Wednesday, July 24, 2013

sedih......

assalamualaikum....

entry kali ni memang sedih pun. 
tak nafikan lah.
in this week my cats was passed away.
sumpah sedih.

mula2 aku dapat tompok n comel pun dari pemberian seseorang. niat aku memang nak tengok diaorg membesar. aku jaga diaorg dari kurap. aku bagi makan. mula2 dapat sumenya 4 ekor. pastu kawan mak aku nak 2 ekor. aku pun bagilah. after 2 or 3 weeks kucing tu lincah je bermain. tompok lagi lah lincah. kalau bagi panjat cage tu memang melompat2 dia. dia juga yg ajar si comel panjat cage. comel ni mulut dia bising sikit berbanding tompok. 

kronologi kematian (ceh,dah macam polis pulak saya ni)
- pagi nak sahur tu mcm biasa la comel mesti bising mintak makan. aku selalu bagi dia makan dalam cage sebab kalau bagi makan kat luar si kiki n kiko pasti menyibuk makan sekali. so nak cut cost aku terpaksa. hehehehe. tapi pagi tu tompok tk makan pun. dia tgk je. aku jadi pelik kenapa tompok senyap je. waktu kematian dia pukul 6.15 petang. time tu aku betul2 baru sampai ruma. ya allah,rasa mcm direntap jantung ni seketika. petang tu sebelum maghrib aku dan ayah kebumikan tompok. malam tu pulak comel asik nangis je. makan minum dia ok lg. esok pg pun sama asik nangis je. aku rasa dia rindukan tompok. mana tak nya sebelum ni dia rapat gila ngn tompok. bila tompok mati confirm la dia sedih n rindu. aku cuba pujuk dia supaya makan n minum. sehari dua tu nampak la dia still makan dan minum. masuk hari keempat dia start mogok. dia jadi senyap je. malam tu dia dah senyap je. tapi dalam area pukul 12 lebih dia makan dengan banyaknya dan minum dengan kerakusan. aku ni punya lah gembira. sebab aku tahu dia makan sahaja yang boleh kembalikan tenaga dia. esok pagi aku bawak pergi vet. masa doktor nk periksa dia,dia baring n dia hembuskan nafas terakhir kat situ. perghhh time tu rasa nak meraung2. sakitnya hilang benda yang kita sayang. pergi keje tapi aku asik pk kan comel n tompok je. sapa tak sedih kalau setiap hari aku yang rawat dia dari kurap. aku yang tengok dia melompat2. tetiba pergi macam tu je. nak nangis pun aku dah tk mampu nk keluarkan air mata. aku terpaksa redha menerima ketentuannya. tapi aku masih rasa bersyukur kerana kiki n kiko masih selamat lagi. alhamdulilah. 
ibu ngn ayah sebenarnya serik bela kucing bila aku pernah disahkan menghidap penyakit asma yang teruk sehingga dalam masa seminggu aku terpaksa berulang alik ke klinik sampai 3 atau 4 kali. puas ibu ayah merawat aku. berpantang makan tu tak yah ceritalah. sume kena control. sampai lah arwah mak cik aku pergi ke mekah dan belikan hati unta kering utk merawat penyakit aku. alhamdulilah dengan izin allah aku sembuh sepenuhnya. tapi sebenarnya sehingga sekarang ibu larang aku mencium kucing. tapi aku tak tahu lah kenapa itu yang menjadi habit aku.kalau aku main dengan kucing ibu mesti pastikan aku membasuh tangan before aku sentuh makanan. sekarang aku dah bebas dari asma. alhamdulilah. 


*ok lah sampai sini je lah entry aku kali ni. mata pun dah macam sayu je ni. gudnyte.





lots of love,
seri cindai

No comments:

Post a Comment