assalamualaikum....
alhamdulilah syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang bernafas dimuka bumi.
bersyukur kerana masih dapat menjalani ibadat puasa dengan sempurna dan berharap amalan diterima illahi.
cerita hari ni?
mmmmmm,ok la start kat tempat keje lah yea.
hari bos mai datang duk kat meja. asalnya tengok billboard yg aku buat. mak oiii jenuh jugak lah nk create billboard ni yea. tp nasib baik bukan nk urgent.
duk borak punya borak tetiba bos tanya macam ni ''dalam lubuk hati paling dalam apa yang ada''??
aku ni terkedu kejap. jawapannya ALLAH.
bila dengar apa yang dia cakap memang benar 100%. apa yang kita lakukan ni mesti ada niat kerana ALLAH. insyallah apa yng kita niat tu kalau diterima akan dapat pahala.
kita kat dunia ni hanya menanam dan hasilnya akan kita tuai di'sana'.
kadang2 kita tak sedar ALLAH beri kita sejuta nikmat tapi kita ni yang bergelar hamba jadi kufur nikmat.
bila dah ALLAH bagi kaya kita jadi sombong,bongkak dan angkuh.
bila dah ALLAH bagi sihat kita jadi tak bersyukur.
tapi bila ALLAH tarik sedikit nikmat contohnya mata kita masuk habuk,mak oiiii mengeluh macam dah buta. padahal baru sakit sikit.
jadi manusia ni tak leh kufur nikmat.
selain tu,kak yan bercerita tentang kematian. kematian ni wajib untuk kita sebagai manusi ingat. ada sorang budak kilang kami baru kehilangan kakak nya 2 hari sebelum ramadhan. kalau kita ditempat dia adakah kita bersedia?? belum tentu kan. jadi jangan lah tangguh2 kalau nk bertaubat. cuba korang bertaubat dengan seikhlas hati aku yakin korang mesti mengalirkan airmata. betapa terasa diri ini terlalu kerdil dimata pencipta kita.
kalaulah allah bagi aku tengok buku kehidupan aku,aku ingin ubah cara kematian dan tempat kematian aku.
aku kalau boleh nak cara kematian ku dalam keadaan baik dan sebaik2 nya. dan tempat kematian aku kalau boleh biarlah ditempat yang baik2 contohnya di kota mekah. tak ramai orang memiliki nasib baik seperti sesetengah orang yang dapat nyawanya ditarik dikota mekah.
kat mana kita disemadikan itulah asal kita dicipta oleh allah.
contohnya kita meninggal kat KL tapi kita dikebumikan di kampung. maksudnya kita memang dijadikan dari tanah disana.
bila dengar sume tu hati ini menjadi insaf kerana terlalu alpa dibawa arus duniawi. kadang2 kitasedar kita dah lakukan yang terbaik tetapi apa yang kita lakukan adalah dihujung kuku sahaja. ya allah,aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara,masih dapat melihat keindahan,bibir masih mengucap kan kalimah2 suci mu.
*bertaubatlah selagi pintu taubat dan nyawa masih dijasad. insyallah,taubat mu akan diterima.
lots of love,
seri cindai