengaja Farish menolak kerana tidak ada mood. Tapi hatinya cukup tertanya-tanya mengapa Hafiz menelefonnya berkali-kali? Ah mungkin hanya untuk menyakiti aku, mungkin dia hendak memberitahu bahawa dia membawa Irish ke luar Negara untuk makan angin? Ah..! dasar perempuan murahan!
Kerata mercedis benz siri ke enam meluncur masuk ke perkarangan rumah banglo itu. Seorang lelaki berumur 50an, berkemeja ringkas keluar dari perut kereta mewah itu. Farish pantas mendapatkannya,salam dihulurkan.
“Pa.. awal sampai? Pukul berapa papa tolak dari UK?” Farish memulakan bicara sambil memandang barang-barang yang di angkut oleh Pak Mail.
“Bukannya papa naik basikal.” Jawab Datuk Faizuddin sambil ketawa. Sengaja dia tidak memberitahu keluarganya bahawa dia akan pulang awal. Farish tersenyum.
“Papa, papa.. emm.. barang apa banyak-banyak tu pa? papa shopping sakan nampak kat UK?.” Farish kelihatan hairan, tidak pernah papanya membawa pulang barang-barang sebegitu banyak bila balik dari outstation.
“Barang-barang tu untuk orang baru dalam keluarga kita, cucu papa kan akan lahir tidak lama lagi.” Datuk Faizuddin tersenyum, dan mencari-cari kelibat isterinya. Farish berasa serba salah.Papa memang tidak tahu keadaan sebenar, bagaimana dia harus menceritakan semuanya.? Papanya mesti sebulat suara tidak menyetujui tindakkannya. Datin Faridah menuruni anak tangga dengan wajah yang ceria menyambut kepulanggan suaminya. “Abang.. baru sampai?.” Huluran salam di hulurkan kepada suaminya.
“Hai awak ni pakai cantik-cantik ni nak sambut saya pulang ke atau nak keluar?” Hairan Datuk Faizuddin melihat isterinya berpakaian cantik sebegitu? Tidak pernah-pernah isterinya menyambut kepulangganya dengan berpakaian sebegini selama dia berkahwin. Datin Faridah mengenakan blaus biru yang dihiasi sulaman manik-manik, dikenakan pula dengan seluar putih jenama wans yang dibeli di luar Negara. Tidak ketinggalan di lehernya terdapat rantai labuh yang berkilaun bewarna merah jambu lembut. Memang bergaya, pantas dengan kedudukannya.
“Hari ini saya nak keluar dengan Fatin nak beli barang-barang perkahwinan Farish dan Fatin.” Datin Faridah menerangkan sambil menuangkan air ke dalam cawan suaminya di meja makan. Datuk Faizuddin tercengang, Farish pula terkesima.
“Awak ni dah kenapa?” Datuk Faizuddin bingung dengan keterangan isterinya. Suara lembut memberi salam membuatkan mereka memandang ke arah ruang utama. Fatin yang begitu bergaya dan gaya jalan yang begitu menggoda menuju ke arah mereka.
“ Eh uncle Faiz.. bila sampai?” Fatin mendapat kan bapa saudarannya dan menghulurkan huluran salam.
“Farish.. mana Irish?” Datuk Faizuddin mengutarakan soalan kencang buat Farish,soalan Fatin tidak dihiraukannya. Hatinya kuat mengatakan ada yang tidak kena sewaktu ketiadaanya.
“Uncle Faiz tak tau ke? Irish.. jahat tau, kesian abang Farish. Masa abang Farish tak de Fatin ada nampak Irish keluar dengan lelaki. Abang Farish dah tak nak Irish tinggal dalam rumah ni. Yela.. malukan keluarga kita je.” Fatin pantas menjawab untuk Farish dengan senyuman yang penuh bermakna. Datuk Faizuddin tercengang, tidak mungkin Irish begitu? Tidak.. hatinya kuat mengatakan tidak.
Deringan telefon bimbit Farish lagi sekali berbunyi. Farish bangun dan melangkah ke kolam renang. Meninggalkan mereka di meja makan. Butang menjawab ditekan.
“Kau nak apa? Kau nak bagitau aku yang kau dengan Irish berada di luar Negara? Sedang berbahagia? Farish memulakan bicara terlebih dahulu.
“Boleh tak kau jangan salah anggap? Aku Cuma nak bagitau kau yang anak kau sudah selamat dilahirkan.” Hafiz begitu geram dengan tomaham yang diberikan oleh Farish.
“Apa anak aku? Haha.. hello kawan bayi itu belum tentu anak aku tau, tah anak jantan mana yang dia lahirkan? Kenapa kau nak suruh aku tanggung.?” Farish tersenyum.. telefon bimbitnya pantas dimatikan.
Farish tercengang, terasa perit pipinya. Tamparan dari papanya sungguh berbisa.
“Papa tak pernah didik kau jadi manusia berperwatakan seperti binatang!” Datuk Faizuddin sudah mendengar segala perbualan Farish. Dia langsung tidak menyangka Farish bertindak seperti tidak berpelajaran.
“Abang! Kenapa ni? Abang tampar anak saya? Sebab perempuan miskin tu abang sanggup pukul darah daging abang?” Datin Faridah berlari keluar mendapatkan anaknya, geram dengan tindakan suaminya. Fatin juga terkejut melihat bapa saudaranya yang tiba-tiba naik angin.
“Awak diam! Sebenarnya awak yang miskin! Awak tau tak pakaian yang awak pakai, tempat tinggal yang semewah ini semuanya daripada menantu awak yang awak hina tu! Awak tau syarikat yang saya uruskan ini sebenarnya pemberian arwah papa Irish. Mereka berketurunan raja, tetapi tidak sedikit pun mereka tidak angkuh dengan kekayaan mereka. Arwah papanya yang mempunyai lima buah anak syarikat yang salah satunya diwariskan kepada saya, dan satu lagi diwariskan kepada abang saya iaitu papa Fatin. Arwah la yang banyak membantu kami adik beradik. Dan untuk pengetahuan kamu semua Irish telah menukar wasiat papanya iaitu syarikat yang selebihnya telah diwariskan kepada Farish dan anak yang dilahirkan, sebabnya dia tidak akan hidup lama kerana menghidapi penyakit barah otak.” Panjang lebar Datuk Faizuddin menerangkan tentang Irish.
Datin Faridah terduduk di lantai terasa lemah jantungnya, Farish pula berdiri kaku. Fatin yang berada di situ serba salah dan ketakutan, pantas kaki Farish dicium. “Abang Farish.. Fatin minta ampun bang..Fatin minta ampun sangat-sangat, Fatin yang reka cerita bang, sebenarnya Irish tak salah.. Irish Cuma keluar makan dengan Hafiz dan Haliza. Maafkan Fatin bang.” Fatin menggigil. Memang dia berdosa, menghancurkan rumah tangga Irish demi cintannya kepada Farish. Datuk Faizuddin dan Datin Faridah berpandangan. Farish menolak tubuh Fatin daripada menyentuhnya.
“Kau jahat! Kau jahat! Kau pisahkan aku dengan isteri aku, isteri yang aku cinta! Manusia jenis apa kau ha?!” Farish menjerit sekuat hati. Dia menyesal, dia merasakan dirinya terlalu kejam, suami yang tak dapat melindungi isteri sendiri.
************************************************************
“Liza.. comel kan hero aku? Tapi Za.. aku macam tak de suami, sepatutnya Farish yang azan kan my baby tapi Fiz yang lakukan.Aku sorang-sorang lahirkan anak aku tanpa suami Za.” Senyuman Irish dari tadi kini bertukar muram. Memang sampai sekarang Farish tidak lagi menjenguk isterinya. Manakah tanggungjawab seorang suami? Haliza tau bukan ini yang dimahukan oleh sahabatnya itu. Tapi suratan takdir sudah menentukan segala-galanya.
“Tak pe.. aku kan ayah dia juga.” Hafiz mencelah sebaik melihat isterinya hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu Irish bersedih dalam keadaan sekarang. Irish mengukir senyuman, senang dia mendengar pengakuan Hafiz. Memang dari dulu mereka merancang Hafiz dan Haliza akan bergelar ayah dan ibu, manakala dia dan Farish akan bergelar papa dan mama kepada anak-anak mereka. Deringan telefon bimbit Hafiz menghentikan perbualan mereka.
“Farish?” hatinya berbisik. Hafiz meminta diri untuk keluar bilik.
“Kau datang la Hospital Sri Putri, wad A11. Aku tunggu dekat luar.” Hanya itu jawapan Hafiz kepada Farish setelah mendengar penjelasan Farish sebentar tadi. Suara Farish kini berbeza, suaranya serak-serak basah apakah dia sudah sedar? Alhamdulillah.. Hafiz mengucap. Tapi baru sebentar tadi doktor datang memberitahu bahawa peluang Irish untuk hidup pada bila-bila masa sahaja mungkin dalam masa 24jam. Memang tidak ada harapan lagi untuknya. Hafiz menyandarkan badannya di kerusi menunggu di luar.
“Ya ALLAH.. selamatkanlah sahabatku.” Hafiz berdoa.
“Fiz.. mana isteri aku Fiz, anak aku mana?” Farish menggongcang bahu Hafiz yang menyandar dari tadi. Hafiz hanya mendiamkan diri.
“Kau ada isteri ke? Kau ada anak ke?” Hafiz tersenyum sinis. Sengaja dia bertanya begitu untuk menyedarkan lagi sahabatnya. Baru sebentar tadi Datuk Faizuddin menelefonnya dan menceritakan segala-galanya.
“Fiz.. aku minta maaf.. aku tau aku salah, maafkan aku Fiz.Aku suami yang tak bertanggungjawab, aku tak dapat lindungi isteri aku sendiri.” Farish memeluk Hafiz. Dia benar-benar bersalah dan malu atas perbuatannya selama ini.
“Fiz.. tolong aku Fiz aku tak nak Irish pergi.” Sekali lagi Farish memohon. Hafiz mententeramkan sahabatnya.
“Rish.. kau perlu memohon pada ALLAH dia yang tentukan segalanya.” Bahu sahabatnya dipegang tanda memberi semangat. “Tapi Rish doktor cakap Irish ada masa lebih kurang 24 jam lagi, bukan 24 tahun.. 24 jam satu hari lagi Rish. Kau buatlah apa yang patut, kita sama-sama laluinya.” Terasa berat mulut Hafiz untuk memberitahu, tetapi dia terpaksa. Farish terduduk, terasa lemah seluruh tubuhnya. Ya ALLAH… dugaan apakah yang kau berikan pada hambamu ini. Air mata lelakinya akhirnya berguguran.
**********************************************************
“Sayang.. abang minta maaf, bangun sayang.. abang minta maaf sangat-sangat dengan sayang.” Tanggan isterinya dikucup tanda kasih sayang. Sebentar tadi Haliza memberitahunya bahawa selepas Irish makan ubat dia sangat letih dan ia meminta untuk rehatkan diri, tapi sampai sekarang dia tidak lagi menyedarkan diri. Kata doktor itu hanyalah kesan dari ubat yang diambil.
“Sayang.. papa minta maaf, papa dah buat mama sakit, papa berdosa sayang.” Farish pula melangkah ke arah katil bayi yang terletak di tepi katil isterinya. Itu adalah permintaan Irish, dan telah dibenarkan oleh doktor. Haliza hanya melihat dengan linangan air mata. Hari semakin larut malam, Irish langsung tidak memberi apa-apa respons. Farish merenung wajah isterinya, kesan lebam di dahi isterinya jelas. Bibir isterinya bengkak, itu semua angkaranya tanpa usul periksa.
“ Ya ALLAH jika kau beri peluang satu hari untuk isteri ku, beri la peluang kepadaku untuk bersamanya satu hari itu, aku mohon padamu ya ALLAH.” Farish tidak henti-henti berdoa. Dahi isterinya dikucup. Anaknya disebelah nyenyak tidur, wajahnya sama seperti aku, matanya tidak lari seperti mata mamanya. Hatinya berkata-kata. Hafiz dan Haliza baru sahaja pulang, petang tadi papa dan mamanya datang. Mamanya tadi juga berdegil ingin menjaga isteri dan anaknya, tapi dihalang keras oleh papanya kerana untuk memberi peluang kepadanya untuk bersama Irish.
******************************************
“Abang.. abang.. Rish rindu abang, rindu sangat bang.” Terasa lemah tubuhnya, matanya juga terlalu berat untuk dicelik, tangan suaminya disentuh lalu menyadarkan Farish dari tidur.
“Sayang.. sayang abang minta maaf sayang, abang dosa dengan sayang, maafkan abang sayang, maafkan abang.” Sekali lagi air matanya mengalir, hilang segala ego lelakinya.
“Sayang dah lama maafkan abang, sayang rindu abang.” Sempat lagi dia bermanja dengan suaminya. Rindu yang teramat, hilang segala keperitan yang dilalui selama ini.
“Abang pun rindu sayang.. sayang kena kuat ye.. nanti kita besarkan anak kita.” Farish member semangat kepada isterinya.
“Abang.. Rish nak minta maaf, halalkan segala makan minum Rish.” Tangan suaminya digengam. “Tak sayang, sayang tak salah apa-apa dengan abang. Abang yang banyak buat salah dengan sayang.” Farish memeluk isterinya. Kedua-duanya dalam tangisan.
“Abang.. jaga anak kita ya? Abang boleh tak sayang nak bagi nama Muhammad Arish Irzam bin Muhammad Farish? A adalah anugerah dan rish adalah nama kita.” Irish memandang suaminya yang tercengang.
“Mana sayang dapat idea ni? Tak bagi tau abang pun?” Farish mencuit hidung isterinya.
Ketukan pintu menyedarkan mereka. Datuk Faizuddin dan Datin Faridah melangkah masuk, juga diikuti Mak Jah dan Pak Mail, tidak ketinggalan juga Fatin dibelakang. Datin Faridah pantas menuju ke arah menantunya.
“Irish.. mama minta maaf nak.. mama salah sayang. Maafkan mama ye sayang?” Datin Faridah mencium dahi menantunya, terasa kesal dan malu menyelubungi dirinya.
“Mama.. mama Irish dah lama maafkan mama, Irish sayang mama dengan papa, Irish dah tak de mama, Irish tak de papa. Papa dan mama la ibu bapa Irish.” Irish hanya tersenyum. Memang dari dulu dia sudah memaafkan Datin Faridah, tiada sedikit dendam pun yang tersimpan. Kini Fatin pula menuju ke arahnya, tetap disambut dengan senyuman.
“Irish aku minta ampun, aku yang menghancurkan hubungan kau dengan abang Farish.” Tanganya memegang tangan Irish, tetapi pantas tangan Farish menepis.
“Don’t touch my wife!” Farish begitu geram dengan Fatin sehingga tidak membenarkan sepupunya itu menyentuh sedikit isterinya.
“Abang..” Irish mengeleng kepala tanda melarang suaminya bertindak sedemikian, manusia mana yang tak ada kesilapan?
“Aku dah maafkan kau.” Ringkas jawapan yang diberikan oleh Irish, tetapi di hatinya memang tiada dendam. Cuma terasa amat letih. Datuk Faizzudin yang berdiri tidak jauh dari katil Irish hanya memandang wayar-wayar yang disambung ke tubuh menantunya. Timbul rasa simpati, menantunya terpaksa menahan kesakitan. Semalam ada dia mencadangkan kepada doktor pakar agar pembedahan dilakukan, tapi cadangannya cuma percuma kerana keadaan menantunya sudah tahap kritikal, apabila pembedahan dibuat mungkin akan mendatangkan risiko yang tinggi.
“Abang.. mana Fiz dengan Liza.. sayang dah penat la.” Farish membelai-belai rambut isterinya,sesekali ciumanya hinggap di dahi isterinya.
“Sayang rehat la dulu, nanti diorang sampai abang kejut sayang.” Farish bingung. Memandang papanya dan memberi syarat agar menghubungi kedua-dua sahabatnya itu.
“Sayang tak nak tidur, sayang nak jumpa diorang dulu, sayang tak minta maaf lagi. Abang.. abang jangan pergi ye? Kalau sayang tak bangun nanti abang angkat sayang tau, abang mandikan sayang, abang sembahyangkan sayang ye?” tenang pesanan itu disampaikan kepada suaminya. Farish semakin gelisah, apa maksud isterinya? Adakah sudah tiba masanya? Tidak..
Langkah semakin laju, pintu bilik rawatan A11 di tolak. Hafiz dan Haliza pantas ke katil Irish, semakin pucat wajah sahabat mereka itu.
“Fiz.. Liza..datang pun, Za.. tengokan anak aku, Fiz,Liza maafkan aku ye.. halalkan segala makan minum aku.” Tanggan Liza digengam dan dicium. Haliza mengangguk.
“Kau jangan cakap macam tu, kami sentiasa ada untuk kau, kau mesti kuat.” Air mata Haliza bercucuran.
“Aku dah penat la Za.. aku nak tidur.” Irish melepaskan tangannya dalam gengaman Haliza.Tanggan Farish ditarik dan diletakan di dadanya. Semua yang berada di situ melihat reaksi Irish penuh debaran. Ada yang tidak henti-henti mengalirkan air mata.
“Abang.. Rish tidur dulu ya.Rish sayang sangat abang.. sebelum Rish tidur, bisik lah kat telinga Rish dua kalimah syahadah.” Irish memberi pesanan terakhir kepada suaminya. Farish hanya menturuti, bisikan dua kalimah syahadah dibisikan ditelingga isterinya. Tanpa dia sedari Irish sudah pun meninggalkan dia untuk selama-lamanya. Air matanya deras mengalir, Hafiz di sebelah dipeluk erat. Hafiz menenangkan sahabatnya, semua yang berada di situ begitu sedih dengan pemergiaan Irish.
“Sayang.. kenapa tinggalkan abang.” Farish seperti hilang kawalan. Hafiz dan datuk Faizuddin mententeramkannya. Pak Mail pula menguruskan arwah.
“Ya ALLAH kau benar-benar memberi ku satu hari untuk bersama isteriku, namun aku bersyukur dengan pemberianmu ya ALLAH.” Farish mencium batu nisan di pusara Isterinya. Dia akan menjaga anaknya seperti mana diamanahkan oleh isterinya.
“Abang sayang sayang.” Farish meninggalkan pusara isterinya dengan redha.
“Ya ALLAH tempatkan la isteriku dikalangan orang-orang yang beriman.” Farish redha dengan pemergiaan isterinya.
LOTS OF LOVE,
Norashikin
No comments:
Post a Comment