Tuesday, July 30, 2013

minggu-minggu terakhir.....

assalamualaikum.....

hurmmmmm,tulis entry ni dengan linangan airmata.. sebak gila sebab minggu ni minggu terakhir aku jalani praktikal. praktikal kat sini mengajar aku tentang seseparuh erti hidup. macam mana menjalani ragam manusia. macam mana memahami hati seseorang walaupun kita rapat belum tentu kita kenal 100% dengan mereka.

kak anis,kak yus,kak ira layan aku macam keluarga. kak anis,kakak yang paling memahami aku. dia selalu beri nasihat pada aku. kak yus pun sama. kak ira banyak memberi nasihat dan semangat untuk terus bertahan kalau ada masalah. 

kakak2 sekalian, terima kasih kerana  masuk dalam hidup ikin. :)
ikin takkan pernah lupakan jasa akak sume. 
kak anis,terima kasih kerana mengajar ikin banyak tentang art
kak yus,terima kasih atas tunjuk ajar tentang marketing,
kak ira,terima kasih kerana banyak beri tunjuk ajar.

Sunday, July 28, 2013

kekasih




video clip ni seribu kali aku tengook pun aku akan mengalir air mata. mana tak nya video ni sangat sedih terutama part isteri dia tk leh lahirkan zuriat.

kadang2 aku tertanya2 memang lelaki ni berkahwin kerana inginkan zuriat tapi kalau lah ALLAH uji kita,kita ni tak mampu beri dia zuriat adakah suami kita akan bertahan dengan kita sampai mati? aku tahu hidup lepas berumah tangga ni tak mudah untuk diharungi terutama kita sebagai manusia banyak kelemahan.

cuba bayangkanlah,kita ni boleh je terima kelemahan dia. tapi dia adakah macam tu jugak boleh terima kelemahan kita? bila tengok video ni aku nak sangat suami aku macam dia ni. bertahan dengan aku walau apapun dugaan yang hadir sebab aku perlukan dia bukan kerana kelebihan tetapi aku inginkan kekurangan kami yang menjadi kelebihan dan lengkapi antara satu sama lain.

lelaki dan umur

assalamualaikum....

ok sebenarnya aku ada baca blog someone. tu pun azuan yang bagi kat aku. aku ni bila baca cerita yang agak unik and menarik aku mulalah jadi ketagih nak baca dan baca dan baca. blog tu kepunyaan nameeroslan.blogspot.com.

baca punya baca sampailah entry2 dia yang menarik minat aku. rupanya dia ni berkahwin dengan lelaki yang agak berumur. aku pun sebenarnya mempunyai keinginan nak berkahwin dengan lelaki yang agak berumur tapi bukanlah sampai tahap macam ayah aku tu ha. hahaha. 

nak tahu kenapa aku agak berminat dengan lelaki yang berusia?



MATANG
-lelaki yang berusia ni pemikiran diaorang agak matang. dia orang tahu bila masa nak romantik, bila masa nak manja, bila masa nak naik angin, bila masa nak merajuk. dan lelaki yang berusia ni dia orang ni tahu untuk stabilkan emosi bila berhadapan dengan sesuatu situasi. contohnya,kita buat dia marah dan kita memang tahu dia marah tapi cara dia tegur kita tu mesti macam ni ''sayang,tak elok buat perangai macam tu.orang tengok mesti meluat termasuklah bie ni''. nampak tak,dia orang pandai control marah sebab dia tahu kita ni muda and cepat merajuk dan naik angin. bila dia tegur macam tu automatik kita pun rasa macam bersalah lah sangat sebab buat perangai dan on the spot akan mintak maaf. dan tak perlu gaduh2,tarik rambut bagai. kalau jalan2 pun mesti happy je sebab tak de yang terasa.

BERTANGGUNG JAWAB
-lelaki yang berusia ni tak dinafikan diaorang sangat2 bertanggung jawab terutama bila perihal pasangan diaorang. tak percaya? cuba korang test dia korang demam. confirm,tak sampai 10 minit dia akan sampai depan pintu rumah korang untuk membawa korang ke klinik. then,kalau dia tahu korang sedih,dia akan hulurkan tisu and telinga untuk mendengar padahal kadang2 bukan lah isu besar sangat. hahahaha. cuma kita ni kalau ada yang terganggu kat hati mulalah sedih tak memasalkan. lelaki macam ni korang tak yah tunggu 10 kali nk lamar diaorang sebab diaorang ni memang jenis yang boleh dibuat suami lah. kalau jadi isteri diaorang tak de lah korang nak kena bimbang. dia akan bertanggungjawab sepenuhnya keatas korang. 

BERPENGALAMAN
-ehemmm berpengalaman ni bukan pengalaman yang bukan2 yea. lelaki yang berusia selalunya luas pengalaman nya dalam hidup seharian ni. tak percaya? cuba korang cerita 1 situasi korang. mesti dia akan bagi feed back yang kow2 punya. sume nya akan keluarlah. terutamanya pengalaman tu dia pernah alami. ha,time tu aku confirm lah korang mesti tersenyap,terdiam,last2 kagum dengan dia. hehehehe.

*kalau lah jumpa lelaki yang berusia dan punyai criteria macam ni aku tak lepaskan. hahahaha. 











kucing vs lipas.

assalamualaikum...

ermmm,korang mesti benggang kan bila tengah tido si comel korang sibuk duk ajak bermain.
ok tu yang aku rasa bila si kiki n kiko sibuk ajak aku bermain.
aku boleh accept lg kalau dia ajak aku main benda lain. contoh nya cebisan kertas ke or wateva tapi yang di ajak bermain bersama adalah seekor LIPAS.

LIPAS tu sejenis binatang kecil yang paling aku takut. aku tak geli tapi aku cukup takut dengan binatang bernama lipas. dan paling benggang bila lipas itu merayap atas katil korang kerana mereka yang membawanya. 

pukul 2.30 pagi aku terpaksa bangun untuk cari lipas tersebut dan bunuh. aku takut nanti dia masuk dalam telinga ke,mulut ke. mau naya je. mata tersengguk2 menahan ngntuk sambil meraba2 mencari seekor lipas. yang paling aku geram si kiki n kiko dah siap landing sambil jilat2 bulu kat tepi katil. aku ni cari punya cari tak jumpa jugak. tapi kiki n kiko ni punya deria bau yang kuat. rupanya lipas tu dh berada di tepi almari baju aku. yang diaorg sibuk mencari sehingga jumpa dan membawa lipas tu keluar. diaorg keluar aku pun tutup pintu tk mau bagi mereka masuk lagi. 

entah pukul berapa aku baru dapat tido semula. nasib baik lah esok nya kau cuti sempena nuzul alquran.

Wednesday, July 24, 2013

sedih......

assalamualaikum....

entry kali ni memang sedih pun. 
tak nafikan lah.
in this week my cats was passed away.
sumpah sedih.

mula2 aku dapat tompok n comel pun dari pemberian seseorang. niat aku memang nak tengok diaorg membesar. aku jaga diaorg dari kurap. aku bagi makan. mula2 dapat sumenya 4 ekor. pastu kawan mak aku nak 2 ekor. aku pun bagilah. after 2 or 3 weeks kucing tu lincah je bermain. tompok lagi lah lincah. kalau bagi panjat cage tu memang melompat2 dia. dia juga yg ajar si comel panjat cage. comel ni mulut dia bising sikit berbanding tompok. 

kronologi kematian (ceh,dah macam polis pulak saya ni)
- pagi nak sahur tu mcm biasa la comel mesti bising mintak makan. aku selalu bagi dia makan dalam cage sebab kalau bagi makan kat luar si kiki n kiko pasti menyibuk makan sekali. so nak cut cost aku terpaksa. hehehehe. tapi pagi tu tompok tk makan pun. dia tgk je. aku jadi pelik kenapa tompok senyap je. waktu kematian dia pukul 6.15 petang. time tu aku betul2 baru sampai ruma. ya allah,rasa mcm direntap jantung ni seketika. petang tu sebelum maghrib aku dan ayah kebumikan tompok. malam tu pulak comel asik nangis je. makan minum dia ok lg. esok pg pun sama asik nangis je. aku rasa dia rindukan tompok. mana tak nya sebelum ni dia rapat gila ngn tompok. bila tompok mati confirm la dia sedih n rindu. aku cuba pujuk dia supaya makan n minum. sehari dua tu nampak la dia still makan dan minum. masuk hari keempat dia start mogok. dia jadi senyap je. malam tu dia dah senyap je. tapi dalam area pukul 12 lebih dia makan dengan banyaknya dan minum dengan kerakusan. aku ni punya lah gembira. sebab aku tahu dia makan sahaja yang boleh kembalikan tenaga dia. esok pagi aku bawak pergi vet. masa doktor nk periksa dia,dia baring n dia hembuskan nafas terakhir kat situ. perghhh time tu rasa nak meraung2. sakitnya hilang benda yang kita sayang. pergi keje tapi aku asik pk kan comel n tompok je. sapa tak sedih kalau setiap hari aku yang rawat dia dari kurap. aku yang tengok dia melompat2. tetiba pergi macam tu je. nak nangis pun aku dah tk mampu nk keluarkan air mata. aku terpaksa redha menerima ketentuannya. tapi aku masih rasa bersyukur kerana kiki n kiko masih selamat lagi. alhamdulilah. 
ibu ngn ayah sebenarnya serik bela kucing bila aku pernah disahkan menghidap penyakit asma yang teruk sehingga dalam masa seminggu aku terpaksa berulang alik ke klinik sampai 3 atau 4 kali. puas ibu ayah merawat aku. berpantang makan tu tak yah ceritalah. sume kena control. sampai lah arwah mak cik aku pergi ke mekah dan belikan hati unta kering utk merawat penyakit aku. alhamdulilah dengan izin allah aku sembuh sepenuhnya. tapi sebenarnya sehingga sekarang ibu larang aku mencium kucing. tapi aku tak tahu lah kenapa itu yang menjadi habit aku.kalau aku main dengan kucing ibu mesti pastikan aku membasuh tangan before aku sentuh makanan. sekarang aku dah bebas dari asma. alhamdulilah. 


*ok lah sampai sini je lah entry aku kali ni. mata pun dah macam sayu je ni. gudnyte.





lots of love,
seri cindai

Tuesday, July 23, 2013

fakta tentang lelaki

Lelaki biasa menangis bila...
  • Kehilangan orang yang disayangi kerana kematian. Lelaki jarang menunjukkan rasa lemahnya kerana mungkin bimbang sifat maskulin akan pudar.
  • Apabila sesuatu hubungan terputus di tengah jalan. Siapa cakap lelaki tak ada perasaan apabila perempuan idamannya minta putus atau berubah hati. Hati tetap rasa tersentuh dan bagai direntap. Jalan mudah, menangis sambil berpura-pura tidur.
  • Gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki. Lelaki yang bertanggungjawab akan merasa tercabar sekiranya dia gagal memberikan nafkah kepada isteri atau anaknya lalu diluahkan dengan linangan air mata.
  • Bergaduh atau berselisih faham dengan isteri. Seorang lelaki mungkin akan mengalirkan air mata jika isteri bersikap tidak ambil peduli atau tidak tahu menahu mengenai keperluan ataupun tak ambil kisah perasaan mereka.
  • Melihat anak atau isteri menderita sakit. Lelaki punya hati yang keras dan tak mudah dipecah tetapi bila diuji Tuhan dengan menimpakan penyakit berbahaya kepada orang yang disayangi termasuklah ahli keluarga.
  • Terharu dan terlalu gembira sehingga mengalirkan air mata kesyukuran. Lelaki yang pernah menangis untuk hal seperti ini adalah lelaki yang berhati lembut dan sensitif.
  • Gagal dalam pelajaran atau kerjaya juga boleh menyebabkan kaum lelaki berlinangan air mata.
  • Sunday, July 21, 2013

    dream

    assalamualaikum.

    straight to the point la yea.
    malas nak bersimpang siur cari ayat untuk buat ayat.

    aku jarang bermimpi tetapi sejak 2 hari ini aku mimpi yang agak pelik dan memang pelik la.
    hari first aku mimpi aku jumpa mama nik kat tangga dan dia tertolak aku. kaki aku terseliuh dan dia bawak aku g klinik kat klinik aku jumpa nik tapi nik langsung tak pandang muka aku dan memang dia benci aku. tapi aku tak sedih pun. seolah2 dia melepaskan aku pergi.

    malam kedua aku mimpi aku bertunang. yang sarungkan cincin tu pak ngah aku. tapi lepas aku tahu lelaki yang ditunangkan tu bukan dia,aku menangis dan aku memulangkan cincin tu semula. dalam mimpi tu aku pakai gaun hijau. dan aku dapat cincin batu merah.

    ya allah,jika kau dah tetapkan jodoh aku dah sampai kau berilah petanda siapa sidia yang bergelar suami aku. aku redha jika itu ketentuan mu