Yang paling seksa adalah cuba melupakan
seseorang sedangkan seseorang itu tidak boleh kita lupakan. Dia sentiasa
ditemui,di tengah jalan,di dalam bas,di pasar raya,di pasar malam,di dewan
kuliah, atau dimana2 sahaja,lebih terseksa kalau ada kenangan2 tertentu
bersamanya. Setiap kali cuba melupakan,semakin rindu pula jadinya.
Begitulah hakikat kehidupan. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba
berpisah. Walaupun berkenalan memerlukan keberanian,kesabaran,iltizam,dan
kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semua itu.
Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu
melupakannya. Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu
mengelak.
Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhannya untuk melupakan juga
tidak kesampaian. Begitulah seksanya dan deritanya melalui detik-detik untuk
berpisah. Sebab itu usah mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau
terjadi pada saat begini memang menyeksakan. Jika anda tidak mampu
melupakannya,tak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikkan seseorng atas nama
allah adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya
walaupun atas nama allah.
‘’tiada yang paling indah didalam hidup selain
bersaudara denganmu,tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu,tiada yang
lebih manis bila ada kenangan bersamamu,namun ada yang terbaik dalam memori
hidupku kerana kebaikkan dan pengorbananmu’’
hidup memang memerlukan toleransi sebab membenci
itu menyakitkan jiwa,ia menyesakkan nafas dan menjamin bahagia. Namus atas
pelbagai sebab dan alas an,adakalanya kita seolah2 ‘wajib’ melupakan seseorang
,bukan disebabkan dia tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi
hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah
dengannya,jiwa rasa digarit2 dengan garfu,maka tatkala ini adalah lebih baik
menghilangkn semua memori dan membina lapangan baru.
Bagaimana??
Berikut adalah beberapa tip untuk melupakan
seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayangan
orang tersayang dalam hati dan memori.
- - buang semua kenangan termasuk gambar,lagu,cenderahati,dan lain. Bukan tidak menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi kenang-kenangannya.
- - Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikkannya. Bukan hendak menafikan kebaikkannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikkan.
- - Anggap dia bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
- - Percaya pada jodoh,takdir dan hikmah sebalik perpisahan itu.
- - Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diuruskan dengan baik.
- - Usah biarkan hati digayut rindu dan pilu
- - Elakkan kerap bersendirian tapi keluar untuk aktifkan diri.
- - Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
- - Faham dan percaya anda sengaja ditemukan dengan orang yang salah supaya anda bersyukur apabila ditemukan dengan insan yang betul
- - Mohon pada allah supaya lenyapkan dia dari fikiran anda.
No comments:
Post a Comment