Sunday, July 28, 2013

kucing vs lipas.

assalamualaikum...

ermmm,korang mesti benggang kan bila tengah tido si comel korang sibuk duk ajak bermain.
ok tu yang aku rasa bila si kiki n kiko sibuk ajak aku bermain.
aku boleh accept lg kalau dia ajak aku main benda lain. contoh nya cebisan kertas ke or wateva tapi yang di ajak bermain bersama adalah seekor LIPAS.

LIPAS tu sejenis binatang kecil yang paling aku takut. aku tak geli tapi aku cukup takut dengan binatang bernama lipas. dan paling benggang bila lipas itu merayap atas katil korang kerana mereka yang membawanya. 

pukul 2.30 pagi aku terpaksa bangun untuk cari lipas tersebut dan bunuh. aku takut nanti dia masuk dalam telinga ke,mulut ke. mau naya je. mata tersengguk2 menahan ngntuk sambil meraba2 mencari seekor lipas. yang paling aku geram si kiki n kiko dah siap landing sambil jilat2 bulu kat tepi katil. aku ni cari punya cari tak jumpa jugak. tapi kiki n kiko ni punya deria bau yang kuat. rupanya lipas tu dh berada di tepi almari baju aku. yang diaorg sibuk mencari sehingga jumpa dan membawa lipas tu keluar. diaorg keluar aku pun tutup pintu tk mau bagi mereka masuk lagi. 

entah pukul berapa aku baru dapat tido semula. nasib baik lah esok nya kau cuti sempena nuzul alquran.

No comments:

Post a Comment