Thursday, July 11, 2013

pelik ke??

assalamualaikum.....

today story tentang something yg sy rasa menarik.

bila berborak soal jodoh mesti ramai tertanya2 kenapa saya masih single walaupun umur 22.
senang je la jodoh sy belum sampai lagi. insyallah allah ada pertemuan yang terbaik untuk hambanya.
bukan mudah untuk kita sebagai perempuan memilih calon suami.
banyak benda yang perlu kita pertimbangkan selain soal kewangan tu.
sebenarnya saya sendiri tidak memandang kemewahan dan kewangan bakal suami sy. cukup sekadar dia mampu menanggung makan minum,sediakan tempat tinggal untuk saya.
saya bukan seorang gadis yang mudah bergaul dengan lelaki sembarangan. kalau sy rasa selesa dia akan jadi kawan sy. jika tidak sekali dua je sy reply msg atau call dia dan selepas itu mintak maaf  saya takkan layan. jujur nya sy memang sukar untuk bergaul dengan lelaki. sebab tulah sy tk de bf dan bila sy ada bf sy hanya setia dgn dia aje tak pernah terfikir untuk mduakan dia. bila break memang susah untuk sy terima lelaki. siapa yang sy layan tu kira bertuahlah tapi jangan buat pasal memang sy akan senyap je.

tu soal jodoh. ramai cakap sy ni pelik sebab sukar untuk dapat bf walaupun punya paras rupa. senang cakap sy tk de la hodoh sy dan tk la secantik mana. kira tengah2 lah. pape pun soal ni sy serahkan pada allah. dia yang maha mengetahui.

ok finish bab jodoh. ni masuk bab perkahwinan.

adalah orang yang bertanyakan sy kalau saya ada jodoh berapa hantaran yang diminta. ok ni sejujurnya lah. saya cume meletakkan rm14,391 sebagai wang hantaran dan senaskah al-quran serta sebentuk cincin sebagai batal air sembahyang. wang mas kahwin sy gantikan dengan seutas rantai. tu terpulang lah pda bakal suami sy yg macam mana dia nk bg. sy tk minta lebih. lepas tu perkahwinan sy cukup sekadar akad nikah dan doa selamat tk de majlis bersanding. ramai tanya kenapa tak mau ada majlis bersanding kan kahwin ni sekali seumur hidup. jawapan sy senang je,tu adat kita sebagai orang islam ke? nk kahwin ni biarlah ikut adat islam jangan sampai kita buat ikut agama lain. biar sederhana jangan membazir. lagipun haram hukumnya kita berhias cantik2 untuk tatapan umum sedangkan suami kita tak dpt tengok kecantikkan kita. bazir je dia byr mahal2 untuk kita kalau kita berhias untuk tatapan umum. dan kerana itu jugak sy tidak berapa gemar untuk memakai make up sebab sy tak nak cantik untuk orang lain tapi cukup untuk bakal suami sy.

ok lah itu sahaja yang boleh saya coretkan sebelum saya tidur. selamat malam sahabat2 sekalian. :)

No comments:

Post a Comment